Friday, April 23, 2010

Sentimental Rock Love The Series

Episod 2
Salam Pagi Jumaat...
Kelmarin aku baca artikel dalam blog Bluedianthus tentang Strees lah, tapi aku tertarik bila penulis menyebut tentag Doreamon. Bila sebut Doreamon ni, teringat la dengan kawan-kawan dia Nobita, Sonio dan Gaint. Watak-watak dalam cerita Doreamon yang cukup popular bahkan sampai sekarang pun rasanya masih lagi di minati oleh kanak-kanak. Walaupun aku da besar panjang sekarang ni, tapi cerita doreamon ni tetap mengekalkan konsep yang sama dan tetap juga menarik bila menontonnya. Itu citer kartun lah kan, kalau nak banding aku ni dah pun mencecah usia 30 tahun dan kalau nak bandingkan dengan member-member aku kira tertinggal sedikit la. Walaupun ada segulung ijazah tapi still juga kerja kerani N17, apapun aku bersyukur dengan segala nikmat rezeki pemberianNya padaku, Alhamdulillah, aku masih juga servive meneruskan sebuah kehidupan. hehehe.

Dulu masa mula kerja-kerja aku sekarang ni, aku ada member rapatlah dan sepanjang 2008 tu, dia lah close friend aku. Petang abis keja jak lepak mamak. Tapi bila wife dia pindah keja kat Sabah, aku jadi lepak seorang-seorang, bukan takda member lain, tapi ya..la member-member lain pun semua sama dah kawin, dah ada tanggungjawab masing, jadi takda lah member nak lepak-lepak lagi. Aweks...aku ada aweks ka time tu..takda kali bah. huhuhuhu. Apa aku buat time tu, aku beli gitar. Belajar main gitar. Tapi oleh kerana aku main gitar kidal, so susah kawan-kawan nak ajar aku main gitar. Last-last terpaksa beli buku-buku gitar dan belajar sendiri.
Ni first gitar aku
Sekarang ni, boleh lah main gitar untuk diri sendiri, main chord-chord simple untuk menyanyi dan hiburan sendiri. Tapi ada juga aku tulis lirik lagu, da publish kt youtube lagi. hehehe, lagu RINDU KITA, pastu ada lah juga buat cover lagu popular, just suka-suka jak publish kat youtube, lagu ayat-ayat cinta-Rossa, Biarkan aku jatuh cinta-ST12 dan lagu Awie, Mata, Hati dan Jiwa.
(p/s: aku nak link dengan youtube lagu-lagu aku tu, tapi internet slow gila time ni, takpa next time aku wat link lagu-lagu tu)

Ini lah koleksi gitar aku ada sekarang

Gitaris Idola aku
So klu pun ada masa aku boring tu, main gitar la jawabnya. Buat live seorang-seorang kat bilik. hahaha. Tapi insyAllah ada rezeki akan-akan nak beli juga gitar elektrik. Sapa tau le jadi macam idola gitaris aku Man Kidal. hehehe. Perasan jak aku tu, Man Kidal memang Otai Gitaris Malaysia.
BERSAMBUNG......

Thursday, April 22, 2010

Hari Khamis dan Baju Batik

Macam tak terasa, hari ini sudah pun hari khamis, kelihatan meriah jak pergi kerja dengan ramai orang yang pakai baju batik. Dua tiga hari ini, aku banyak membaca beberapa blog ya..lah aku ni baru nak berjinak-jinak dalam penulisan blog, jadi aku kena banyak membaca blog-blog orang lain sebagai rujukan. Tapi aku dah lama juga berhobikan menulis ini, tapi jarang berpeluang untuk serius dalam bidang penulisan ini. Jadi aku memilih ruangan blog ini untuk mencurahkan apapun idea penulisan aku. Tidak kisahlah dalam bentuk rencana, sajak, cerpen, monolog, lirik lagu dan borak-borak cerita semasa. Mungkin untuk menjadi terkenal dan hebat seperti Redmummy, Rohaizat dan John Chow itu tidak mungkin lah kali. Apa yang penting aku jadikan mereka rujukan berguna untuk memperkembangkan penulisan-penulisan aku dalam blog ini.

Sepanjang minggu ini aku membaca blog seperti the bluedianthus yang menulis tentang pengasas google, blog Bersama Mazidul pula menulis tentang rancangan 999 di TV3 yang berkisar mengenai kegiatan pelacuran yang melibatkan gadis-gadis Sabah dari Sandakan. Menarik perhatian saya juga ialah tentang Lelaki memakai baju Pink, salahkah dalam Rohaizad dot.com. Perbincangan yang menarik kerana pink selalunya lebih kepada perempuan lah, namun realitinya, bila lelaki pakai baju pink, tak salah juga dan kelihatan lebih menarik. Begitu juga isu-isu pilihanraya dalam Hulu Selangor dalam blog Gerakan Anti-PKR dan Pisau.Net. Namun menarik pada saya ialah blog Myadha yang lengkap berinformasi dan menjadi sumber rujukan saya.

Apapun aku menulis blog ini sebagai memenuhi minat dan perjalanan untuk menjadi penulis yang hebat dan berwibawa itu masih jauh, jadi aku jadikan blog ini sebagai medan untuk aku berkarier untuk menambahkan pengetahuan dari pembacaan dalam pelbagai blog.

Wednesday, April 21, 2010

Facebook dumps Twitter-like "Lite" version

Facebook on Tuesday shuttered a streamlined "Lite" version of the social-networking service that was seen as a potential challenge to microblogging sensation Twitter.

SAN FRANCISCO (AFP) - – Facebook on Tuesday shuttered a streamlined "Lite" version of the social-networking service that was seen as a potential challenge to microblogging sensation Twitter.

"We're no longer supporting it, but learned a lot from the test of a slimmed-down site," California-based Facebook said in a message posted at its website. "If you used Lite, you'll now be taken to the main Facebook.com site."

Lite was designed as a fast-loading, simplified version of Facebook that enabled people to make comments, accept Friend requests, write on people's Walls, and look at photos and Status updates.

The service launched about eight months ago in a bid to cater to new users "looking to start off with a more simple experience," Facebook said at the time.

Lite was devoted to fresh comments and updates from friends in a style similar to the real-time interplay at Twitter.

Twitter, which allows users to pepper one another with 140-character-or-less messages known as "tweets," has grown rapidly in popularity since it was launched in March 2006.

Twitter co-founders last week revealed that the service has more than 105 million registered users and the hot micro-blogging service is adding 300,000 new accounts a day.

YAHOO NEWS, 21 APRIL 2010

Telefon kaki facebook

Oleh MOHD. RIDZWAN IMAN
ridzwan@utusan.com.my


KIN ONE (kanan) membolehkan anda menaip teks dengan satu tangan, manakala KIN TWO memerlukan dua tangan untuk menaip.
SEBUT sahaja facebook, hampir semua pengguna Internet tahu mengenainya dan jika ada pihak menghalang penggunaannya, tentu akan berlaku 'pertumpahan darah.'Popularitinya sememangnya sangat hebat sehinggakan ramai penggunanya akan menjadi 'histeria' dan mula 'meracau-racau' menyalahkan syarikat jika dihalang mengakses laman sosial itu.Begitulah hebatnya pengaruh facebook kepada pengguna Internet terutamanya di negara ini.


Sememangnya tidak dinafikan laman itu juga mempunyai kebaikan seperti mampu menghubungkan rakan yang telah lama terputus hubungan atau platform menghubungkan pemimpin dengan rakyat.Selain mengakses di komputer, anda juga sebenarnya mempunyai banyak pilihan untuk mengakses facebook menggunakan iPhone, Blackberry atau telefon pintar daripada pelbagai pengeluar telefon bimbit.Peserta terbaru dalam arena itu adalah Microsoft, satu nama yang dikenali oleh semua pengguna komputer di seluruh dunia.Selepas menguasai hampir 100 peratus meja-meja komputer di seluruh dunia, Microsoft kini mengorak langkah untuk memasuki era telekomunikasi bergerak dengan memperkenalkan telefon bimbit terbaru.


Syarikat perisian komputer terbesar dunia tersebut menyasarkan telefon yang dikenali sebagai KIN itu untuk pengguna yang aktif menggunakan laman sosial di Internet.Microsoft telah mengadakan kerjasama dengan Verizon Wireless, Vodafone dan Sharp untuk memperkenalkan produk itu.Di pasaran Amerika Syarikat, Microsoft berkerjasama dengan Verizon Wireless dan bagi pasaran Jerman, Itali, Sepanyol dan United Kingdom, rakan kerjasamanya adalah Vodafone.KIN menggabungkan kemudahan telefon bimbit, perkhidmatan dalam talian dan komputer peribadi dalam satu produk.

Telefon ini mempunyai dua model iaitu KIN ONE dan KIN TWO. Kedua-duanya mempunyai skrin sesentuh dan fungsi mengelungsur untuk membuka papan kekuncinya.KIN ONE adalah lebih kecil dan direka untuk diguna menggunakan satu tangan sahaja dan KIN TWO mempunyai skrin lebih besar dan mempunyai papan kekunci Qwerty menggunakan dua tangan.ONE mempunyai kamera 5 megapiksel (MP), sementara TWO mempunyai kamera 8 megapiksel yang boleh merakam video berdefinasi tinggi. Kedua-dua model mempunyai flash LumiLEAD terang untuk merakam imej dalam cahaya rendah dan teknologi penstabilan imej.

"Kami menghasilkan KIN untuk mereka yang hidup sentiasa perlu dihubungkan, suka berkongsi, melahirkan ekspresi dan melakukan apa sahaja berkaitan dengan rakan dan keluarga," kata Presiden Bahagian Peranti dan Hiburan Microsoft, Robbie Bach.Microsoft menyatakan KIN mempunyai ciri-ciri rangkaian sosial yang dibina dengan jalinan erat di dalam telefon dengan menu dan ikon pada paparan antaramuka yang mudah dicapai.
Bagi memudahkan pengguna, telefon tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
KIN Loop
Skrin utama dinamakan Loop yang sentiasa berada dalam keadaan terkini dan sentiasa disambungkan ke Internet. Apabila dihidupkan, KIN akan secara automatik membawakan perkhidmatan seperti facebook, MySpace dan Twitter ke dalam satu tempat.

KIN Spot
KIN Spot membenarkan pengguna berkongsi video, foto, pesanan teks, muka laman web, lokasi dan status terkini yang kesemuanya boleh diletakkan di satu tempat dikenali sebagai Spot. Semua rakan dan maklumat boleh dikumpulkan di situ dan terpulang kepada pengguna bagaimana untuk berkongsi maklumat itu dan menyiarkannya.

KIN Studio
KIN Studio pula merupakan akses di Internet melalui telefon anda yang membantu anda berkongsi maklumat. KIN Studio misalnya secara automatik menyimpan segala teks, sejarah panggilan, foto, video dan nombor rakan di laman web khas.

Bagi penggemar muzik pula, KIN menjadi telefon Windows pertama menggunakan Zune yang merupakan pemain muzik, video, radio FM dan podcast. KIN juga membenarkan pengguna menggunakan Bing untuk mencari maklumat di Internet dan mempunyai pembaca RSS.

Komunikasi keluarga tangani masalah remaja

Oleh Shahril Anuar Abdul Ghalim
2010/04/21


Sokongan emosi ibu bapa bentuk nilai murni generasi muda
DALAM menghadapi kerenah generasi muda yang terjebak dengan salah laku sosial dan budaya, pemikiran dan watak, kadang-kadang kita menjadi hilang punca dan akhirnya kerenah ini menjadi wabak yang sukar dibendung

Hari ini, ramai daripada anak muda kian hilang nilai akhlak yang murni, sebaliknya hanyut dalam arus kelalaian yang akhirnya membinasakan diri. Ramai terjebak dalam salah guna dadah, terbabit dalam salah laku sosial seperti mat rempit, amalan seks bebas, jenayah juvana, lari dari rumah dan mengandung pada usia muda sehinggalah gejala membuang bayi yang kerap berlaku akhir-akhir ini.Ini adalah di antara gejala yang melanda anak muda masa kini yang dikatakan kian membimbangkan dan perlu perhatian segera dalam mengembalikan mereka ke arah yang sepatutnya. Ada banyak suara yang melontarkan punca pemasalahan ini kepada sesetengah pihak terbabit dengan beberapa andaian dan hujahnya.

Ada yang menyalahkan institusi kekeluargaan menjadi punca kelonggaran tatasusila yang sepatutnya disemai pada peringkat awal. Tidak kurang juga yang menyalahkan kebejatan ini berpunca daripada aspek zaman globalisasi iaitu dunia tanpa sempadan.Dengan wujudnya banyak kemudahan perolehan maklumat yang sukar dibendung, maka ia turut mempengaruhi budaya Timur yang sudah lama diwarisi. Kemajuan dan kemodenan menyebabkan banyak unsur yang menjadi pendorong kuat terhadap golongan ini untuk melakukan aktiviti sedemikian sekali gus terbabit dalam gejala yang tidak sihat atau jenayah.

Era globalisasi kini mendedahkan anak remaja dengan pelbagai gaya hidup dan persekitaran yang amat luas dan mencabar. Cabaran dan dugaan yang hebat ini tidak terhad sifatnya. Ia meliputi pelbagai jenis termasuklah sesuatu yang mampu untuk mempengaruhi kehidupan anak remaja sehingga menyebabkan mereka mempunyai tanggapan salah mengenai dunia ini. Maklumat yang diterima daripada sumber yang pelbagai agak menakutkan jika dikaji. Kebebasan kehidupan yang keterlaluan adalah sesuatu yang amat kita bimbangkan menular dalam sanubari golongan ini. Tanpa bimbingan dan nasihat, golongan ini mudah untuk mempercayai dan sekali gus terpedaya dengan apa yang mereka peroleh. Umum mengetahui bahawa anak remaja adalah satu kelompok masyarakat yang amat besar maknanya kepada negara. Mereka bakal pemimpin masa depan bagi meneruskan kesinambungan masyarakat dan tamadun bangsa.

Sebagai bakal pemimpin bagi generasi akan datang, mereka ini sewajarnya dibela dan dipelihara sebaik mungkin. Di samping menyediakan suasana yang mampu meningkatkan potensi perkembangan dan kecemerlangan diri, remaja juga hendaklah dididik dan diberi tunjuk ajar mengenai pelbagai perkara. Pemantapan sahsiah peribadi adalah asas terbaik bagi golongan ini untuk meneruskan kehidupan yang masih panjang dan berliku. Ibu bapa mempunyai peranan dan tanggungjawab penting dalam pembentukan integriti keluarga serta masyarakat.

Didikan di rumah, selain pendedahan pada peringkat sekolah dan amalan sifat murni menjadi nadi kepada keperibadian seorang individu. Ini adalah penting kerana perubahan persekitaran yang begitu pantas membolehkan anak berubah mengikut keadaan semasa. Perubahannya mungkin mudah dan sukar untuk disedari ibu bapa, dan kemungkinan sesuatu yang tidak disangka itu berlaku adalah tinggi dan hampir pasti.

Secara umumnya, komunikasi keluarga merujuk kepada cara bagaimana ibu bapa berkomunikasi dengan anak mereka dalam membentuk sosialisasi terutama pada peringkat awal kanak-kanak. Pola komunikasi kekeluargaan didapati mempunyai pengaruh terhadap cara anak memproses maklumat daripada luar persekitaran keluarga yang membawa kepada kebolehpercayaan sesuatu maklumat itu.

Ada beberapa kajian terdahulu menunjukkan komunikasi keluarga mempunyai kaitan dengan tingkah laku anak khususnya remaja. Maka seharusnya komunikasi keluarga dititikberatkan agar ia berlangsung dengan baik.Komunikasi keluarga memainkan peranan penting dalam perkembangan sesebuah keluarga. Ini terjadi kerana institusi keluarga adalah institusi asas terpenting dalam membentuk sikap dan tingkah laku individu. Institusi keluarga memainkan peranan besar dalam proses sosialisasi yang membawa kepada perkembangan sikap anak.

Jika komunikasi keluarga tidak dapat berjalan dengan sepatutnya, ia akan membawa kepada beberapa implikasi negatif yang akan membabitkan anak sebagai mangsa. Sebagai contoh, apabila terjadinya konflik seperti kecelaruan keluarga, pertengkaran dan perceraian, memungkinkan komunikasi yang tidak menyenangkan akan membawa implikasi buruk terhadap pemikiran anak di dalam keluarga berkenaan.

Pembentukan sikap dan peribadi akan wujud secara spontan dalam jiwa mereka yang membolehkannya berperlakuan seperti pendedahan yang diterima atau sebaliknya berdasarkan sesuatu situasi.Hakikatnya perkembangan anak remaja pada hari ini tidak terkecuali daripada menghadapi pelbagai cabaran dan masalah. Remaja sentiasa dikaitkan dengan masalah sosial, akhlak, jenayah dan sebagainya. Mereka keliru dengan dunia sebenarnya akibat terdedah daripada sesuatu sumber persekitaran yang kurang jelas.

Inilah yang akan berlaku jika komunikasi keluarga gagal dan membolehkan golongan remaja ini melakukan sesuatu berdasarkan kemahuannya sendiri yang memungkinkan dirinya terdedah dengan pengaruh sekeliling bagi mencari jalan keluar yang dirasakan perlu. Oleh yang demikian, cara berkesan ialah ibu bapa perlu selalu meluangkan masa untuk anak dan bertukar peranan mengikut situasi seperti bertindak menjadi rakan sebayanya, bertanya perkembangan persekolahan, permasalahan jika ada atau sesekali bersiar-siar bagi merapatkan hubungan.

Dengan ini membolehkan si anak berasa selesa dan mungkin mudah bagi mereka berkongsi masalah, cerita dan pengalaman yang diperoleh. Peluang mendekati dan memahami anak akan membuatkan anak remaja (pada peringkat awal) berasa dekat dan mendapat sokongan emosi daripada ibu bapa. Oleh itu, komunikasi perlu berjalan dengan jelas dan mengkhusus supaya tidak berlaku salah faham dan kekeliruan pada mesej yang ingin disampaikan.

Penulis ialah Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Melaka
BERITA HARIAN, 21 APRIL 2010

Tuesday, April 20, 2010

My Sentimental Rock Love the series (Borak-borak aku)

Episod 1

Sedar tak sedar umur pun dah masuk 30 tahun. Kalau sebelum ini, sapa-sapa pun tanya still boleh cakap "ala umur masih 20 an la". Rock kapak lah kan atau heavy metal style itu time lah. Tapi bila dah masuk umur 30an ni ubahlah jadi sentimental rock. Stail masih rock, tapi beralunkan irama sentimental. Kalau mungkin dulu pakai jeans koyak-koyak, lubang sana-sini, sekarang ni pakai lagi jeans, tapi tidaklah koyak-koyak. Penampilan kemas tapi biarlah maintain rock.

Tapi yang penting tetap juga dengar lagu-lagu rock: Cromok, Metallica, Gun & Roses, dan campur-campurlah dengan rock sentimental lefthanded, Wings dan Search. Dulu masa study kt universiti, aku sebilik dengan roomate jauh beza dengan aku, kalau tak silap dalam 30 an, macam aku sekarang la. Time tu bila aku pasang jak lagu-lagu rock heavy metal, memang conform dia sound "nape la kau pasang lagu-lagu syaitan jak ni". Masa itu, rasa nak tergelak pun ada juga, ya...lah lagu-lagu macam tu tak ngam dengan zaman dia. .

Dulu aku ada banyak koleksi CD lagu-lagu kumpulan Cromok (2004-2006). Tapi business aku lingkup, aku balik Tawau, semua CD tu tertinggal saja macam tu, so bila da kerja ni dan berjalan di Kedai CD dan jenguk-jenguklah CD Cromok tu, "mak aii...mahal da RM50...dah tak mampu lagi nak da".

10 penghuni sudah tinggal bawah jambatan Likas lebih setahun

Pagi ini saya New Sabah Online tentang berita "10 Penghuni sudah tinggal bawah jambatan Likas lebih setahun". Wah menarik perhatian saya dan sememangnya saya pernah dengar ada yang tinggal di bawah jambatan itu. Tapi tidak pasti pula adakah tindakan pernah dibuat oleh pihak berkenaan untuk mengatasi masalah ini, selain mencacatkan pemandangan dan boleh menimbulkan pelbagai kemungkinan. Jadi adalah baiknya kalau semua pihak mengambil perhatian khusus untuk mengatasi masalah ini, kalau pun mereka ini adalah PATI tetapi pasti ada jalan penyelesaian supaya jambatan Likas tidak menjadi rumah bagi mereka.

10 penghuni sudah tinggal bawah jambatan Likas lebih setahun
19th April, 2010
KOTA KINABALU: Keselesaan bukan menjadi impian penghuni di bawah jambatan Teluk Likas sebaliknya hanya ingin mencari tempat berteduh dan mudah mencari sumber rezeki untuk meneruskan hidup.Tinjauan wartawan New Sabah Times kelmarin mendapati lebih 10 penghuni menetap di bawah jambatan berukuran setinggi 4 kaki ini, dan penghuni paling muda adalah seorang bayi berusia sekitar 7 bulan.

Menurut salah seorang penghuni di sana, mereka telah menetap lebih setahun di bawah jambatan berkenaan dan menyara hidup dengan mencari tiram di laut seterusnya menjualnya ke restoran makanan laut berdekatan.“Restoran makanan laut membeli tiram kami dengan harga RM2 sebungkus dan secara purata pendapatan harian kami sekitar RM100 sehari bergantung kepada hasil tangkapan tiram.“Kami pernah berusaha mencari penempatan setinggan tetapi sukar disebabkan status pendatang tanpa izin (PTI),” kata beliau yang tidak ingin namanya disiarkan.

Seorang kakitangan kerajaan, Robun Majabin, 54, ketika ketika ditemui berkata insiden seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia mencacatkan pemandangan masyarakat mahupun para pelancong.“Pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan yang sepatutnya, mereka ini perlu dipantau sama ada memiliki dokumen perjalanan yang sah atau tidak. Jika mereka tidak memiliki dokumen, tindakan perlu dikenakan dan walaupun mereka ini memiliki dokumen yang sah, mereka perlu dihalau dari tempat itu kerana ia sememangnya mencemarkan nama Sabah sebagai pusat tarikan pelancongan dunia.”Tambah beliau lagi, banyak lagi kawasan terlindung lain yang menjadi kawasan penempatan para PTI ini seperti kawasan lorong-lorong gelap dan kawasan letak kereta di bandaraya Kota Kinabalu.


NEW SABAH TIMES
http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/37874

Monday, April 19, 2010

Isnin bermula lagi

Salam kepada semua kepada pembaca blog ini, Hari ini Isnin bermula hari kerja, dan aku kerja macam biasa, buat kerja-kerja rutin harian yang sama. Hari Sabtu aku pergi ke Majlis Kahwin, keluarga tunang aku di Putatan dan Ahad tiada buat apa.

Saya dah lama belajar-belajar blog ni tapi sekarang saya mula serius untuk menulis blog dengan konsep sederhana, umum. Bila aku mula membaca blog blogger lain, aku mula rasa tertarik hati untuk mencurahkan idea, menambahkan pengetahuan dan berkongsi maklumat semasa. Lagipun dulu aku study mass-com, jadi terasa sayang, pengetahuan dalam penulisan itu tidak digunakan. Tambahan pula bidang kerja aku sekarang ni pun jauh berbeza dari apa yang pena study dulu.


Hari ini aku membaca blog my music, my computer, my life (bluedianthus,com), rohaizad dan john chow, wahh..hebat-hebat blogger ni. Aku masih baru lagi dalam penulisan blogger ini, jadi perlu lah banyak membaca blog blogger-blogger yang lain. Apapun hari ini hari isnin, permulaan hari bekerja, kalau anda bekerja sama seperti saya selamat bekerja dan apapun yang anda lakukan hari ini semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Pagi ini aku buka facebook aku ada mesej dalam inbox aku dari peluang kerjaya.com. Ada beberapa iklan peluang kerjaya yang diklankan dan kepada anda yang masih sama seperti saya masih mencari peluang-peluang kerjaya baik, sila lawat web ini http://peluangkerjaya.com/ dan saya juga meletakkan link beberapa web and blog tentang peluang-peluang kerjaya di blog ini untuk saya kongsikan kepada para pembaca blog ini.

Juga takziah buat keluarga Acik Spin yang meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya pada 17 April 2010 berhampiran Perhentian Nilai, PLUS KM 14, Lebuhraya Kajang Seremban Sdn Bhd. Semoga rohnya di cucuri rahmat.

My Dream Car

My dream car is Mitsubishi Lancer Evolution 9. I don’t know when I can buy this car, hopefully one day my dream to buy this car come true. I like this car because very nice design, more nice then others Lancer Evolution model. Maybe the latest Lancer Evolution more different but for me, that model very advanced so I personally more like the Lancer Evolution 9 model. Malaysian price for this car around RM250K. huhuhu so expensive for me. Hehehe. So I find out the information about Mitsubishi Lancer Evolution model and share to all of you from a few article.

The Mitsubishi Lancer Evolution, colloquially known as the Evo, is a high-performance sedan manufactured by Mitsubishi Motors. There have been ten official versions to date, and the designation of each model is most commonly a roman numeral. All use two liter, turbocharged engines and All Wheel Drive systems.

The Evolution was originally intended only for Japanese markets, but demand on the "grey import" market led the Evolution series to be offered through Reliant dealer networks in the United Kingdom and in various European markets from around 1998. Mitsubishi decided to export the eighth generation Evolution to the United States in 2003 after witnessing the success Subaru had in that market with their Impreza WRX, a direct competitor in other global regions.


Japanese-spec cars were limited by a gentlemen's agreement to advertise no more than 280 PS (206 kW; 276 hp), a mark already reached by Evolution IV. Therefore, each subsequent version has unofficially evolved above the advertised power figures, with the Japanese-spec Evolution IX reaching an alleged output of around 321 PS (236 kW; 317 hp). Various versions available in other markets, particularly the UK, have official power outputs up to 411 PS (302 kW; 405 hp).The tenth generation of the Lancer Evolution was launched in Japan 2007 and overseas markets in 2008.

EVOLUTION IX
Mitsubishi introduced the Lancer Evolution IX in Japan on March 3, 2005, and exhibited the car at the Geneva Motor Show for the European market the same day. The North American markets saw the model exhibited at the New York International Auto Show the following month. The 2.0 L 4G63 engine has MIVEC technology (variable valve timing), boosting official power output at the crankshaft to 286 hp (213 kW) and torque to 289 ft•lbf (392 N•m). The Evolution VIII first offered in 2003 would produce dynamometer readings of approximately 225 WHP and 225lb•ft (305N•m). WTQ with a flywheel power rating of 271/273 respectively. The Evolution IX typically pulls 255 WHP and 250 WTQ on a wheel dynamometer, a difference of 30hp (22kW).
The USDM Lancer Evolution IX models (standard; "GSR" in some markets), RS, SE, and MR) varied slightly in their performance capabilities. Subtleties unique to each model accounted for variations in acceleration, handling and top speed. The RS excluded features standard on the standard, SE and MR models (stereo system, power windows and locks, rear wiper, rear wing, trunk lining and sound insulation). The resulting weight savings of over 60lb (27kg) gave the RS a subtly sharper handling responsiveness that helped it shave fractions of a second off the lap times of other models on an identical course.[citation needed] However, the top-end MR had a high top speed, since its 6th forward gear allowed it to reach 165mph (266km/h) at 7,000 rpm compared to 157mph (253km/h) at 7,000 rpm in 5th for the RS and middle-positioned IX models.[citation needed] (Note: Data relevant to U.S. model specifications)

The IX MR retained the features of the Evolution VIII MR, like Bilstein shocks, a 6-speed manual transmission, a rooftop vortex generator, BBS forged wheels, HID xenon headlights, foglights, accessory gauge package, "zero lift" kit, special badging and an aluminum roof. All models continued to sport Recaro bucket seats, Brembo brakes and MOMO steering wheels. Additional revisions from 2005 included a closer gear ratio for the 5-speed manual transmission, new lighter Enkei wheels on non-MR models, a redesigned front end with a more efficient air dam (the most noticeable feature are the two small oval ducts to cool the intercooler pipes), and a new rear bumper with a diffuser undersurface to smooth out the airflow coming out of the car for non-US models. In an effort to reduce the price increase on the Evolution IX model,[citation needed] HID headlights were no longer standard equipment on the base IX (nor were they standard on the 2005 VIII), and were available only in the SSL package (Sun, Sound, and Leather), SE (Special Edition) and MR trims.
 
Three trims were available for Japan, Asia and Europe. Although all models used the same 286 hp (213 kW) engine, the torque differed from one model to another. In Europe, however, the Evolution IX was advertised to have 280 hp (206 kW). The GSR produced 295 ft•lbf (400 N•m) of torque, while the RS and GT produced 300 ft•lbf (407 N•m).
• RS - "ralli sport", revised 5-speed, aluminium roof, gauge pack, minimal interior, LSD and a titanium-magnesium turbine, left-hand drive option available.
• GT - revised 5-speed, this is basically the RS mechanically, but with some of the GSR's features (mainly interior pieces).
• GSR - 6-speed, Bilstein monotube shocks, aluminium roof, gauge pack, SAYC (Super Active Yaw Control), and double-din radio (this is roughly equivalent to the USDM MR).

In the United Kingdom, the Evolution IX used a different model scheme based on the car's horsepower. There were initially three models available: the FQ-300, FQ-320 and FQ-340 each with around 300, 320 and 340bhp (254kW) respectively. An FQ-360 model was subsequently released as a successor to the Evolution VIII FQ-400. While the new FQ-360 produced less horsepower than its predecessor, it had more torque at 363lb•ft (492N•m) at 3200 rpm - 8lb•ft (11N•m) more than the FQ-400. All four models were designed to run on super unleaded petrol only.
• FQ-300, 320, 340 - 6-speed, Bilstein monotube shocks, AYC (Active Yaw Control), super unleaded petrol only
• FQ-360 - 6-speed, Bilstein monotube shocks, AYC (Active Yaw Control), Ralliart Sports Meter Kit, carbon front splitter, Speedline alloy wheels, super unleaded petrol only
Four models were available in the US. All models used the same 286 hp (213 kW) engine. All models used a front and rear Limited Slip Differential, and an Active Center Differential.
• Standard - revised 5-speed, standard model
• RS - ralli sport, revised 5-speed, aluminum roof, gauge pack, minimal interior
• SE - Special Edition, aluminum roof/hood, and front fenders, split seven-spoke forged aluminum BBS wheels in "diamond black" finish, HID headlights with integrated fog lights, red-stitched Recaro seats
• MR - 6-speed, Bilstein monotube shocks, split seven-spoke forged aluminum BBS wheels, aluminum roof, hood, and front fenders, gauge pack, HID headlights with integrated fog lights, vortex generator, and custom MR badging.

All of the American models are the same in power and performance. The only thing that sets them apart is the Evo RS, which is 80lb (36kg) lighter than the MR and SE models.

To the standard (or "GSR") model, the Sun, Sound and Leather package added a power sunroof, HID xenon headlamps with integrated fog lights, a slightly different stereo headunit (with no integral amplifier), slightly upgraded speakers in the front doors and parcel shelf, a 4.1-channel amplifier under the driver's seat, a powered, trunk-mounted Infinity subwoofer, black leather seating surfaces, leather-trimmed door panels, slightly revised center armrests in the front and rear, and separate rear side headrests. This model deleted the GSR's headliner-mounted sunglass holder to make room for the sunroof.

A 2,500-piece, limited edition Evolution IX station wagon was released in Japan soon after the sedan's debut. It used the back end of the Lancer Sportback wagon grafted onto the sedan. Two trim models were introduced: the GT with a six-speed manual transmission and the GT-A with a 5-speed automatic. Other than the station wagon rear end, redesigned seats and some chromed trims, the car's interior was the same as the sedan.
Mitsubishi also developed the Evolution MIEV, based on the Evolutions IX's chassis but with four electric motors connected to the wheels as a test bed for the Mitsubishi In-wheel Electric Vehicle (MIEV) next-generation electric vehicle. The in-wheel motors used a hollow doughnut construction to locate the rotor outside the stator, unlike other electric motors where the rotor turns inside the stator. The result of this was a lighter motor which translated into lower unsprung weight than a system with the motors mounted in the wheels. Each in-wheel motor produced a power output of 68hp (51kW), thus giving a combined output of 272hp (203kW), comparable to that of regular, petrol powered Lancer Evolutions. The car competed in the Shikoku EV (Electric Vehicle) Rally 2005.

The Philippines had the Evolution IX until in August 2008, which was offered in two trims, the entry-level RS offering a 5-speed manual transmission, Brembo 17-in. ventilated discs (4-Pot), Brembo 16-in ventilated drum-in-disc (2-Pot) and almost the same features as to that of the GSR trim in the international version. The MR was the top-of-the-line segment, which offers almost the same feature as to that of the MR trim in the international verision. All of them are powered by a l4 2.0 4G63 turbocharged MIVEC engine.
http://www.cars-directory.net/history/mitsubishi/lancer_evolution/


BOSAN, BORING DITEMPAT KERJA.

Oleh: Shamrin Mat Janih
Shamrin The Blog Show


Boringnya aku….bosannya aku ni…apa lah nak di buat ni

Sumber gambar: http://hrpeople.monster.com/news/articles/2276-how-to-create-a-motivating-work-environment


Kebanyakan kita mempunyai mentaliti seperti ini. Setiap kali waktu bekerja kita pasti mengira-gira masa pulang jam 5 petang. Bahkan biasa juga kita lihat sebelum mesin punch card berbunyi sudah ada yang menanti count down jam 5 petang berdekatan dengan mesin itu. Ada pula yang mengira-gira menunggu hari jumaat sebab sabtu dan ahad adalah cuti hari bekerja. Boring ini mempunyai banyak pengertian dan bergantung kepada setiap individu mentafsirkannya. Pada umumnya boring boleh ditafsirkan sebagai tiada apa yang mahu di siapkan, dilakukan, dikerjakan, di sempurnakan dan di selesaikan. Namun dalam situasi yang berbeza, konsep pengertian ini mungkin berlainan pada individu lain. Contohnya bagi seorang yang telah lama bekerja dengan amalan rutin harian yang sama, akan wujud juga perasaan bosan dalam dirinya. Bayangkanlah kita sudah bekerja 10 tahun, setiap hari kita akan buat rutin kerja yang sama, mungkin pada satu konsep kita terlalu mahir, tapi dalam keadaan yang lain kita juga tidak lari dari rasa bosan dan ingin sesuatu yang berlainan.


Hakikatnya, terlalu sukar untuk kita mencari seseorang yang betul-betul gembira dalam melakukan kerja hariannya, apatah lagi bagi kita yang bekerja dengan majikan atau yang lebih popular dengan istilah “makan gaji”. Bagaimanapun ada juga yang menyifatkan kerja sebagai sesuatu tidak membosankan. Mungkin kerana suasana kerja yang mengembirkan, kawan-kawan yang menceriakan dan persekitaran kerja yang menenangkan.


Secara menyeluruhnya, bosan sememangnya berlaku di pelbagai peringkat persekitaran kerja. Saya telah membuat beberapa rujukan tentang bagaimana cara kita mengatasi masalah kebosanan di tempat kerja semasa bekerja. Hasil dari rujukan-rujukan itu, saya simpulkan beberapa perkara yang patut kita ambil kira dan fikirkannya;


A). TUKAR CARA PEMIKIRAN KITA
Anda bekerja sehari-hari seolah-olah terpaksa bekerja dan tiada pilihan lain. Apa yang berlaku ialah anda bangun pagi, bersiap, pergi kerja, buat kerja dan jam 5 petang anda pulang. Itulah yang sudah terset dalam mentaliti anda sehari-hari. Kesannya anda tidak gembira bila bekerja, anda tidak rasa puas dengan apa yang anda lakukan dan merasa bosan. Jadi cuba sesekali anda fikirkan yang pergi bekerja dengan kegembiraan, pasti anda juga dapat bekerja dengan baik dan tenang. Tukar apa yang sudah terset dalam mentaliti anda, kalau sebelum ini anda merasakan bekerja adalah sekadar untuk mendapat gaji pada setiap hujung, maka anda patut fikirkan yang anda pergi bekerja adalah atas dasar menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan untuk anda oleh majikan ataupun organisasi tempat anda bekerja.


B). TUKAR, SUSUN SEMULA DAN HIAS KAWASAN TEMPAT KERJA.
Sudahlah bekerja sekian lama, selepas itu bekerja pun dengan rutin yang sama setiap hari dan kemudiannya pula, meja tempat kerja anda itu macam tempat yang baru kena serangan bom sahaja rupanya. Fail-fail tidak tersusun, alat-alat tulis penuh dalam laci berkemas, kertas-kertas kerja penuh tidak tersusun mengikut kategori, bawah meja penuh dengan kotak, fail-fail dan kertas-kertas. Jadi bayangkanlah macam mana tidak berseraputnya fikiran dengan keadaan yang seperti itu. Sesekali bila anda mula merasa bosan, cuba kemaskan meja anda dan tukarlah susun fail-fail, kertas, rak dan alat tulis anda dengan lebih kemas, cantik dan tersusun. Bila tempat kerja anda berada dalam keadaan kemas dan tersusun, baru lah terasa ketenangan dan secara tidak langsung semangat bekerja itu terus ada. Kalaupun sememangnya meja tempat kerja anda kemas, cuba lah sesekali ubah susunan fail-fail dan rak-rak yang ada di atas meja, mungkin juga anda boleh letakkan gambar suami, isteri dan anak-anak di atas meja itu. Dengan cara ini, anda dapat mengubah suasana yang lebih ceria dan menyenangkan diruangan tempat kerja anda.


C). WUJUDKAN MOTIVASI KERJA
Ini pula penting kepada para pegawai atasan dalam sesebuah organisasi untuk mewujudkan suasana persekitaran kerja yang menenangkan, mengembirakan dan semangat setia kawan dikalangan para pekerja. Ia secara tidak langsung dapat wujudkan motivasi semasa bekerja kepada orang bawahan anda. Misalannnya pertandingan kekemasan unit-unit dalam pejabat, meja terkemas, kehadiran yang terbaik dan pertandingan persahabatan seperti bermain boling dan futsal. Apa yang sering berlaku ialah pegawai atasan selalu menerapkan nilai budaya kerja yang terlalu ketat, hingga menimbulkan tekanan tanpa ada sedikit ruang untuk merelakkan diri. Maksudnya di sini ialah orang bawahan anda bekerja hendaklah terbayar dengan rasa kepuasan hati mereka. Kalaupun orang bawahan anda penat, tetapi disebabkan suasana kerja yang mengembirakan dan bermotivasi, orang bawahan anda pun dapat merasa kegembiraan dan kepuashatian dalam apapun yang mereka lakukan.


D). BERKAWAN DAN RAMAIKAN KAWAN
Suasana di tempat kerja akan menjadi lebih meriah bila anda mempunyai ramai kawan-kawan dipersekitaran kerja. Di samping bekerja juga anda dapat mengurangkan rasa kebosanan bila ada kawan-kawan yang boleh di bawah untuk bertukar-tukar pendapat dan untuk bercerita-cerita mahupun bergosip sekalipun, suasana kerja yang lebih ceria akan wujud bila anda mempunyai ramai kawan dipersekitaran tempat kerja. Sekurang-kurangnya bila anda merasa bosan anda ada kawan-kawan yang boleh anda kongsikan rasa kebosanan itu.


E). DENGARLAH MUZIK
Oleh kerana suasana kerja yang mungkin menghadap komputer setiap masa dan anda tekun menyiapkan kerja-kerja anda, cuba hidupkan suasana tersebut dengan memasang lagu-lagu kegemaran ataupun dengarlah siaran-siaran radio semasa yang mengandungi pelbagai program menghiburkan. Dengan cara ini, anda tidak terlalu membentuk diri dalam keadaan kepenatan dan tekanan untuk membuat kerja. Ini maksudnya, pada kebiasaanya anda bekerja dengan penuh tumpuan hingga pada satu tahap merasa penat dan bosan. Dengan mendengar celoteh-celetoh DJ radio disamping lagu-lagu hiburan yang didendangkan anda pasti dapat menukar tumpuan dalam keadaan relak dan gembira.


Pastinya apapun yang kita lakukan kegembiraan itu datang dari diri kita sendiri. Kalau kita membentuk diri dalam situasi yang membosankan, kita akan merasa bosan, kalau kita dengan sengaja mengongkong perasaan kita dalam keadaan yang terpaksa, kita akan merasa boring dan mengapa harus kita hadapi kehidupan sehari-hari dengan kepenatan, tekanan dan kebosanan. Walhal hakikatnya kita berhak mendapat kegembiraan dan ketenangan. Fikirkan sejenak apakah kita dalam kebosanan di tempat kerja ataupun kita berpuashati melaksanakan setiap tanggungjawab yang di amanahkan kepada kita. Walau apapun situasinya, kita perlu ingat bahawa dengan kerja itu lah kita mendapat rezeki untuk meneruskan kehidapan kita sehari-hari. Termasuklah makan minum dan memberi nafkah buat keluarga kita, jadi jangan jadikan bosan membuatkan diri kita malas bekerja dan curi tulang kerana ia pastinya akan membuat hasil pendapatan kita tiada keberkatan.
Untuk bacaaan lanjut sila rujuk link-link di bawah ini:
http://hrpeople.monster.com/news/articles/2276-how-to-create-a-motivating-work-environment
http://www.imotivasi.com/motivasi-kejayaan/motivasi-kejayaan-7-petanda-orang-tak-ada-matlamat-petanda-pertama.html.
http://www.divinecaroline.com/22305/87894-work-down--spice-space-
http://blog.alvinlim.info/2009/08/24/work-doesnt-have-to-be-boring/
AL-KISAH MINGGU INI



KACANG
Sepasang kekasih pergi kerumah neneknya dikampung. Sampai di rumah tu, girlfriendnya bersama neneknya pergi ke dapur untuk menyiapkan air minuman. Sementara menunggu nenek dan kekasihnya itu, lelaki tadi menonton tv dan ternampak semangkuk kacang di atas meja. Disebabkan kebosanan menunggu, lelaki itu memakan kacang yang ada diatas meja itu. Setelah beberapa minit, girlfriendnya dan nenek tu muncul dengan membawa hidangan air dan pemuda tadi itu pun memberitahu nenek “nenek, maaflah saya dah makan kacang nenek dimangkuk ni”.
Nenek itu tersenyum dan berkata
“Takpa cu, nenek pun tidak makan kacang itu, nenek hisap-hisap coklatnya saja, kacangnya tu keras, maklumlah gigi pun da takda”.

MABUK JALAN
Ada seorang guru dihantar mengajar di kawasan pendalaman. Oleh kerana guru ini berasal dari Bandar, maka perjalanan jauh ke kawasan kampung tempat sekolah dia mengajar memakan masa lebih kurang empat jam dengan keadaan jalan yang berturap. Baru dua jam perjalanan pemuda ini sudah rasa pening, mabuk jalan. Dia menahan muntah. Kebetulan dia duduk bersebelahan nenek tua dan nenek itu menasihatkan dia supaya muntah sahaja dan jangan menahan-nahan muntahnya.
“cu, kalau kau mahu muntah kasi tau saja dengan driver kita berhenti, kau pigi la muntah”
“ya…la nenek”.
Dan lori pick-up berhenti untuk pemuda itu muntah. Tapi sebelum dia muntah, nenek yang disebelahnya sempat lagi memberitahunya sesuatu.
Cu, sebelum muntah tu, tengok lah muka nenek dulu”.
Pemuda itu kehairanan lalu bertanya.
“kenapa tengok muka nenek dulu”.
Lalu nenek itu pun menjawab
“supaya muntahnya cepat”.

PERGI KE DISKO
Mila: Semalam aku minta cerai dengan laki aku
Siti: Kenapa Mila kau minta dengan laki kau”
Mila: Dia pergi ke disco
Siti: Oh laki kau, kaki disco lah ni..kan, ngam la itu kau minta cerai
Mila: Tidak lah, dia bukan kaki disco, tapi dia datang ganggu aku time kerja, itu yang aku malas.

Semua cerita ini adalah saya petik dari cerita-cerita secara lisan kawan-kawan dan pembacaan saya, oleh itu cerita-cerita dalam ruangan al-kisah ini tiada kaitan dengan siapapun. Hanya sekadar hiburan semata-mata. Ingin sumbangkan cerita-cerita anda, emailkan kepada saya: vivian2000krana@yahoo.com
LAGENDA ROCK MALAYSIA
Kumpulan Search
Kumpulan Wings

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails