Friday, June 4, 2010

SALESMAN : JURUJUAL

Pernah kah ketika anda sedang duduk di kedai kopi tengah lepak-lepak minum kopi, anda didatangi salesman/jurujual yang mempromosi bermacam-macam produk mereka. Tekadang ada costumer baik, beli saja produk tu walaupun kadang-kadang dia berminat. Kadang-kadang ada juga costumer marah-marah, tidak melayan langsung salesman itu.

Pernahkah anda terfikir mereka ini mencari rezeki halal, dengan penat lelah berjalan kaki dari satu restoran ke satu restoran, tak kisah lah hujan, panas tetap juga mereka ni bekerja mempromosi kan produk-produk mereka. Tak kira kat mana-mana pun salesman-salesman ni tetap ada mempromosikan produk mereka.

(p/s: Aku pernah terbaca satu blog yang penulis blog menulis tentang betapa marahnya dia dan tak suka dia dengan salesman2 ini. Kalau kau tak suka pun, tak payahlah nak banyak komen, atau nak marah-marah pun, dah kerja salesman, kau tak suka, tak payah layan lah. Aku pernah kerja jadi salesman. Macam-macam costumer aku pernah jumpa, kena marah, kena halau dan kena layan baik-baik pun selalu juga. Tapi aku nak bagitau kau orang semua bahawa kerja sebagai salesman ini banyak cabarannya. Tapi jangan tak percaya, ramai kalangan salesman ni juga adalah fresh graduan juga tau. Apa2pun, kalau tak nak beli, janganlah kau halau, janganlah kau marah-marah ataupun kalau memang tak nak beli, janganlah kau saja tanya macam-macam dengan salesman, padahal saja-saja nak kenakan salesman tu. Kesian dia bercakap, banyak bercakap tu akan membuat cepat haus juga).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails