Friday, May 21, 2010

CINTA OH CINTA

Ramai berkata
Cinta adalah segalanya,
Cinta adalah syurga dunia,
Tanpa cinta siapa lah aku.

Ada juga yang berkata
Cinta tidak dapat dijual beli
Cinta bukan kerana harta dan rupa,
Tapi kerana kejujuran dan keikhlasan,

Tapi ada juga berkata
Memang duit tidak mampu membeli cinta,
Tapi cinta memerlukan duit,
Dapat memberi makan-minum buat anak isteri atas nama cinta,
Dapat menyekolahkan anak-anak,
Juga keselesaan untuk keluarga sendiri.

Cinta pada Allah adalah kekal abadi selamanya.

(p/s: Cinta itu Indah, Cinta itu perlukan kejujuran dan keikhlasan dan jangan kerana cinta kita lupa tanggungjawab kita sebagai anak, sebagai suami, sebagai isteri dan sebagai kekasih. Cinta kepada agama menjadi panduan dalam kehidupan ini).

2 comments:

  1. cintaaa.. sesuatu yang merumitkan.

    ReplyDelete
  2. Nurul: Cinta memang sesuatu yang merumitkan sebab tu la, ia memerlukan keiklasan dan kejujuran.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails