Saturday, July 3, 2010

Aksi 18sx Tak Tersengaja Dikelayak Ramai

Suatu hari, ketika kau sedang relak-relak tunggu bas diterminal bas, secara tidak sengaja kau ternampak zip seluar pakcik tu tak berkancing.

Apa kau akan buat saat tu. Tambah pula pakcik tu relak jak dengan macho bergaya tanpa perasan yang zip seluarnya tak berkancing.

Adakah kau akan memberitahu pakcik tu macam ni:
"Sori pakcik, nak bagitau ni zip seluar pakcik tak berkancing la"

Atau sekadar dalam hati berkata:
"Alahai cian pakcik ni, mesti dia tak perasan ni seluarnya tak berzip, nak tegur segan, tak pasal-pasal kena marah, malu fren".

Anda bagaimana pula:.....
..........................
.......................................
(p/s: Teringat suatu ketika dahulu, masa aku study kt u, adalah satu brother ni tak berzip seluarnya, brother ni memang smart gila, trip macho lagi tu. Time tu, geng rapat aku ada tiga orang, kitaorang rasa bersalah nak menegurnya juga, tak tegur pun cian jg dengan brother tu. Last-last adalah geng aku ni yang tegur).

Friday, July 2, 2010

ETIKA PENULISAN II: ULASAN DAN KRITIKAN

Salam my fren semua, sedar tak sedar hari ini sudah hari pertama bulan julai dan entri ini adalah sambungan dari entri sebelum ni dalam Etika Penulisan I: Etika menulis, entri hari ini, aku nak kongsikan pula tentang ulasan dan kritikan kerana umumnya dalam penulisan blog kita memang banyak mengulas dan mengkritik. Ya..la kan blog tu universal, so kita boleh tulis apapun yang kita mahu tulis, kita boleh ulas dan kritik apa saja, semuanya adalah pendapat kita sendiri. Bagaimanapun harus difahami juga apa itu "ulasan dan kritikan".

Ulasan dan kritikan itu sama dan bezanya hanya pada definisi saja, dari segi praktiknya ia adalah sama. Pengulas seharusnya tidak boleh membuat penghakiman tentang sesuatu isu sekiranya dia tidak mempunyai pengetahuan cukup untuk mengkritiknya.

Ada beberapa perkara yang perlu diambilkira dalam mengulas dan mengkritik ini iaitu:
1. Memberi gambaran am tentang apa yang diulas dan dikritik.
2. Ulasan hendaklah ringkas dan mudah difahami tentang apa yang ingin di sampaikan.
3. Ulasan dan kritikan mestilah menarik.
4. Sebagai pengulas dan pengkritik kita hendaklah berbicara dengan pembaca dengan mengunakan bahasa yang mudah difahami.
5. Pengulas dan pengkritik seharusnya menjelaskan samaada ia suka atau tidak tentang yang diulas dan dikritiknya.
6. Mengulas dan mengkritik hendaklah berada dalam lingkungan yang ditetapkan oleh etika dan undang-undang.
7. Ingat bahawa tanggungjawab kita mengulas dan mengkritik adalah untuk para pembaca atau dalam erti kata, sebagai pengulas dan pengkritik kita boleh terlalu keras mahupun terlalu bertimbang rasa. Yang penting apa yang kita ulas dan kritik itu dapat difahami oleh pembaca sebagai ulasan dan kritikan yang positif.

Itu lah serba sedikit untuk entri hari ini tentang "ulasan dan kritikan", mungkin terlalu ringkas, namun harapnya ia menjadi perkongsian berguna buat diri aku dan anda semua.

(p/s: Kadang-kadang bila aku blogwalking, terjumpa juga blog-blog yang mengulas dan mengkritik over gila2 dan berani, actually is good but we still must remember kita juga tetap ada kekurangan dan kelemahan. Mungkin juga kita tidak kurang berpengetahuan untuk mengkritik dan mengulas sebegitu. Tapi pada aku yang pentingnya ialah mana yang baik kita jadikan teladan dan mana yang tidak baik kita jadikan sempadan..hehehe, setuju tidak,...mesti la betul kn. Tegur menegur sesama kita itu kan baik, mengulas dan mengkritik itu sama la juga, bukan bermakna kita mengkritik kita tidak suka, tapi kita mahu ia menjadi lagi baik, dapat ditokok tambah untuk pembaikan,-hehehe panjang la pula, ni da over mengulas ni. hahaha).

Wednesday, June 30, 2010

BORAK-BORAK SANTAI

Salam fren, salam 1 Malaysia.. Apa kabar hari ini, harapnya hari ini kita berada dalam keadaan yang amat menyenangkan dan mengembirakan. Hari ini nak buat entri borak-borak santai saja. Aku nak cerita pasal kehidupan seharian yang kadang-kadang bikin panas, bikin geram, bikin sakit hati dan aku buat-buat cool jak. hehehe.

Apa sebenarnya tu.. hahaha, macam ni, kadang-kadang kita tengok ada orang bila sibuk saja banyak kerja, mak aii mula lah gelabah semacam, semua orang terkena tempias gelabah busy dia. Actually kalau nak fikir-fikir, kalau dia buat kerja dengan relak dan tenang, siap juga kerja itu. Ada member kat ofis tu, kalau busy saja, aduhai, nak kata satu ofis tu terkena tempias busynya, gelabah dan kelam kabut semacam sampai berpeluh-peluh tu fren. Yang aku pelik ni, aku pun busy juga, aku pun banyak kerja juga, tapi still relak dan cool buat kerja. Mana ada kerja yang tak susah dan goyang kaki kan, even kau bos besar sekalipun still kena buat kerja. Lagi busy kot, benda yang nak sign jak ntah berapa banyak, tu belum lagi ada acara-acara rasmi nak kena attend dan nak pergi meeting.
Kalau minum air tebu kah, air kelapa kah lagi best dari tengok member aku yang busy semacam tu. hahaha, gambar tak kaitan langsung dengan entri la.

(p/s: Actually tak suka dengan sikap member tu, nak tegur malaslah. Just sekadar aku kongsikan kepada fren semua la. Pasal pada aku, ketenangan dalam buat kerja tu penting, betul tidak. Kalau kau buat kerja dalam keadaan macam tu, memanglah secara langsung kau jadikan diri kau stress. Bila kau stress, kumpum-kumpum kau gelabah semacam bila buat kerja. Cuba kau relak buat kerja, tenang jak, insyAllah kerja tu siap juga. Memanglah kalau kau asyik nak kerja kau perfect jak, kumpum kau akan gila kerana stress, kita tetap manusia biasa, pasti ada kelemahan, yang penting kita dah buat kerja dan itu bermakna kita dah try the best we can, betul tidak).

Tuesday, June 29, 2010

Layan Rock: Cromok

Kualiti tak bape cantik, dari youtube ni..

Tapi aku memang minat dengan band otai ni..CROMOK. Aku start kenal kumpulan sejak tingkatan 4 lagi, time tu kaset la yang popular, sanggup beli kaset kumpulan ni dan sampai sekarang aku tetap meminati kumpulan ni....

Apapun layan rock malam ni...

(p/s: Berasap telinga tunang aku kalau aku dengan dengar lagu-lagu macam ni, hehehe. Sori..la my darling ya, aku memang minat lagu-lagu yang macam ni. Cromok, Metallica, Gammary, Search, Wings, Lefthanded, Gun n Roses dan Nirvana, sampai sekarang aku still minat lagu-lagu mereka).

ETIKA DALAM PENULISAN I: ETIKA MENULIS

Salam 1 Malaysia untuk semua, entri hari ini aku nak berkongsi tentang satu perkara penting yang perlu di ambil kira dalam penulisan blogger. Aku bukanlah seorang blogger otai, tapi adalah sedikit pengetahuan dalam bidang penulisan kewartawan dan ia patut aku kongsikan untuk sahabat-sahabat semua iaitu Etika dalam menulis. Ia adalah hasil dari pembacaan dan rujukan saya dari beberapa buah buku tentang etika dalam penulisan berita dan saya sesuaikan ia dalam bidang penulisan dunia blogger. Buku-buku ni dah lama pun sejak aku masih study dulu lagi dan dalam mencari-cari idea penulisan blog, aku pun terbaca buku-buku tu. Namun penulisan ini adalah sekadar untuk perkongsian kita bersama.

Secara keseluruhannya, kebanyakan penulisan blog di Malaysia adalah bercorak gaya hidup dan bebas, maka perlunya kita mengetahui tentang etika dalam penulisan. Antaranya ialah

A). TANGGUNGJAWAB
Menulis adalah satu tanggungjawab dalam menyebar dan memberi pendapat bagi kepentingan serta perkongsian bersama dengan memberi maklumat kepada semua lapisan masyarakat dan ini membolehkan masyarakat membuat pertimbangan tentang isu-isu semasa dan terkini. Contohnya isu pembuangan bayi mahupun cerita pasal piala dunia bola sepak.

B). KEBEBASAN PENULISAN.
Oleh kerana blog adalah universal, jadi apapun hasil penulisan kita ia adalah hak milik perkongsian bersama. Jadi penulisan kita mestilah bebas dari sebarang unsur bais dan dipengaruhi kepentingan pihak tertentu. Ia secara langsung dapat mengelakkan kesumbangan dan timbulnya kesumbangan dalam masyarakat yang mungkin mewujudkan konflik. Contohnya tuduhan berunsur fitnah dan hasat dengki

C). KEBENARAN DAN KETEPATAN
Ketulusan hati adalah kunci utama dalam menghasilkan sesebuah penulisan. Oleh sebab itu, penulisan kita mestilah tepat dan bebas dari dalam konteksnya dan semua pihak hendaklah diadili dengan adil dan jujur. Sebarang kesilapan fakta, hendaklah diperbetulkan dengan segera. Jangan membuat sebarang kenyataan yang mungkin sekadar khabar angin tanpa ada fakta releven yang menguatkan andaian tersebut dan kebenaran fakta juga tidak boleh di tokak tambah mengikut kesesuaian sendiri.

D). KESAKSAMAAN
Harus kita fahami bahawa menulis dalam blog ini adalah lebih kepada pendapat kita sendiri. Bagaimanapun, wajar pendapat itu saksama iaitu adil dalam memberi pendapat dengan jujur. Kerana harus diingat bahawa pembaca juga memahami dan dapat membezakan antara berita dan pendapat. 

E). PERLAKUAN WAJAR
Perlakuan wajar ini bermaksud, kita menghormati hak-hak orang terlibat dalam penulisan kita. Untuk itu, apapun bentuk penulisan kita hendaklah mematuhi standard kesopanan dan bertanggungjawab. Contohnya dalam mengulas tentang seseorang yang telah ditangkap kerana melakukan kesalahan tertentu, kita tidak boleh melemparkan tuduhan yang tidak sewajarnya kerana dia baru ditangkap dan belum dijatuhkan hukuman lagi, belum dapat dipastikan dia bersalah ataupun tidak.

Kesimpulannya, etika menulis ini bukanlah sesuatu yang menidakkan kita dari memberi pendapat secara bebas dalam penulisan blog sehari-hari, tapi ia bertujuan untuk memelihara, melindungi dan memperkuatkan kepercayaan pembaca kepada ketulusan penulisan kita di blog.


BERSAMBUNG DALAM ETIKA PENULISAN II


(p/s: Kebebasan media itu memang perlu dan penting sebagai saluran suara rakyat, namun apa maknanya kebebasan media kalau hasil penulisan itu boleh menimbulkan ketidakpuashatian, kebencian, permusuhan, perpecahan dan kedengkian. Bila tengok berita dunia di tv dengan macam-macam cerita semasa dunia hari ini seperti rusuhanlah, masalah perkaumanlah, perang saudara lah dan perbelahan politik, aku selalu berkata di hati, Alhamdulillah aku hidup di Malaysia negara yang aman damai).

Monday, June 28, 2010

RENUNGANKAN TELINGA VS MULUT

Manusia dikurniakan dua telinga dan satu mulut kerana menjadi pendengar yang baik itu adalah sukar berbanding dengan berkata-kata.

(p/s: Tidak semua benda baik yang kita lakukan akan difahami dan memberi makna yang baik kepada orang, kerana ia bergantung kepada sejauhmana kebaikan itu dimengertikan dengan baik oleh orang lain, apa yang penting buat baik berpadah-padah, buat jahat jangan sekali)

KETIKA MENJAWAB PANGGILAN TELEFON

Sebelum ini, aku pernah buat entri pasal mengapa lupa memberi salam. Hari ini entri aku ada kaitan dengan entri itu, iaitu ketika menjawab panggilan telefon.

Kebiasaannya bila menjawab panggilan telefon, kita direct jak bercakap tentang apa yang kita nak cakap. Cuba sesekali itu kita berkata macam ni bila menjawab telefon:
"Hello, hai bro, apa khabar".

Tiada salahnya bila kita memulakan percakapan dengan bertanyakan khabar, sekurang-kurangnya akan lebih mengeratkan lagi persahabatan. Ini tidak bila jawab panggilan telefon jak terus cakap mcm ni:
"Hah bro, ko apa hal cal aku".

Walaupun mungkin itu cara komunikasi mesra juga, tapi tiada salahnya kita sesekali bertanyakan khabar kepada sahabat kita.

(p/s: Bila senang ramailah saudara, ramailah kawan, tapi mengapa bila kau susah, kawan-kawan rapat pun buat-buat tak kenal jak). 

Sunday, June 27, 2010

TABIAT KITA

Kadang-kadang kehidupan seharian ada beberapa perkara yang mungkin pelik bila kita fikirkan. Tapi oleh kerana ia memang rutin yang menjadi kebiasaan, maka kepelikan itu kita tidak perasan. Antaranya:

Pernah tidak bila puan-puan sedang menyapu halaman rumah dan jiran sebelah rumah menyapa dengan berkata "hai tengah sapu halaman rumah".

Secara realitinya, jiran kita memang nampak pun, kita tengah menyapu, tapi kenapa nak tanya lagi. Cuba-cuba kadang-kadang bila orang bertanya macam tu kita jawab macam ni "taklah, aku tak menyapu halaman rumah, aku tengah masak ni". hahaha

Tak kisah lah apapun yang kita buat, ketika kita sedang makankah, mesti ada kawan yang menyapa "hai tengah makankah". Padahal memang nyata dan jelas dia memang nampak kita tengah makan.

(p/s: Ironinya ialah itu semua adalah nilai ketimuran masyarakat kita yang melambangkan kelembutan dan kesopanan. Yang muda hormati yang tua, yang tua memberi tunjuk ajar).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails