Motivasi dan kerjaya
Sesekali bayangkan sebuah kapal layar yang dikemudikan seorang Nahkoda dengan anak-anak kapalnya. Apa akan jadi dengan kapal layar itu bila anak-anak kapalnya tidak mengikut arahan Nahkoda kapal layar itu. Dapatkah kapal layar itu belayar mengikut arah destinasinya?. Jawapannya anda sedia maklum TIDAK AKAN SAMPAI.
Kadangkala ada sesetengah dari kita yang bersikap mementingkan diri. (mungkin bukan lagi sesetangah kat mana-mana pun jumpa species yang mementingkan diri ini..hehehe-betul tidak). Tidak kisahlah di jalan raya-memang kita terkenal dengan sikap mementingkan diri, ketika menaiki bas-berapa kali kita memberi tempat duduk kita kepada orang tua dan wanita mengandung, ketika beratur didalam barisan, tak kisahlah kat mana pun-berapa kali kita memotong barisan dan macam-macam perkara lah yang mungkin tidak perlu diulas panjang lebar betapa kita selalu mementingkan diri.
Dalam sesetengah perkara, konsep mementingkan diri ini tidak salah, tapi dalam banyak perkara juga konsep mementingkan diri tidak mendapatkan manfaat terutamanya dalam konsep dunia pekerjaan. Dalam dunia pekerjaan yang melibatkan sebuah organisasi kita pasti memerlukan kerjasama dalam semua hal dan harus kita akui bahawa kita adalah insan biasa yang takkan lari dari kelemahan dan kekurangan. Yang pastinya kita memerlukan bantuan orang lain dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Begitu juga rakan-rakan disekeliling kita.
Rumusannya, sikap kerjasama itu perlu dalam dunia pekerjaan kita, tidak kisahlah apapun pangkat kita. Kalau kita hanya office boy kah, kita tidak boleh bersikap mementingkan diri, contohnya kita bekerja asal kerja saja (ala..takpa la, esok2 pun bole juga aku hantar surat-surat tu, aku malas lah nak hantar sikit-sikit, kumpul banyak sikit dulu surat2 tu baru hantar). Walhal mungkin ada surat-surat itu segera. Mungkin juga kita seorang pegawai dan bagi kita, semua kerja mesti diselesaikan dengan apa cara pun, tak kisahlah apapun perasaan orang bawahan. Hakikatnya bila terlupa bahawa ada kalanya kita perlu berbaik dengan orang bawahan untuk mendapatkan kerjasama sepenuhnya untuk kebaikan organisasi kita juga.
Percayalah bahawa kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada semangat kerja berpasukan dalam organisasi tersebut. Ini bermaksud, setiap individu dalam organisasi tersebut perlu bersama-sama turut serta bekerjasama antara satu sama lain. Apa2pun sikap kerjasama ini boleh dibentuk, tinggal saja persoalan adakah diri kita mahu sama bekerjsama ataupun kita memilih untuk mementingkan diri sendiri.
(p/s: Aku bekerja dengan seorang bos yang bergelar Profesor dan aku terpaksa cakap dia ni memang cukup teliti dalam setiap kerja dan tugasan yang diberikan, tidak kira lah kepada orang-orang bawahan dia mahupun student2 peringkat sarjana dia. Namun satu benda yang aku cukup respek dengan dia ni ialah, setelah kita menyiapkan satu-satu kerja, dia pasti tidak pernah lupa untuk mengucapkan THANK YOU,-jarang sebenarnya ada bos yang macam begitu dan kebiasaan seorang bos pasti mempunyai sikap temberang sedikit untuk mengekalkan status qua nya, tapi apa salahnya sesekali kita mengucapkan terima kasih kepada orang bawahan kita).
keja klu jenis berkira antara satu dengan lain, memang xbest..
ReplyDeleteAmy: kdg2 ada jg yg berkira amy. bila perlukan pertolongan kita br lah nk berbaik2. xpa yg penting kita ikhlas kn.
ReplyDelete