Wednesday, May 19, 2010

DUIT OH DUIT


POKAI VS LEPAS GAJI

BILA TIME POKAI….TAKDA DUIT
1. Makan di rumah jak…bagi yg bujang kemungkinan makan maggi tu adalah tinggi. Hehehe
2. Stay di rumah saja, tidak kemana-mana walaupun sekadar window shopping pun tidak
3. Tidak tengok wayang pun, tengok movie astro di rumah saja.
4. Berkira nak call boyfriend/girlfriend, katanya jimat kredit, huhuhu.
5. Tengok TV jak di rumah, walaupun ntah apa2 rancangan yang ditayangkan.
6. Mengira-gira tarikh bila gaji tinggal berapa hari lagi
7. Rajin mengemas rumah, cuci kereta dan macam2 lah nak buat.
8. Keluarlah macam2 alasan bila member ajak lepak.
9. Mula lah berangan2 nak jadi jutawan pasal mula berfikir merancang nak simpan duit, buat pelaburan lah, buat business la. bla bla bla, erm..macam-macam.
10. Mula mencari duit2 syiling yang terselit kt mn2...hehehe, mungkinlah tu.

BILA LEPAS GAJI
1. Makan kat luar.
2. Gelap jak rumah macam takda penghuni, pasal penghuninya asyik2 balik lambat jak. almaklum lah bulan muda, so shopping lah kan.
3. Mula bertanya2kan tentang movie baru yang best yang tengah ditayangkan dipawagam.
4. Panas handphone asyik bergayut jak dengan awek. Member call pun asyik touch line jak pasal tengah online kan dengan awek.
5. Berita semasa kat TV pun tak tahu pasal jarang tengok tv
6. Mula lah mengira2 duit simpanan. Lepas gaji simpanlah, kununnya simpanan, tak sempat hujung dah keluarkan balik, hahaha. betul kah tu.
7. Terbiar jak rumah macam kena bom rupanya, tak sempat nak kemas (bg yg bujang lah ni..hehehe)
8. Mula lah pula mencari member2 nak bawa lepak.
9. Time pokai, macam2 impian nak dibuat, bila dah tak pokai mula lah semua tu jadi angan2.
10. Campak jak kt mana2 duit syiling tu. Kat dalam kereta, kat atas meja, kat atas peti TV dan merata2.


(p/s: Mungkin tidak juga semua yang aku list ni ada pada semua orang. Mungkin ada juga yang lain, bergantung kepada hidup kita masing-masing, sekadar peringatan buat diri-sendiri dan buat sahabat2 semua).

8 comments:

  1. Kebanyakan org lebih kurang la mcm tu...hehehe

    ReplyDelete
  2. sama la kita...ni camne nak mkn ni...duit tinggal 5 kupang???

    ReplyDelete
  3. pernah juga cari duit syiling yang terselit kat tepi katil
    ...hahaha

    ReplyDelete
  4. tehr: hehehe, duit tu, tekadang tak terperasan ada kat mana2 pun.

    ReplyDelete
  5. betol2....dui xde mcm2 alasan n masalah..:(
    duit sgt penting..

    ReplyDelete
  6. SheY PuLL: Duit ptg dlm kehidupan ni..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails