Saturday, May 22, 2010

I'M NOT SINGLE

Ni..dari filem I'M NOT SINGLE


Entri hari ini, aku nak cakap pasal perkataan, atau ayat-ayat yang selalu diungkapkan oleh kebanyakan dari insan yang dah berpunya lah “I’M NOT SINGLE” atau dalam bahasa melayu, AKU TIDAK BUJANG. Bagi yang tak berpunya pula popular juga dengan istilah SINGLE AND AVAILABLE. Apa aku nak ceritakan kat sini ialah kenapa yang aku tidak single. Marilah kita sama-sama seneraikan apa yang bestnya tak single ni:
1. Perlukan kawan
2. Perlukan seorang yang ambil berat tentang aku
3. Manusia memang dijadikan perpasangan antara lelaki dan perampuan.
4. Di cintai dan mencintai itu indah
5. Berdua kan lebih baik
6. Supaya tak boring, ada kawan ketawa, ada kawan gembira, ada kawan juga bila rasa nak gaduhkah ..hehehe
7. Suntikan semangat buat diri sendiri.
8. Kan best ada juri tetap bagi komen membina yang free dengan kita. betul tidak.
9. Mengenal erti budi, erti kejujuran, erti hidup bersama dan erti perkongsian hidup.
10. Mengenal erti saling menghargai.

(p/s: Dulu..bila takda girlfriend, cemburu gak tgk member2 ada girlfriend. Sekarang dah ada tunang, rasa cemburu jg tengok..member2 yang dah kawin).

Friday, May 21, 2010

CINTA OH CINTA

Ramai berkata
Cinta adalah segalanya,
Cinta adalah syurga dunia,
Tanpa cinta siapa lah aku.

Ada juga yang berkata
Cinta tidak dapat dijual beli
Cinta bukan kerana harta dan rupa,
Tapi kerana kejujuran dan keikhlasan,

Tapi ada juga berkata
Memang duit tidak mampu membeli cinta,
Tapi cinta memerlukan duit,
Dapat memberi makan-minum buat anak isteri atas nama cinta,
Dapat menyekolahkan anak-anak,
Juga keselesaan untuk keluarga sendiri.

Cinta pada Allah adalah kekal abadi selamanya.

(p/s: Cinta itu Indah, Cinta itu perlukan kejujuran dan keikhlasan dan jangan kerana cinta kita lupa tanggungjawab kita sebagai anak, sebagai suami, sebagai isteri dan sebagai kekasih. Cinta kepada agama menjadi panduan dalam kehidupan ini).

Wednesday, May 19, 2010

DUIT OH DUIT


POKAI VS LEPAS GAJI

BILA TIME POKAI….TAKDA DUIT
1. Makan di rumah jak…bagi yg bujang kemungkinan makan maggi tu adalah tinggi. Hehehe
2. Stay di rumah saja, tidak kemana-mana walaupun sekadar window shopping pun tidak
3. Tidak tengok wayang pun, tengok movie astro di rumah saja.
4. Berkira nak call boyfriend/girlfriend, katanya jimat kredit, huhuhu.
5. Tengok TV jak di rumah, walaupun ntah apa2 rancangan yang ditayangkan.
6. Mengira-gira tarikh bila gaji tinggal berapa hari lagi
7. Rajin mengemas rumah, cuci kereta dan macam2 lah nak buat.
8. Keluarlah macam2 alasan bila member ajak lepak.
9. Mula lah berangan2 nak jadi jutawan pasal mula berfikir merancang nak simpan duit, buat pelaburan lah, buat business la. bla bla bla, erm..macam-macam.
10. Mula mencari duit2 syiling yang terselit kt mn2...hehehe, mungkinlah tu.

BILA LEPAS GAJI
1. Makan kat luar.
2. Gelap jak rumah macam takda penghuni, pasal penghuninya asyik2 balik lambat jak. almaklum lah bulan muda, so shopping lah kan.
3. Mula bertanya2kan tentang movie baru yang best yang tengah ditayangkan dipawagam.
4. Panas handphone asyik bergayut jak dengan awek. Member call pun asyik touch line jak pasal tengah online kan dengan awek.
5. Berita semasa kat TV pun tak tahu pasal jarang tengok tv
6. Mula lah mengira2 duit simpanan. Lepas gaji simpanlah, kununnya simpanan, tak sempat hujung dah keluarkan balik, hahaha. betul kah tu.
7. Terbiar jak rumah macam kena bom rupanya, tak sempat nak kemas (bg yg bujang lah ni..hehehe)
8. Mula lah pula mencari member2 nak bawa lepak.
9. Time pokai, macam2 impian nak dibuat, bila dah tak pokai mula lah semua tu jadi angan2.
10. Campak jak kt mana2 duit syiling tu. Kat dalam kereta, kat atas meja, kat atas peti TV dan merata2.


(p/s: Mungkin tidak juga semua yang aku list ni ada pada semua orang. Mungkin ada juga yang lain, bergantung kepada hidup kita masing-masing, sekadar peringatan buat diri-sendiri dan buat sahabat2 semua).

Tuesday, May 18, 2010

ANDA MARAH

10 PERKARA BAGAIMANA ANDA MENGAWAL MARAH

1. Ambil Air Wudu
- Bagi orang islam, amalan mengambil air wudu’ mampu meredahkan rasa marah. InsyAllah berkesan

2. Berjumpa dengan kawan
- Berkongsi dengan kawna-kawan tentang apa sebenarnya yang anda marahkan. Mungkin kawan-kawan juga akan dapat memberi pandangan dan pastinya anda akan merasa lega selepas itu.

3. Pergi Berjalan-jalan
- Cuba anda berjalan-jalan bersendirian ketempat yang dapat memberi ketenangan, contohnya di tepi pantai atau ke mana saja tempat yang dapat memberi anda ketenangan.
4. Lakukan sesautu yang mengembirakan
-Cuba lakukan sesuatu yang memang kebiasaan anda lakukan untuk memberikan kegembiraan kepada anda, contohnya anda mempunyai hobi main game, main gitar, pergi menonton wayang atau pergi bersukan seperti berjoging.

5. Memberi Kemaafan
-Mungkin anda marah kerana seseorang yang membuat anda rasa tidak puashati. Cuba didik kita sekali sekala untuk memberi kemaafan, mungkin ia adalah perkara yang paling sukar, tapi anda mampu melakukan pasti anda merasa kelegaan dan kegembiraan dalam hidupmu.

6. Berfikir Sejenak
- Berfikir lah sejenak tentang apa yang sebenarnya yang anda marahkan dan cari lah penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan perkara itu.

7. Tarik nafas dan hembus
-Ulanglah beberapa kali sehingga anda merasa kemarahan anda berkurangan.

8. Nikmati hidup dengan senyuman
- Didik diri kita untuk selalu tersenyum. Maksudnya bila kita tersenyum, kita mengembirakan diri dan secara tidak langsung dapat mengawal perasaan marah walaupun sekadar senyuman tawar.

9. Chatting
-Kalau pun kemarahan itu tetap tidak dapat diredahkan, anda kongsi lah dengan kawan-kawan chatting anda. Selalu kita ada ramai kenalan chatting yang kita selalu berbual-bual, tapi dala hidup sehari-hari kita tidak mengenali mereka. Mungkin bila kita ceritakan dengan kawan chatting, kita tidak rasa ragu-ragu dan malu-malu.

10. Bersikap positif
- Perkara paling penting anda lakukan ialah berfikiran positif kerana melaluinya kita dapat mendidik dan membentuk diri kita berfikiran matang dan dewasa. Secara tidak langsung dapat mengelak dari sikap kebudak-budakan yang mungkin mengundang perkara-perkara tidak baik.

(p/s: Marah itu normal, tapi menjadi marah dan tidak dapat mengawalnya adalah tidak normal. So, harapnya artikel ini berguna untuk kita bersama dan apa pula yang anda buat bila anda marah).

Monday, May 17, 2010

ALKISAH TERINGAT MASA DULU-DULU

Masih ingat lagi tidak swaktu handphone mula-mula diperkenalkan, seingat aku dalam tahun 1998 lah, tak sure sangat. Tapi aku start pakai handphone tahun 2001 masa aku masih tahun satu di Universiti. Masa tu, bukan setakat kena beli handphone dan simkad, juga kena beli sekali airtime iaitu laluan bulanan. Masa tu pula, reload mana ada RM5 macam sekarang ni, harga reload RM50 dan kena plus lagi dengan laluan bulanan juga RM50, so kalau nak beli handphone masa tu, paling kurang kena ada dalam RM500. Boleh kira mahal la juga pasal still studentkan. Yang aku terkejut sekarang ni, budak sekolah2 pun dah pakai handphone yang paling terlatest lagi.


Ini lah antara model-model Nokia yang pernah popular suatu masa dahulu.

Ni..lah rupa handphone mula-mula aku beli, ni model Nokia Ringgo. Mungkin ramai tak perasan model ni, ni aku beli tahun 2001 lagi.


Ni...la model tak la latest, tapi antara yang popular sekarang ni.
(p/s: Bila sesekali berjalan di shopping komplex dan terjeling2 dengan kedai handphone, mak aii sekarang ni tinggal pilih jak, apa jenis yang kau nak, nak yang murah sekitar harga RM70 pun ada, nak yang termahal-mahal sekali pun ada. Tapi yang aku pelik tak reti nak fikir tu ialah budak2 sekolah pun sekarang ni mampu pakai handphone yang mahal2. Tak kisah lah mungkin family diaorang berkemampuan, so takda hal lah kan).

Sunday, May 16, 2010

SHOW TIME -Ayat-ayat Cinta, Rossa Cover by Shamrin MJ

SELAMAT HARI GURU

Hari ini 16 Mei aku nak ucapkan selamat hari guru buat semua guru-guru di Malaysia. Di mana pun anda mengajar mencurahkan ilmu, jasamu dan pengorbananmu mendidik anak bangsa tetap akan diingati dan dihargai.

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. (http://www.moe.gov.my/hariguru/pengenalan.html)

Sempena hari guru ini aku nak kongsikan beberapa gambar tentang perjalanan dan suasana kehidupan seharian seorang guru di kawasan pendalaman Sabah di Sekolah Kebangsaan Bakuku, Tenom, Sabah. Perjalanan dari Bandaraya Kota Kinabalu ke Sekolah ini lebih kurang lima (5) jam lah.
Perjalanan masuk ke Sekolah

Kalau musim hujan Jalan raya tidak dapat dilalui dan terpaksa menggunakan jambatan gantung

Ini adalah salah bilik darjah disekolah ini.

Bangunan sekolah yang baru

(p/s: Pengorbanan insan bernama GURU tidak ternilai dengan apapun. Usaha gigih mendidik anak bangsa menjadi insan berguna sewajarnya mendapat penghargaan dari insan yang pernah bergelar pelajar. Tanpa mereka siapa lah kita yang berjaya dalam kehidupan hari ini. Tanpa guru tidak akan kita mengenal erti ilmu pengetahuan. -Artikel ini aku dedikasikan buat semua guru-guru di Malaysia dan terutama sekali buat guru-guru yang mengajar di kawasan pendalaman. Khas buat tunang aku juga, seriusly aku tak terkata kegigihannya masuk ke sekolah dengan perjalanan panjang dan kemudahan yang masih tidak begitu baik, namun itu semua tetap menguatkan usahanya mendidik pelajar-pelajar di Sekolah ini).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails