Monday, May 10, 2010

AKSESORI AKU DAN BAHAYA TINDIK LIDAH

Aku tertarik pada benda-benda yang bersifat aksesori kat badan kita macam tatu, cincin, gelang, rantai dan anting-anting. Tapi dalam banyak2 benda tu, aku ada satu perkara jak iaitu gelang. Kalau aku kumpul koleksi gelang, ntah berapa banyak yang aku ada termasuk gelang silver, gelang getah dan ada macam jenis yang bila jalan kat mana dan aku berkenan nak beli, aku beli lah tu. Cuma sehingga sekarang ni aku pakai dan tak pernah buka sejak 2002 lagi ialah gelang silver aku (kecuali bila time nak cuci jak).


Inilah gelang-gelang aku pakai sekarang ni
Ada juga satu perkara yang aku selalu nampak ramai orang buat, tapi aku tak teringin lah nak buat pula iaitu tindik lidah. Aku ok jaklah, tu kira citarasa dan minat masing2 lah kan. Cuma aku pernah terbaca tentang bahaya tindik lidah ni. Sebenarnya tindik lidah ni bahaya dan boleh menyebabkan penyakit jantung. Mulut mengandungi berjuta-juta bacteria, apabila kita menindik lidah, ia akan menjadi sarang bacteria dan mengalir bersama darah yang akhirnya boleh memberi jangkitan seperti endokardium (lapisan dalam jantung atau peradangan yang serius di bahagian jantung.

Gambar ini aku petik dari Abidinblog.Blogspot
Gambar ini aku petik dari Detik Heatlh

(p/s: Sekarang ni bukan saja telinga ditindik, kening, hidung, pusat dan bahkan buah dada pun boleh ditindik. Menarik atau tidak terpulang kepada individu yang buat mcm tu. Itu minat dan citarasa masing2. Nexttime aku nak wat artikel pasal tatu pula. (hehehehe, dulu time remeja berminat jg nak bertatu2 ni, tp alhamdulillah lah tak TERBUAT, walaupun nakal, tp still juga beringat tentang halal haram dalam agama Islam. Apa2pun aku nak buat artikel pasal tatu bukan apa lah, just sekadar satu seni yang menarik dan abstrak).

6 comments:

  1. aku tak suka aksesori. sampai skarang x pakai gelang cincin anting2 segala. he he he he

    ReplyDelete
  2. sI tEDI: Aku mang suka, tp mcm gelang silver ni, klu xpakai mcm jangkal da rsnya. da lm pki tahun dari 2002 lg.

    ReplyDelete
  3. xberkenan yg tindik2 ni... ikut budaya barat

    ReplyDelete
  4. Mia Liana: ya btl3x. bukan sj sakit nk buat, malah mdtgkan bhy lagi.

    ReplyDelete
  5. suka sgt eksesori-esesori ni, terutama emas2 dan blings..ha haha

    ReplyDelete
  6. hazey: tu mesti la org pompuan suka. hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails