Tuesday, May 18, 2010

ANDA MARAH

10 PERKARA BAGAIMANA ANDA MENGAWAL MARAH

1. Ambil Air Wudu
- Bagi orang islam, amalan mengambil air wudu’ mampu meredahkan rasa marah. InsyAllah berkesan

2. Berjumpa dengan kawan
- Berkongsi dengan kawna-kawan tentang apa sebenarnya yang anda marahkan. Mungkin kawan-kawan juga akan dapat memberi pandangan dan pastinya anda akan merasa lega selepas itu.

3. Pergi Berjalan-jalan
- Cuba anda berjalan-jalan bersendirian ketempat yang dapat memberi ketenangan, contohnya di tepi pantai atau ke mana saja tempat yang dapat memberi anda ketenangan.
4. Lakukan sesautu yang mengembirakan
-Cuba lakukan sesuatu yang memang kebiasaan anda lakukan untuk memberikan kegembiraan kepada anda, contohnya anda mempunyai hobi main game, main gitar, pergi menonton wayang atau pergi bersukan seperti berjoging.

5. Memberi Kemaafan
-Mungkin anda marah kerana seseorang yang membuat anda rasa tidak puashati. Cuba didik kita sekali sekala untuk memberi kemaafan, mungkin ia adalah perkara yang paling sukar, tapi anda mampu melakukan pasti anda merasa kelegaan dan kegembiraan dalam hidupmu.

6. Berfikir Sejenak
- Berfikir lah sejenak tentang apa yang sebenarnya yang anda marahkan dan cari lah penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan perkara itu.

7. Tarik nafas dan hembus
-Ulanglah beberapa kali sehingga anda merasa kemarahan anda berkurangan.

8. Nikmati hidup dengan senyuman
- Didik diri kita untuk selalu tersenyum. Maksudnya bila kita tersenyum, kita mengembirakan diri dan secara tidak langsung dapat mengawal perasaan marah walaupun sekadar senyuman tawar.

9. Chatting
-Kalau pun kemarahan itu tetap tidak dapat diredahkan, anda kongsi lah dengan kawan-kawan chatting anda. Selalu kita ada ramai kenalan chatting yang kita selalu berbual-bual, tapi dala hidup sehari-hari kita tidak mengenali mereka. Mungkin bila kita ceritakan dengan kawan chatting, kita tidak rasa ragu-ragu dan malu-malu.

10. Bersikap positif
- Perkara paling penting anda lakukan ialah berfikiran positif kerana melaluinya kita dapat mendidik dan membentuk diri kita berfikiran matang dan dewasa. Secara tidak langsung dapat mengelak dari sikap kebudak-budakan yang mungkin mengundang perkara-perkara tidak baik.

(p/s: Marah itu normal, tapi menjadi marah dan tidak dapat mengawalnya adalah tidak normal. So, harapnya artikel ini berguna untuk kita bersama dan apa pula yang anda buat bila anda marah).

6 comments:

  1. Wsalam. ya tq..sm2 kita berkongsi idea demi manfaat bersama

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Sori la...p'cik lie: Aku terdel pula komen anda. Internet slow, jd aku terdouble bls komen anda, bila aku nk del..komen aku, aku terdel..komen anda..sori...

    ReplyDelete
  4. marah adalah normal bagi semua org, tp terpulang bagaimana kita mengatasinya

    ReplyDelete
  5. marah adalah tabiat semulajadi manusia. tapi sebagai manusia yang punya akal fikiran sudah tentu punya inisiatif sendiri untuk mengawal perasaan marah itu.

    timbulnya perasaan marah ini kadang berpunca dari keadaan sekeliling, justru kita harus menjaga pergaulan serta pertuturan kita.

    ReplyDelete
  6. Seri: Dulu aku tergolong dlm kategori panas baran jg la. tp mungkin umur tu mematangkan diri, syukur alhamdulillah sekarang ni dapat dikawal.

    Marah memang normal, tp kt ttp dpt mengawalnya

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails