Saturday, May 8, 2010

JATUH BANGUN SEMULA

Gagal bukan bermakna kita gagal selamanya. Gagal bermakna kita perlu belajar lagi dan lagi. Belajar untuk sentiasa berusaha, belajar untuk sentiasa bersungguh-sungguh dan belajar dari pengalaman dari sebuah kegagalan. Gagal ini pula ada bermacam-macam jenis mengikut tafsiran kita masing, gagal dalam pelajaran, gagal dalam kerjaya, gagal dalam percintaan, gagal dalam perniagaan dan bermacam-macam jenis lagi kegagalan dan tiada manusia yang tidak pernah gagal dalam hidupnya. Kita pernah dengar dari zaman kita kanak-kanak lagi pun, ataupun zaman persekolahan kita tentang saintis terkenal yang gagal berkali-kali sebelum ciptaannya berjaya. Kita juga selalu didengarkan cerita macammana kura-kura yang lambat bergerak itu boleh menang dalam lumba lari. Semua ini adalah berkisar tentang kalau kita berusaha melakukan sesuatu dengan kesungguhan, insyAllah pasti berjaya. Kalaupun dalam satu masa itu kita gagal, tidak bermakna kita akan gagal selamanya.

Dimana ada gula, disitu semut. Dimana ada jalan, disitu lah kita bermula. Tapi soalnya mengapa kita sentiasa bermula sahaja, mengapa tiada kemuncaknya apa yang kita usahakan. Orang lain bermula dan berjaya mendapat apa yang sepatutnya mereka usahakan. Kita bermula sampai separuh jalan, terpaksa berpatah balik semula ke jalan yang asal untuk bermula mencari jalan yang sepatutnya. Jawapannya ialah mungkin ada beberapa perkara kita terlepas pandang sejak kita bermula lagi, kita terlalu ghairah bermula, hingga selalu mengabaikan beberapa perkara seperti mengenal pasti apakah tahap matlamat kita yang sudah tercapai, apakah perkara yang perlu diperbaiki dan buatlah check list tentang sejauhmana kita ingin pergi.

Apapun, tidak kisah lah kalau pun kita pernah mengalami kegagalan yang penting kita perlu bangun, kita mesti bangun, kita mesti bangkit dan hidup mesti diteruskan. Jatuh mesti bangun semula. Tidak kisah apapun jenis kegagalan yang kita pernah alami yang penting kita perlu bermula semula dengan penuh kesungguhan, ketabahan dan kesabaran. Janganlah pula kita sudah bermula semula, tapi terpaksa berpatah balik lagi. Mudah-mudahan apa yang kita usahakan akan terus membuahkan hasil.

(p/s: Sekadar motivasi untuk diri sendiri. Hehehe. Dulu aku pernah buka business, tapi setakat separuh jalan, business tu down dan terpaksa lah bermula dengan perlahan-lahan sekarang ni. Apapun sama-sama kita renung-renungkan, bila jatuh mesti bangun semula).

Friday, May 7, 2010

AKU TERTARIK BACA ARTIKEL INI "LELAKI PISAU CUKUR"

Salam untuk semua...aku tertarik dengan satu topik yang aku baca petang tadi dari blog mimi malisa bertajuk lelaki pisau cukur. Tertarik bukan apa, selalu kita dengar perempuan yang pisau cukur, ni lelaki pula pisau cukur. Apa yang menarik perhatian aku ialah dalam realiti kehidupan masa kini, lelaki juga terketagori dalam pisau cukur. Memang tidak dinafikan wujud lelaki pisau cukur. Yang pastinya bila ada kontra, pasti ada yang pronya. Betul tidak. Apa2 pun, jom baca artikel ini di mimimalisa.blogspot Lelaki Pisau Cukur.

RENUNGAN JUMAAT: HIKMAH SEBUAH KEHIDUPAN

Mula-mula study kat U, aku selalu berfikir dan membayangkan apakah bentuk kehidupan aku selepas bergelar graduan nnt. Seteleah aku jadi graduan, aku terbekecimpung pula dalam bidang perniaggan dari tahun 2004 hingga 2006. Business pun, business kecil-kecilan jak, kedai runcit. Nak kata banyak duit modal tu, takda lah, mula start business dgn modal RM2000 jak. Namun Alhamdulillah, dapat juga lah aku bangunkan business tu dengan baik, tapi tahun 2006 aku terpaksa tutup juga perniagaan tu (atas sebab peribadi..hehehe..adalah tu)

Selepas tu lah aku mengangur sepanjang 2007, nak citer hidup pengangguran ni, masyAllah, tuhan sahaj yang tahu bagaimana getirnya bila hidup menggangur..ya..la hidup menganggur..stay dengan bapa mama kt umah. Mungkin kalau time remaja2 dulu, no hal lah kan, takda rasa segan2 dengan kwn2 dan terutamanya dengan bapa mama juga. Bukan apa lah, umur time tu dah 27 tahun, jadi terasa sikit getirnya menganggur. Ya.. lah nak kata, takda sekolah da ada degree, tapi menganggur juga. Sepanjang 2007 tu, ntah bape banyak apply keja. Interview pun banyak juga aku pergi dari dari SPA8, Guru Sandaran, KPLI dan sektor2 swasta pun, tapi takda rezeki juga.

Alhamdulillah last2 rezeki tu ada juga, walaupun setakat kerja kerani buat masa ni, tapi tetap bersyukur dengan rezeki dari Allah untuk meneruskan sebuah kehidupan. Namun hikmahnya setakat ni, aku dapat belajar tentang pengurusan pentadbiran pejabat, at least pun aku bergaul dengan golongan cendiakiawan akademik.

Apapun target aku ni kalau still takda job tetap juga tahun ni, aku nak ambil master next year 2011. InsyAllah.

(p/s: Sebenarnya hidup ini penuh hikmah, banyak perkara yang datang mengajar kita erti kehidupan. Realiti sebuah kehidupan. Percaya lah, tidak semua perkara yang kita inginkan, kita akan dapatkannya. Tapi tidak semua juga perkara yang kita tidak inginkan itu tidak baik. Apa yang penting, panjatkan lah kesyukuran pada Allah atas semua rahmat kurniaanNya. Amin, Alhamdulillah).

Thursday, May 6, 2010

POPULAR BLOOGER DI HARI KHAMIS KU 4

Ini adalah artikel ke 4, tentang blog-blog yang aku ronda-ronda sepanjang minggu. Sejak yang berjinak2 dlm dunia blogger ini (hehehe....aku baru jak aktif dalam tulis2 blog ni..hehehe), jadi aku banyak lah ronda-ronda kat alam siber ni. Mula-mula tema kasih kepada sahabat-sahabat yang datang ronda dan jd followers kt blog ni, blog ini baru lagi, dalam sebulan lah...setakat ni dah ada 15 followers dan 4 followers FB, ok lah tu, kalau pun tidak sehebat blogger otai macam Redmummy, Rohaizad, Ben Ashaari dan cik epal, tapi kita bermula dari bawah juga kn, betul tidak. (hehehehe-tanya mereka berapa lama mereka bermula hingga ketahap berjaya dan popular seperti sekarang.kn kn kn).

Apapun untuk minggu ini, antaranya top blog yang aku akan ronda-ronda macam biasalah Bluedianthus, untuk artikel hari Isnin di alam siber ada sebut pasal artikel aku last week. tapi sebenarnya blog Bluedianthus bg aku adalah blog yang cukup berinformasi terutamanya blogger baru macam aku, kandungan ringkas dan senang difahami. So harapnya Bluedianthus akan terus sukses.

Satu lagi blog yang menarik aku ronda-ronda minggu ini ialah Blog Santai, blog yang memang santai dan relax, tapi aku suka artikel pasal rindu dengan selipar burukku. Oleh kerana aku ni anak peneroka Felda, so aku mencari blog yang berkaitan peneroka dan aku jumpa satu blog Gaya Peneroka yang berkisar tentang kehidupan masyarakat Felda. Satu blog yang juga menarik minggu ini aku ronda-ronda ialah putubambu, blog yang berkisar tentang kehidupan seharian bloggernya. Dalam tengah ronda-ronda tu, aku singgah dengan satu blog Kadangkala diam itu adalah baik dan aku dapat merasakan tentang bestnya persahabatan dalam dunia blogger ini kerana artikel hari selasanya tentang ucapan takziah kepada seorang sahabat blogger yang telah meningal dunia -al-fatihah juga dari aku. Aku tertarik juga pada satu blog yang aku rasa nama blog tu menarik September Sebelas. Tapi setakat ni, blog yang cantik dan kemas, tetap aku katakan blog Seri Bahasa dan yang bestnya untuk artikel rabu Seri Bahasa menulis tentang Rahsia Mendapatkan Page Rank satu artikel yang bagus terutamanya blogger baru macam aku.

Lain-lain blog yang aku singgah sepanjang minggu ialah May Happiness Be Around you Now and Forever, Aiin Abdullah, Ben Ashaari, Budak Hitam, Eynda's Diary, The Blocked Blog, Bersama Mazidul, Money online, paapaadaOh Malaysia, Roslan SMS Corner dan Jom Lepak Dulu. Tapi sebenarnya ada banyak lagi aku ronda-ronda, tapi sori lah kalau ada yang aku tak seneraikan, tapi next time aku listkan juga.

Aku lebih banyak membaca apa yang blogger lain tulis dalam blog masing-masing dan ada juga benda2 yg aku still xreti mcm Nuffnang dan traffic blog, income blog dan PR seperti yang selalu diperkatakan dalam Bluedianthus, Rohaizad dan Seri Bahasa. Tapi takpa next time, aku nk risik2 juga apakah benda2nya tu (ceh....nk wt risikankah juga..hehehe). Apapun tema kasih kepada semua pengunjung blog ini dan kepada sahabat2 yang menjadi follower.

(p/s: dulu aku aktif FB juga, tp sekarang ni dah tukar Blog pula...hehehe, FB still juga, tp xsama mcm berblog ini, le tulis mcm2. Apa2pun, jan tak percaya, aku bertemu dengan tunang aku sekarang dari FB juga tau. hehehe. Namun, tu lah jodoh pertemuan namanya juga kn. Aku mang dah lm kenal dia, tp kenal mcm tu jak, kenal muka jak coz dia adalah junior time aku study mass-comm dulu, tapi tak sangka le berkenalan dlm FB. Apa2pun, aku berharap permulaan dlm berblog ini akan berterusan bagi aku untuk terus memperkembangkan penulisan dan menambahkan sahabat2ku).

Wednesday, May 5, 2010

MIMPI DAPAT JODOH

Selalu orang bermimpi dipatuk ular, kununnya maksud tak lama lagi akan dapat jodohlah kan. Tapi seorang member aku ni pula bertanya dengan aku macam ni.
“Sham semalam aku mimpi dapat jodohlah, apa lah tu maksudnya. Dah dapat jodoh nak kawin la ni kan”. Member tu beria-ia jak dengan mimpinya itu. Aku pun saja nak menyekat dia ni dan berkata macam ni
“alahai bro, mimpi kau tak baiklah”.
Saja lah nak menyekat member ni kan.
“apa hal pula sham mimpi aku tak baik..ko ni, dengki apa?”.
“hahaha, apa lak nak dengki dengan ko bro, yang aku tau, orang mimpi dipatuk ular, tak lama akan dapat jodoh, kalau perempuan, tak lama lagi akan dipinang, jadi kalau ko mimpi dapat jodoh, maknanya tak lama lagi kau akan dipatuk ular..hahahaha”.
Dengan selamba gabannya aku kenakan member ni.
“ko sham, mulut”..

Tuesday, May 4, 2010

TRIBUTE BUAT MEREKA:

Sedih rasa hati mendengar banyak kes pembuangan bayi sejak akhir-akhir ini, penderaan kanak-kanak semakin menjadi-jadi. Apa yang sudah jadi. Aku rakamkan tribute untuk mereka dalam satu sajak.

Mereka datang dari berjuta benih,
Berjuang menjadi satu jasad,
Tercantum dari bibit benih dari sebuah keperluan batiniah,
Membesar dalam kurungan kandungan selama Sembilan bulan,
Seorang insan yang mau membesar dialam dunia ini.


DALAM SATU PERISTIWA
Kelahiran mereka dinantikan,
Ada yang berdoa mengharap lahir zuriat dengan penuh ketabahan dan kesabaran.


TAPI SAYANG,
Ada yang matinya terbuang dilonggokan sampah,
Ada yang matinya reput dipatuk-patuk ikan dikolah pembuangan najis,
Ada yang matinya di perkarangan masjid,
Ada yang matinya dicampak dari flat tinggi,
Ada yang hidup dalam kesejukan hingga tidak mampu menangis lagi,
Ada juga yang ditinggalkan didepan rumah kebajikan,
Ada juga ditinggalkan dihospital kerana kecacatannya.


SOALNYA,
Tidak kira apapun agama,
Apapun bangsa,
Tiada istilah HALAL membunuh mereka,
Tidakkah kita bersyukur yang ibu kita berusaha membesarkan kita,
Kemana rasa simpati,
Mengapa airmatamu mengalir tapi merelakan jua kekejamanmu.

Riang Gembira dan pasti tenang bila melihat membesar seperti ini.

(p/s: Tribute buat anak-anak kecil yang dibuang, terbuang, terbunuh, sesungguhnya kami menangisi kekejaman terhadap kamu, kami tidak pernah menghalalkannya, semoga kamu tenang di alam yang lain dari dunia yang penuh kekejaman ini. -Sebenarnya aku dah mencari gambar-gambar tentang pembuangan bayi ini, tapi aku tak sampai nak publish, sungguh menyayat hati, jadi aku cari lah gambar-gambar cute bayi saja, lagi senang hati memandangnya ).


Monday, May 3, 2010

Salam Isnin, 03 Mei 2010

Sedar tak sedar dah hari isnin, cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar juga aku dah kerja di UMS ni dah memasuki tahun ke-3 (2 tahun 2 bulan) sejak Februari 2008 lagi. Dulu time mula-mula masuk Universiti dah tersimpan impian, kalau abis study ni mesti kerja ok, kat ofis dan gaji besar. Rasanya semua orang pun ada impian macam tu. Ya…lah semangat berkobar-kobar lagi baru masuk Universiti. Tapi mungkin rezeki lah juga kan, aku sekarang ni pun kerja sebagai kerani jak N17. Apapun aku bersyukur, ada rezeki juga kan dan mudah-mudahan di masa-masa akan datang ada rezeki setaraf pendidikan aku, ikut skill ijazah lah.

Aku nak citer pasal mula-mula aku kerja ditempat kerja aku sekarang ni lah (aku kerja di sekolah kejuruteraan tapi di bawah sebuah pusat penyelidikan). Masalah aku time mula-mula kerja ni ialah bahasa inggeris. Pasal apa bos aku tidak tahu berbahasa melayu. Itulah masalah terbesar yang aku terpaksa alami dalam 3-4 bulan mula-mula bekerja tu. Masalahnya timbul ialah nak berkomunikasi dengan bos, selepas tu, surat-surat pun kebanyakannya dalam bahasa melayu jadi aku terpaksa explain translatenya dalam bahasa inggeris dengan bos. Al-maklum lah, time sekolah dulu-dulu antara subjek popular akan gagal ialah bahasa inggeris. Mula-mula tu, aku terpaksa buka kamus, translate satu-satu perkataan bahasa melayu kepada bahasa inggeris, ada masanya tu, jenuh bos aku nak faham apa yang aku cakap, sampai terpaksa guna bahasa isyarat lagi, hahahaha.

Tapi itulah sebenarnya, mungkin selama ini aku tidak terdedah kepada pengunaan bahasa inggeris ni, jadi terasa bahasa tu terlalu susah sangat. Padahal sebenarnya, bila gunakan bahasa tu sehari-hari, tidak juga terlalu susahlah dan Alhamdulillah lah sekarang ni, kalau setakat berkomunikasi, explain surat-surat, ok lah kalau pun setakat Malaysia stail inggeris. Tapi dalam kategori boleh lah. Mungkin kalau aku pergi melancong ke UK kah, dah tak tersesat baca signboard.

Apa-apapun isunya, tidak boleh tidak pendedahan dalam bahasa inggeris ini penting sebenarnya. Terutamanya kepada pelajar-pelajar sekolah lagi kerana bila mereka keluar dari alam persekolahan tidak boleh tidak mereka perlu tahu berbahasa inggeris kalaupun hanya sekadar tahu membaca dan memahami. Ini bukan bermakna kita memperkecilkan bahasa ibunda kita bahasa melayu lah, tapi pembelajaran dan pengetahuan dalam bahasa inggeris ini sama penting juga. Bahasa melayu akan kekal selamanya sebagai bahasa berkomunikasi dalam hidup seharian kita. Namun untuk menjadikan kita lebih berpengetahuan kita juga sepatutnya melengkapkan diri dengan pengetahuan dalam bahasa inggeris. Kalau sambung belajar sampai peringkat universiti misalnya, boleh katakan kebanyakan rujukan dalam bahasa inggeris. Time aku study di UMS dulu, penat nak mencari rujukan buku komunikasi dalam bahasa melayu di library. Ya..lah nak pinjam buku bahasa inggeris, tak reti nak memahamnya, jadi terpaksa lah mencari buku-buku dalam bahasa melayu yang ntah ada berapa buah jak di library tu.

(p/s: kepada adik-adik yang masih di bangku sekolah tu juga kepada ibubapa, sekali sekala tu, beri perhatian tentang penekanan pengetahuan dalam bahasa inggeris ni. Aku dulu time dibangku sekolah mang anggap bahasa inggeris ini adalah subjek paling susah dan tak pernah lulusnya, tapi bila fikir-fikir balik, time sekolah tu bukannya belajar bersungguh-sungguh pun kalau subjek inggeris ni).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails