Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU

Hari ini 16 Mei aku nak ucapkan selamat hari guru buat semua guru-guru di Malaysia. Di mana pun anda mengajar mencurahkan ilmu, jasamu dan pengorbananmu mendidik anak bangsa tetap akan diingati dan dihargai.

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. (http://www.moe.gov.my/hariguru/pengenalan.html)

Sempena hari guru ini aku nak kongsikan beberapa gambar tentang perjalanan dan suasana kehidupan seharian seorang guru di kawasan pendalaman Sabah di Sekolah Kebangsaan Bakuku, Tenom, Sabah. Perjalanan dari Bandaraya Kota Kinabalu ke Sekolah ini lebih kurang lima (5) jam lah.
Perjalanan masuk ke Sekolah

Kalau musim hujan Jalan raya tidak dapat dilalui dan terpaksa menggunakan jambatan gantung

Ini adalah salah bilik darjah disekolah ini.

Bangunan sekolah yang baru

(p/s: Pengorbanan insan bernama GURU tidak ternilai dengan apapun. Usaha gigih mendidik anak bangsa menjadi insan berguna sewajarnya mendapat penghargaan dari insan yang pernah bergelar pelajar. Tanpa mereka siapa lah kita yang berjaya dalam kehidupan hari ini. Tanpa guru tidak akan kita mengenal erti ilmu pengetahuan. -Artikel ini aku dedikasikan buat semua guru-guru di Malaysia dan terutama sekali buat guru-guru yang mengajar di kawasan pendalaman. Khas buat tunang aku juga, seriusly aku tak terkata kegigihannya masuk ke sekolah dengan perjalanan panjang dan kemudahan yang masih tidak begitu baik, namun itu semua tetap menguatkan usahanya mendidik pelajar-pelajar di Sekolah ini).

4 comments:

  1. Gaya Peneroka: Macam tu la..realiti kehidupan cikgu di pedalaman. Tapi menariknya mereka tetap gigih mendidik pelajar2.

    ReplyDelete
  2. ...thats my school....huhuhuu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails