Thursday, May 13, 2010

BLOGGER POPULAR DI HARI KHAMIS KU 5

Mula-mula terima kasih kepada pembaca/pengunjung yang datang ronta2 blog aku ni, setakat ni dah ada 34 follower berbanding minggu lalu 15 follower, da peningkatan 19 orang. Terima kasih atas sokongan sahabat2 semua. Macam biasa hari khamis adalah hari aku bercerita tentang blogger yang aku ronta2 sepanjang minggu ini. Bagaimanapun minggu ini aku nak buat ringkasan tentang blog2 tersebut. Kalau aku tersalah, maafkan aku dan tolong betulkan.

Satu blog yang memartabatkan bahasa melayu dan rasanya setakat ini, tiada lagi maklumat sedemikian yang dikumpul berada dialam siber didalam satu blog. Semua ini dilhamkan dan dikumpulkan oleh blog SERI BAHASA.



Blog yang memberikan motivasi-motivasi harian disetiap artikelnya dengan penggunaan ayat simple tapi boleh masuk kategori baik punya ayat, datanglah ke blog BLUEDIANTHUS.

Sementara blog GAYA PENEROKA pula adalah satu blog yang berkisar tentang kisah kehidupan masyarakat Felda.

Rasanya banyak juga blog aku ronda-ronda sepanjang minggu ini. Antara artikel yang best aku baca minggu ini ialah dalam ROHAIZAD bertajuk ANAK DERHAKA, artikel hari selasa. Tajuk artikel yang best ialah dalam BLUEDIANTHUS, 4 HARI LAGI NAK HARI JUMAAT

Ingin bersantai-santai dengan entri-entri bersifat santai, citer2 cool, kisah kehidupan dan macam-macam, datang lah ke blog SANTAI, KADANGKALA DIAM ITU ADALAH LEBIH BAIK, BUDAK HITAM, PAAPAADA, DUNIA HIDUPKU, BIAR HATI KU MELUAHKAN ISINYA YANG TERSURAT DAN TERSIRAT, CIK EPAL, CDOT FABULOUSITY, PAK CIK IM, MIMIMALISA dan JOM LEPAK DULU .

Kalau anda blogger baru dan ingin mencari informasi berguna singgah lah ke blog BLUEDIANTHUS, SERI BAHASA, ROHAIZAD, DAHLIA JOURNAL, MONEY ONLINE, BEN ASHAARI DAN HUJAN BATU. Mungkin banyak lagi lah, tapi ini antara rujukan-rujukan yang aku selalu singgah.



Adalah beberapa blog dari kaum ibu dengan aktiviti dan kesibukan harian sebagai ibu dan isteri, namun menarik. Apapun aku boleh katakan kebanyakan blogger yang aktif ini juga dari kalangan kaum ibu. Antaranya yang aku selalu singgah CRAZY BEAUTIFUL88, EYNDA’S DIARY, HATI EMA, MOMMY QASTALANI, NATASHA-E1, SALAM SAYANG SELALU, dan SMILE.SMILE. SMILE.

Apa2pun, terima kasih kepada sahabat2 yang datang ronda2 diblog aku yang baru ini. Artikel2 yang aku tulis khas pada hari khamis ini adalah sekadar review aku dalam ronda2 aku di alam siber ini dan juga sebagai tanda persahabatan antara kita semua. Tapi untuk next week aku nk try review dua blog yang terpilih untuk kita kongsikan apa ada dalam blog2 yang singgah.

(p/s: Mula-mula aku buat blog ini, aku nak buat ala2 majalah yang aku update setiap minggu, tapi bila aku da mula mengaktifkan diri dalam berblog ini, aku perhatikan trend pembaca dan pengunjung adalah entri setiap hari, so aku pun bertukar kepada posting setiap hari. walaubagaimanapun, aku menulis jak setiap kali ada idea dan aku dah auto publish jak tiap hari artikel2 yang aku dah buat. Oleh kerana aku minat dengan rancangan Oprah Talks Show, So kunun2nya blog ni pun nak buat macam Oprah lah-hehehe, tapi berangan-angan tak salah pun, tak dibayar pun, jd tak salah berangan-angan. Itulah nama blog ini Shamrin The Blog Show. huhuhu, namun percaya lah dalam hidup ini tiada yang mustahil).

18 comments:

  1. belog i xde ke sham??? hehheee

    ReplyDelete
  2. Iera: InsyAllah dalam edisi khamis akan dtg. hehehe

    ReplyDelete
  3. salam...

    thanks sham kerana selalu lepak dan santai-santai di blog ku.. :)

    ReplyDelete
  4. Adah: Wsalam, sebagai jalinan persahabatan di alam maya ini. tq my fren

    ReplyDelete
  5. hi3..
    x sangka msk dlm list jgk..

    tq..lenkali datang la b'santai2 kat blog tiewa lagi yea..

    (^_^)

    ReplyDelete
  6. wah sham..entry yg cukup baik...
    secara tak langsung mempromote blog2 kami kaum ibu ni..

    terima kasih daun keladi..
    lenkali promote lah lagi..
    sudi2 le lagi bertandang ke blog kami

    pantun 3 kerat je..boleh gitu? ekekke

    ReplyDelete
  7. Tiewa: hehehe, ya tiewa tanda persahabatan dan salam perkenalan. tq jg coz singgah kt blog aku yg baru ni

    ReplyDelete
  8. PUTUBAMBU: rsnya blog2 kaum ni lah yang best pasal macam2 citer yang dikongsikan.

    Apa2pn tq jg coz singgah kt blog aku.

    pantun 3 kerat pun jadi jg la. hehehe

    ReplyDelete
  9. cdot: hehehe, tanda persahabatan di alam siber ini. Apa2pun tq singgah kt blog aku.

    ReplyDelete
  10. sham...terharu sangat sebab rasanyer dah dua kali blog eynda disenaraikan..last week pun ada kan...thanks ye...keep on blogging...peminat Oprah Talk Show rupanyer :-)

    ReplyDelete
  11. eynda: lambang persahabatan dengan sahabat blogger di alam siber ini. Apa2pun tq coz singgah di blog ini.

    Ya..minat oprah ni pasal kejayaan dia tu...

    ReplyDelete
  12. kalau tak silap dah 3x blog seri terjerat kat sini. tak tahu apa nak seri ucapkan kerana sering mempromosikan blog seri.

    ReplyDelete
  13. Sama la kita Shamrin, saya dah jadi subscriber oprah.com, dapat banyak inspirasi. Jamie Novak pun salah seorang motivator yang saya minat..

    Keep on blogging Shamrin..:)

    ReplyDelete
  14. sham.. selitkan lah blog kite he...

    http://www.onlyezad.com

    untuk cerite ntah ape2.. hehe.. nway.. be fwen k..

    ReplyDelete
  15. Seri: Aku nak kongsikan kepada sahabat2 lain pasal blog seri bahasa adalah blog yg berinformasi.

    ReplyDelete
  16. Blue: Aku suka dengan oprah ni pasal aku pernah terbaca suatu masa tu bahawa ramai orang termasuk selebriti pun tak sabar untuk masuk ke rancangannya. Ini kerana apa saja yang Oprah bawa ke rancangan talk show pasti akan mendatang sambutan penonton dari seluruh dunia. Start dari situ lah aku tgk oprah. Woi..memang best.

    ReplyDelete
  17. Ezad: ok..fren...dan tq singgah kt blog aku

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails