Friday, June 18, 2010

SKUTER

Ni..yang aku pakai. hehehe

Oleh kerana aku guna Skuter, maka aku nak buat entri pasal skuter juga lah. Aku percaya ramai kalangan rakan juga memilih skuter. Mengguna skuter ini memang bestlah, enjoy dan relak-relak saja. Selain penggunaan yang mudah, penjagaan pun tidak juga terlalu menyusahkan sangat. Jadi aku nak kongsi lah cerita pasal skuter ini kepada anda semua.

Menurut Wikipedia skuter adalah sebuah motorsikal yang secara tradisonalnya mempunyai ciri-ciri seperti kerangka “boleh langkah” (step through), roda bersaiz tidak melebihi 16 inci, secara enjin yang terletak di bahagian bawah penunggangnya. Walaubagaimanapun, terdapat juga reka bentuk skuter yang lebih moden yang turut menerapkan cirri-ciri bagi klasifikasi motorsikal lain kedalamnya, misalnya Yamaha Nouvo yang menyerupai motorsikal kapcai biasa. (http://www.wikipedia.org/skuter).

Skuter Yamaha Nouvo LC 135

Skuter kini popular di kalangan menunggung motorsikal di Malaysia yang bukan sahaja di minati oleh golongan wanita, malahan lelaki kerana pengunaannya yang mudah dan kecil. Tambahan lagi dengan kemampuan kuasa kelajuan yang menyemai kemampuan motorsikal kapcai biasa. Sehingga pemilik-pemilik Skuter ini mempunyai kelab-kelab yang besar dan terkenal. Malahan ada yang sanggup berbelanja besar untuk mengubahsuai Skuter supaya kelihatan lebih cantik dan menarik seperti airbrush dan audio system.

Skuter Nouvo Yamaha
Di Malaysia terdapat pelbagai jenis jenama Skuter untuk menjadi pilihan antaranya dari jenama Modenas, Yamaha, Mz, Honda, Suzuki dan Naza seperti Modenas Elegen 150cc, Modenas Elit Sport 150cc, Yamaha Ego 115cc, Yamah Nouvo 115cc, Yamaha Nouvo LC, Mz 125cc dan Naza GTR 170cc. Dari harga serendah RM5000 hingga lah setinggi RM9000 boleh menjadi pilihan untuk membeli sebuah Skuter Idaman kita. Namun terdapat juga jenis Skuter yang berkuasa tinggi seperti melebihi 500cc Yamaha T-Max, Honda Silver Wings dan Gilera Gip800.



Modenass Elit Sport 150

Dari aspek penjagaan Skuter juga tidaklah terlalu menyusahkan, Cuma mungkin kita perlu mengikuti jadual penjagaan seperti yang di cadangkan oleh pengeluar skuter yang kita gunakan seperti pengantian minyak pelincir dan minyak gear. Umumnya beberapa asas dalam penjagaan skuter yang perlu kita ketahuai antaranya amalan memeriksa skuter kita. Seperti kerosakan kecil dan skru longgar. Periksa juga tali sawat yang menjadi nadi utama perjalanan skuter dari habuk dan kakisan. Hantarlah servis untuk menukar minyak pelincir dan minyak gear skuter kita setelah 3000KM-5000KM. Pengantian pencucuh pula selepas 10000KM bagi memastikan kelancaran api sentiasa berada dalam keadaan baik. Kebiasaannya bateri harus ditukar dalam tempoh setahun. Begitu brek harus di pastikan berada dalam keadaan baik untuk mengelakkan sebarang kemungkinan tidak baik semasa menunggang Skuter kerana brek Skuter bergantung sepenuhnya pada brek tangan. Demikian lah secara umum penjagaan dan pengunaan Skuter, mungkin tidak begitu lengkap tapi memadai untuk pengetahuan asas kita bersama. Namun untuk maklumat lanjut terperinci sila lah rujuk buku panduan motorsikal skuter yang dibekalkan percuma semasa kita mula-mula membeli skuter.


Modenas Elegen.

(p/s: Aku da guna skuter dari tahun 2008 lagi. Sebenarnya skuter yang aku guna sekarang ni adalah skuter adik aku, tapi dia jarang guna, jadi aku lah menjadi pengguna. Namun setakat ni alhamdulillah lah, senang digunakan dan tak pernah buat hal. Cuma minyak kuat sikitlah, tapi still dalam jimatlah berbanding dengan kereta. hehehe).

RENUNGAN JUMAAT

Dia berkata:
Apahal kau diam jak dari tadi. Kau merajukkah dengan aku. Kau berkecil hati kah dengan aku, atau ada benda yang aku buat secara tak sengaja buat kau terguris.

Aku pun berkata:
Takda apa..lah saja nak diam, banyak sangat cakap pun menambah dosa jak, ntah apa-apa benda menjadi bahan umpatan. Sedar tak sedar termasuk juga dalam kategori mengumpat, dengki dan paling penting di catatkan sebagai dosa.


(p/s: Kan sekarang ni musim kenduri kahwin di sana sini, ada-ada saja jemputan kahwin, ada-ada saja kaum keluarga yang kahwin dan secara automatik kita akan menjadi pekerja sukarelawan menolong buat kerja. Mesti dan takkan pernah terjadi kalau kita tidak mendengar macam-macam gossip dari makcik-makcik dan pakcik-pakcik kat tempat orang kawin, ada yang lawak gila-gila, ada yang menyampah juga kita dengar, ntah apa-apa benda saja menjadi bahan citer, menjadi bahan umpatan, tapi layan jaklah, mana yang baik kita jadikan teladan, mana yang tak baik, buat tak kisah jaklah). 





Thursday, June 17, 2010

BIARKAN IA TERUS BERLALU PERGI I

Semalam datang bagai mimpi ngeri,
Masih lagi terasa sisanya,
Masih terusik hati dalam trauma rasa,
Dulu dan ia akan pergi selamanya.

Biar mungkin hari ini,
Aku masih berdiri di sini,
Pasti tiada cerita itu lagi,
Ku biarkan ia terus pergi.

Kalau pun semalam itu menjadi mimpi,
Hari ini tiada lagi realiti,
Kalaupun ia kenangan ku tetap biar ia pergi,
Pergi lah selamanya takkan kembali.
Serius betul dia ni ambil gambar, hehehe (gambar takda kaitan dengan entri).

(p/s: Di mana kita berdiri, di situ lah kita teguh, di mana kita pergi, itu lah pilihan kita, namun percaya lah ada masanya penyesalan mungkin tiada ertinya. Doaku pada mu teman, biarkan ia terus berlalu pergi, semoga bahagia datang, membawa tenang temani langkah ini).

Wednesday, June 16, 2010

ANTARA IMPIAN AKU


Manusia biasa pasti punya impian masing-masing, jadi aku pun tetap punya impian aku sendiri. Saja jak ni nak kongsikan dua benda impian aku.

1. Gitar gibson
Tapi aku nak kidal...

2. Kawasaki Ninja

Tak tau bila nak merasa dapat motorsikal ni...


Sekarang pakai yang ni...Skuter ego Yamaha.

(p/s: Ada impian tu tak salah, berangan-angan tu free, tak perlu bayar pun kalau berangan-angan. Tapi dari angan-angan kita boleh mengorak langkah seterusnya untuk mencapai impian kita. Lagipun percaya lah tiada benda yang mustahil dalam hidup ini. Yang penting kita berusaha dan sentiasa berani mencuba).

KUCING OH KUCING

Dalam ronda-ronda aku pada blog sahabat semua, binatang yang popular kat blog ialah kucing, seperti dalam blog Kadangkala Diam itu adalah lebih baik dan Redmummy. Aku suka dengan kucing ni, tapi orang sesekeliling aku tak berapa minat so terpaksa aku ikut jak. Tapi apapun kalau dah ada rumah sendiri, aku pun nak belah kucing. Kucing ni binatang yang manja dan tak susah nak jaga pun. Tak apa lah aku nak share lah beberapa gambar kucing aku ambil dalam minggu ini.







Ni kucing kat rumah bakal mertua aku


Ni kucing yang di jual di pasar minggu, Mahal sangat kucing ni RM1500. Tapi cantik lah...



Yang ni lagi cantik, pun mahal juga RM2000.

(p/s: Aku minat dengan kucing ni, tapi buat masa ni tak sesuai nak belah. Nanti lah dah ada rumah sendiri aku nak belah juga lah kucing, tapi taknak beli species mahal2, biarlah kucing biasa jak pun).

Tuesday, June 15, 2010

JALAN-JALAN DI BANDARAYA KOTA KINABALU 1

Respon kepada beberapa sahabat blogger yang bertanya tentang apa yang ada di Bandaraya Kota Kinabalu, jadi aku kongsikan sikit info tempat yang boleh di jalan-jalan bila berada di Bandaraya Kota Kinabalu. Tapi ini adalah sebahagian kecil jak, masih ada banyak tempat lagi yang boleh berjalan-jalan untuk membeli-belah, insyAllah dalam penulisan seterusnya aku akan masukkan gambar-gambar tersebut.

Secara ringkasnya antara tempat yang boleh dikunjungi untuk berjalan-jalan dan membeli-belah adalah Centre Point-Pusat Membeli-belah, Wisma Merdeka-Pusat Membeli Belah, 1Borneo-Pusat Membelah-belah, Suria Sabah-Pusat Membeli Belah, Pasar Kraftangan Filipina-Pasar menjual barangan kraftangan, Pasar Malam Sinsuran dan Pasar Malam Kampung Air-Menjual kraftangan dan pakaian, Pasar Malam Filipina-Tempat makan-makan, Muzium Sabah serta pulau-pulau peringanan di Sekitar Bandaraya Kota Kinabalu seperti Pulau Manukan dan Pulau Sabah.
Antara pusat membeli-belah yang popular di Bandaraya Kota Kinabalu


Dataran di Jalan Gaya. Bersebelahan tempat ini ada tamu pada setiap hari Ahad dengan pelbagai jenis jualan termasuklah kraftangan, buah-buahan, binatang seperti kucing, arnab dan hamster, pakaian serta kuih muih.

Ini adalah Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.


Tamu Jalan Gaya. pada setiap hari Ahad dengan pelbagai jenis jualan termasuklah kraftangan, buah-buahan, binatang seperti kucing, arnab dan hamster, pakaian serta kuih muih.


Antara kraftangan yang dijual di tamu Jalan Gaya

Antara kraftangan yang dijual di tamu Jalan Gaya


Antara kuih dan kerepek tempatan Sabah di Tamu Jalan Gaya


Tamu Jalan Gaya

Pasar Kraftangan


Pelbagai jenis makanan menjadi pilihan di Medan Selera pasar Filipina

ABC campur



Ikan, udang dan sotong bakar segar..tinggal nak makan jak...huhuhu sedapnya







Antara pusat membeli-belah yang boleh dikunjungi..







Antara pusat membeli-belah yang boleh dikunjungi..

hehehe, ni motorsikal berkuasa besar yang aku minat....
(p/s: Sabah di kenali juga dengan nama negeri Di bawah Bayu dan Bandaraya Kota Kinabalu adalah ibu negerinya. Kalau pun mungkin Bandaraya Kota Kinabalu tidak lah segah Bandaraya Kuala Lumpur, tapi bagi aku Kota Kinabalu adalah tempat yang tenang dan relax untuk di lawati serta berjalan-jalan bersama keluarga. Datanglah Melancong ke Sabah, -Shamrin The Blog Show).

Monday, June 14, 2010

MEREKA YANG RAJIN












Time aku hisap-hisap rokok kat luar ofis, tetiba aku tertarik melihat sekumpulan semut-semut ni, nampak sibuk jak semut-semut ni. Tapi memang betul mereka ini memang tergolong dalam kategori yang rajin, Paling menarik ialah aku rasa semut-semut ni adalah sistem laluan trafik mereka sendiri pasal mereka tidak berlanggar antara satu sama lain bila berjalan.

(p/s: Tekadang kita buat kerja, tension jak dan ada-ada saja benda yang buat tak puashati. Ada saja benda yang bikin panas, bikin geram. Kenapa kita tidak buat kerja dengan tenang dan relax, pasti kerja tu siap juga kan, mengapa mesti bila ada kerja saja, mesti kita dengan sengaja membuat diri kita tertekan dan stress. -Fikir-fikirkanlah).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails