Ada berkata bahawa bersahabat dengan lelaki lebih mudah berbanding bersahabat dengan perempuan. Ia mungkin kerana lelaki lebih mudah bertolak ansur, lebih telus dalam persahabatan, lebih berterus terang dan tidak menyimpan perasaan. tapi dalam percintaan bagaimana pula. Jom kita lihat senerai 10 perkara dibawah ni tentang hati dan cinta lelaki
1. Susah untuk menjawab pertanyaan "kau benar-benar cintakan aku". Selalu jawapan-jawapannya mesti macam ni:
a). Ya...aku cinta pada mu.
b). Rasa-rasanya lah.
c). Perlukah kau tanya lagi
d). Bergantung kepada apa maksud kau
e). Siapa lah aku kan
2. Walaupun berpuluh kali lelaki memuji kau cantik, hakikatnya dia tetap akan menjeling bila melihat perempuan cantik/seksi.
3. Lelaki tidak suka hidupnya diatur, dipaksa atau diubah.
4. Bila perempuan marah-marah pasti keluar ungkapan "ni mesti datang bulan".
5. Lelaki tidak suka berbincang tentang isu-isu pertengkaran.
6. Tiga perkara yang buat lelaki tertekan duit, kuasa dan seks.
7. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki dihadapan keluarga atau kawan-kawannya. Mungkin dia akan tersinggung.
8. Jangan komen tentang muzik, kereta, sukan, motosikal dan pakaian kegemaran mereka.
9. Jangan kritik cara berpakaian mereka.
10. Jangan bagi tekanan.
Gambar tak kaitan..hehehe, lama tak minum air kelapa.
(p/s: Bila aku amat-amati list ini macam ada yang kena juga..lah, tapi lelaki dan perempuan tu kan tetap takkan sama, naluri pasti berbeza. Apa yang penting dalam perhubungan berpasangan adalah saling memahami dan saling lengkap melengkapi).
No comments:
Post a Comment