Tuesday, May 11, 2010

APA AKAN JADI BILA SUAMI INGIN KAHWIN LAGI

Suatu hari seorang suami minta kebenaran dengan isterinya untuk berkahwin lagi. Si suami ini pun berbincanglah dengan isterinya.
Suami: Sayang, abang nak minta kebenaran sayang, abang nak kawin lagi satu.
Isteri: Kalau itu yang mengembirakan hati abang, sayang kena menurut saja
Suami: Sayang ku benar-benar mulia hatimu.
Isteri: Tapi abang kena berjanji dengan sayang dulu, ikut syarat-syarat sayang
Suami: Apapun syarat sayang, abang akan turutkan.
Isteri: Syarat pertama, abang kena berlaku adil dengan sayang dan isteri muda.
Suami: Mestilah sayangku
Isteri: Syarat kedua, abang tidak boleh abaikan anak-anak kita
Suami: Tu kan dah memang tanggungjawab abang sayangku, apa lagi syarat-syarat sayang.
Isteri: Ini syarat yang paling penting abang kena turuti, kalau abang tidak turuti sayang takkan izinkan abang kawin lagi.
Suami: Apa dia sayang ku.
Isteri: Abang langkah dulu mayat aku.....

(p/s: Mungkin cerita ini sekadar guruan  yang biasa kita dengar, tapi mesejnya ialah kadang-kadang ada beberapa perkara itu, mungkin kita anggap mudah, tapi hakikatnya tidak semudah seperti kata-kata yang kita ungkapkan).

10 comments:

  1. ha ha ha ha

    yg terakhir yg kantoi tu!

    ReplyDelete
  2. sI tEDI: tu yang buat mamat tu terkantoi..xdpt kawin lagi. hehehe

    ReplyDelete
  3. bagus idea c'isteri tu bah..hahaha...

    ReplyDelete
  4. si suami ni tersalah taktik ni. hahaha

    ReplyDelete
  5. Myza: Tu mau ada psikologi tinggi jak br dapat buat mcm tu. hehehe. suami tu terkena psikologi isteri dia.

    ReplyDelete
  6. Anonymous: ya..kah, mau ada taktik kah.... hahaha

    ReplyDelete
  7. hehe cool,..cool isteri metalik tu

    ReplyDelete
  8. ummiross: tu la pasal, relak jak si isteri tu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails