Friday, May 14, 2010

RENUNGAN JUMAAT: DENGKI SESAMA KAWAN KERJA

Situasi yang selaLu wujud dan dengar dalam suasana pejabat dan tempat kerja kita sehari-hari. Tidak kira lah dari serendah-rendah jawatan hingga lah ke jawatan tertinggi, pasti kita selalu mendengar si Polan A memburuk-burukkan si Polan B. Ironinya dengki sesame kawan kerja ini berlaku seolah-olah perang dingin dan jarang secara bersemuka. Minggu ini, mari kita sama-sama mengupas persoalan dengki sesama kawan di tempat kerja. Mengapa berlakunya situasi sebegini di kalangan kita dan di kalangan kawan kita.



FAKTOR-FAKTOR YANG MENJADI PENYEBAB SIKAP DENGKI INI IALAH
A). KAWAN KITA YANG RAJIN
Bila ada seorang kaawan yang rajin dan bersungguh-sungguh bekerja, maka mula lah wujudnya anasir-anasir gossip Si Polan A mengata tentang kerajinan si Polan B. “Ala si Polan B tu saja tunjuk rajin mahu mengampu bos lah tu”. Walhal realitinya, si Polan B memang seorang pekerja yang baik, rajin dan bersungguh-bersungguh bekerja dan hakikatnya si Polan A yang memang kaki pengampu bos.



B). KAWAN LEBIH MENDAPAT PERHATIAN
Selalunya nila kita sebagai senior, memang tidak dinafikan kita lebih berpengalaman dan berpengetahuan. Entah mengapa suatu ketika datang seorang pekerja baru bekerja yang muda dan berpendidikan. Dalama erti kata lain freshlah dengan semangat-semangat baru, dengan idea-idea baru yang bernas dan excited buat kerja lah. Maklumlah semangat baru kerja kan. Kalaupun mungkin dia kurang pengalaman tetapi oleh kerana dia berpendidikan dan pangkat pula lebih tinggi, maka kita yang senior ini langsung terlepas pandang. Maka bermula lah unsure dengki dalam hati kita. Bermula lah misi-misi mencari pengalaman sijunior tadi.



C). KAWAN TERLALU MENGADA-ADA.
Namun ada kalanya pula, memang si kawan ini rajin, mendapat perhatian dan berpendidikan, tetapi oleh kerana terlalu dapat pujian, mula lah tu mengada-ada. Kawan yang selama ini banyak membatu kita pun, sudah tidak dipandang. Si kawan ini pun berkecil hati lah. Masalahnya pula, kalaupun mungkin si kawan ni tak kata apa-apa, kawan-kawan lain pula mula berbisik umpatan berunsurkan dengki-mendengki.



D). KAWAN YANG TIDAK MAHU KALAH
Ini normallah, normal berlaku dalam masyarakat kita, tak pernah senang tengok orang lain atau kawan kita sendiri senang. Kawan naik pangkat, kawan naik gaji, bahkan kawan tukar kereta pun boleh mewujudkan rasa dengki. Bila tengok si Kawan maju ke hadapan, mula lah timbul rasa tidak senang hati, mulalah mencari-cari kelemahan si kawan itu. Contohnya bila kawan naik pangkat saja, mesti adalah yang berbisik-bisik “ala dia senang lah naik pangkat, cable kuat, tu lah naik pangkat”



E). FANATIK KUMPULAN SENDIRI
Selalu juga wujud kelompok-kelompok kumpulan dalam suasana kerja harian kita. Mungkin kumpulan A, jenis yang berkawan dengan semua orang, kumpulan B jenis yang rajin. Kumpulan C, kaki pengampu, kaki curi tulang dan kaki lepak. Mungkin tiada masalah bagi kumpulan A kerana kumpulan ini berkawan dengan semua orang. Tapi masalahnya ialah kumpulan B dan C. Kalau ada kalangan kumpulan B naik pangkatkah, mula lah kumpulan C ini menyebarkan unsure-unsur kedengkian mereka dan ahli-ahli dalam kumpulan B, pastinya akan mempertahankan ahli kumpulan mereka.



Itulah antara lima faktor yang menjadi punca mengapa terjadi rasa dengki di kalangan kawan-kawan kita di tempat kerja. Mungkin kalau dibincangkan secara ilmiah mengenai perkara ini, pasti kita akan menemuai bermacam-macam faktor yang menjadi punca kepada rasa dengki ini, namun apa yang penting dalam era kemajuan hari ini, apa salahnya kita sama-sama maju kehadapan, tolong-menolong dan saling ingat mengingati, baru lah ia bersesuaian dengan slogan 1Malaysia.

(p/s: Kadang-kadang bila kita rajin bekerja pun, orang akan cakap2 juga. Yang peliknya apalah dosalah kita yang rajin bekerja dengan jujur dan ikhlas pun menjadi bahan kedengkian. Apa2pun itulah lumrah manusia, apa yang penting biarlah apa orang nak kata, yang penting bila kita lakukan sesuatu dengan jujur dan ikhlas pasti akan dapat keberkatan Allah).

4 comments:

  1. ada dengki sesama kawan membawa musibah tapi ada juga kerana dengki boleh embawa kejayaan kepada seseorang. jadi perasaan dengki ini terpulang kepada individiu untuk menfaatkan demi kebaikkan atau keburukan dirinya.

    ReplyDelete
  2. Seri: ya btl. Aku tak kisah sapapun nak dengki dgn aku, yg penting bila kita bekerja dengan jujur n ikhlas insyAllah suatu masa hasilnya pasti baik.

    ReplyDelete
  3. org nk dengki, dia punya hal lah. Jangan kita pula jd pendengki dah la..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails