Saturday, June 26, 2010

KERJAYA DAN MOTIVASI: TIPS MEMULAKAN KERJAYA 1

Kebiasaannya selalu terjadi, setelah menamatkan pengajian kita menjadi terpinga-pinga tentang arah tuju kerjaya yang ingin diceburi. Sehingga kita tersilap memilih kerjaya yang bersesuaian dan terlalu sukar mendapatkan pekerjaan. Ada enam perkara yang patut di ambil kita ketika hendak memulakan kerjaya iaitu:



A). BUAT ANALISIS
Kenalpasti lah cara-cara dan keadah yang bersesuain dalam pendekatan untuk mendapatkan pekerjaaan yang paling berkesan. Paling penting rajin bertanya kepada mereka yang telah Berjaya dalam kerjaya mereka.

B). MENDALAMI TENTANG DIRI KITA
Kita seharusnya tahu tentang kemampuan, kebolehan dan kelemahan kita berbanding dengan orang lain termasuklah kelayakan akademik, cita-cita dan kebolehan semulajadi yang kita miliki. Kemudian barulah kita membina imej, keyakinan terhadap diri sendiri, personaliti dan minat.

C). MEMPERLENGKAPKAN DIRI
Kita perlu mempunyai matlamat dan moto kita sendiri tentang apa yang harus kita capai serta apa sasaran masa untuk mencapai matlamat tersebut.

D). MENGKAJI PASARAN SEMASA
Dalam proses memulakan kerjaya, kita juga seharusnya memahami apakah trend semasa pasaran tenaga kerja. Contohnya, adakah kemahiran tertentu diperlukan seperti kemahiran IT dan kebolehan berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Apabila kita mengetahuai pasaran semasa tersebut, kita pastinya dapat mempersiapkan diri kita dalam bidang yang ingin kita ceburi.

E). PERSEDIAAN TEMUDUGA
Temuduga adalah perkara terpenting yang patut kita buat persediaan dengan sebaik-baiknya. Termasuk keyakinan diri dan perkara-perkara kecil seperti perlakuan serta tatatertib berpakaian. Juga perkara yang paling utama diambil kita semasa temuduga ialah persediaan resume dan dokumen-dokumen penting seperti sijil-sijil kelayakan akademik dan dokumen pengenalan diri. Ini kerana dalam temuduga adalah beberapa perkara yang kita perlu tahu iaitu penemuduga adalah spektikal dan mereka akan membandingkan kita dengan orang lain. Selain itu juga, kita juga perlu menyusun masa dengan baik termasuklah pengangkutan dan perbelanjaan semasa hendak pergi temuduga.

(p/s: Memulakan kerjaya adalah antara perkara yang perlu dititik beratkan dalam menentukan arah tuju perjalanan kita. Untuk itu perlunya ada matlamat supaya apa yang kita inginkan tercapai dan berjaya).

Thursday, June 24, 2010

POPULAR BLOGGER DI HARI KHAMISKU 8

Senja di Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

Salam dan apa khabar sahabat-sahabat semua. Ini memang entri bersiri aku setiap hari khamis, tapi kerana kesibukan aku, entri setiap hari khamis ini ada masanya aku tidak buat. Apapun untuk entri hari ini aku nak tulis pasal hala tuju blog aku ni. Aku mula serius buat blog ini sejak bulan April lagi, namun setelah aku amati aku agak tersasar sedikit dari matlamat blog ini iaitu blog berbentuk majalah dengan penulisan yang lebih berpengetahuan dan berinformasi.

Oleh sebab itu, dalam beberapa minggu ini aku akan menyusun semula blog ini sesuai dengan matlamat pengujudan blog ini sebagai perkongsian maklumat yang berguna kepada kita semua. Beberapa entri yang tidak bersesuaian selama ini juga, aku akan delete dan entri yang bersesuaian aku akan kekalkan. Terutamanya entri-entri tentang diri aku yang mengarut2 ntah apa-apa saja.

Walaupun masa aku agak terhad dalam berblog ini sepenuh masa, namun berdasarkan perjalanan blog ini beberapa bulan ini, aku perhatikan bahawa blog ini tetap ada pengunjung dan silent reader, dan aku ucapkan terima kasih. Dengan sebab itulah, aku mahu menyusun semula blog ini dengan entri-entri yang berpengetahuan dan berinformasi untuk tetapan semua. Jadi mungkin dalam tempoh beberapa ketika ini, entri-entri baru dalam blog ini agak kurang dalam tempoh penyusunan semula ini. Apapun terima kasih kepada semua sahabat-sahabat blogger yang datang singgah di blog ini, juga kepada follower terima kasih.

(p/s: Kerana dah seronok berblog, last-last tersasar pula dari matlamat asal aku nak buat blog ini. Dah jadi macam blog selebriti pula (ceh...perasan, hahaha), maksud aku ialah matlamat aku nak jadikan blog ini berupa magazine blog, bukannnya tentang diri aku).

Wednesday, June 23, 2010

JALAN-JALAN DI BANDARAYA KOTA KINABALU II



Salam..entri ini adalah sambungan dari entri lalu Jalan-Jalan di Bandaraya Kota Kinabalu I. Ahad lalu tu, aku pergi ke Zoo yang dikenali dengan nama Lok Kawi Wildlife Park. Lok Kawi Wildlife Park ini terletak dikawasan seluas 280 ekar dan sejauh 25 km dari Bandaraya Kota Kinabalu. Bayaran masuk untuk dewasa sebanyak RM10 dan kanak-kanak RM5 bagi warganegara Malaysia, sementara bukan Malaysia bayaran dikenakan sebanyak RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Maklumat lanjut bolehlah layari laman web zoo ini http://www.lokkawiwildlifepark.org/.
Ini di tempat pintu masuk Zoo
Bergambar dengan latar belakang rusa
Rusa-rusanya jinak juga.
Aku suka tengok harimau....

Zoo ini mempunyai pelbagai jenis haiwan seperti memerang, harimau, gajah, tembadau, burung-burung, rusa, kijang, beruang, kuda miniature dan monyet. Aku menghabiskan masa kira-kira 2 jam untuk berjalan-jalan sekitar zoo ini dan macam biasa lah berteman dengan dia "tunang aku".
Ini lah dia....

(p/s: Masa zaman kanak-kanak teringin juga mahu ke zoo bila tengok drama-drama tv, actually this is my first time go to zoo (-hehehe). Apapun Sabah adalah antara destinasi pelancongan yang menarik di Malaysia, Datanglah melancong ke Sabah-Shamrin The Blog Show).

Tuesday, June 22, 2010

KERETA IDAMAN AKU

Seorang kawan pernah bertanya dengan aku macam ni
"Bro apa kereta idaman ko".
Aku pun dengan selamba menjawab
"Kereta idaman aku Perodua Rusa".
Kawan aku tu, gelak gila-gila mendengar dream car aku.
"Apa lah ko bro, kereta tu da tak keluar lagi lah".
Aku pun berkata
"Takpa..lah, aku beli yang secondhand jak bro, yang penting aku dapat beli kereta idaman aku".
Ni dia...Perodua Rusa. Cantik kereta ni juga, tapi sebenarnya bukanlah dream car aku, saja aku nak menyakat kawan aku tu. hehehe. (Gambar ni aku petik dari google)

Tapi kereta idaman aku adalah yang ini...
Mitsubishi Lancer Evolution

(p/s: Pakai motor lagi best dari pakai kereta, menyelit kat mana-mana, parking kat mana-mana dan yang pentingnya, terlepas trafik jem. Tapi bila dah hujan, terpaksa lah aku berangan-angan nak beli kereta. hahaha).

Sunday, June 20, 2010

JEJAK PERJALANAN INI I

Hari ini aku ingin menulis tentang jejak perjalanan hidup seseorang hingga ke hari ini. Dia ni seorang graduan sebuah IPTA di Borneo dengan kelulusan Ijazah Sarjana muda pada tahun 2003. Setelah menamatkan pengajian dia menganggur hingga 2004 sebelum memulakan perniagaan kecil kedai runcit di sebuah Bandaraya di Borneo. Walaupun perniagaan itu kecil, namun berkat minat dan latar belakang pendidikan dia membolehkannya menguruskan perniagaan itu dengan baik sekali. Percaya atau tidak, perniagaan itu hanya bermula dengan modal RM3000. Pada asalnya kedai itu di sewa, sewa atas sewa dari penyewa sebelumnya yang tidak ingin meneruskan perniagaan. Kakak yang pemilik asal kedai ni pula, ambil untung lagi dari sewa kedai tu. Dia sewa dari tuan punya kedai RM600, dan bagi sewa dengan dia tu RM800.

Kedai runcit yang dia buka ni kecil jak, setakat jual makanan ringan, keropok, maggi, minuman tin dan barang-barang keperluan harian. Memang buka kedai didalam kawasan bandar ini banyak sangat cabarannnya, apatah lagi bila baru memulakan perniagaan, selain persaingan, modal juga menjadi masalah utama. Alhamdulillah setelah 6 bulan perniagaan dibuka, perniagaan dapat melepasi tempoh genting dan selepas tempoh 6 bulan ini perniagaan dia berjalan lancar dengan baik.

Namun setelah hampir dua tahun lebih perniagaan dia di buka, siapa tahu datang masalah dan akhirnya perniagaan dia tutup sama sekali. Alkisah mengapa perniagaan ini ditutup apabila kekasih dia yang bersama-samanya membuka perniagaan telah kembali ke kampung halamannya atas permintaan keluarga kekasihnya. Oleh kerana dia kecewa, dia tidak dapat meneruskan perniagaannya berseorangan tanpa kekasihnya. Hingga akhirnya perniagaan dia di tutup macam tu sahaja pada Mei 2006. Ketika ini hubungan dia dengan kekasih masih ok, cuma kerana ada hamba Allah yang membuat-buat cerita tidak baik tentang mereka hingga keluarga kekasihnya memanggil kekasihnya balik ke kampung halamannya. Oleh kerana perniagaan dia sudah ditutup, maka dia pun mengambil keputusan balik ke kampung halamannya juga tinggal sementara bersama keluarganya.

Sepanjang 2007 dia hidup dalam pengangguran tiada pekerjaan, hanya pada 2008 baru dia mendapat pekerjaan sebagai Pembantu Tadbir. Bermula semula langkah kehidupan baru dia, bermula dengan jejak langkah yang pastinya jauh berbeza dari sebelum ini. Ya..lah sebelum ini business sendiri, sekarang ni jadi pembantu tadbir jak. Namun dia tetap tabah teruskan jejak perjalanan ini. Ada lagi kisah tentang dia ni, insyAllah di siri Jejak Perjalanan II, aku kongsikan lagi.

BERSAMBUNG
Aku ambil gambar masa aku pergi ke Pantai, tekun sangat-sangat anjing ni mencari makanannya.

(p/s: Setiap yang datang dalam kehidupan ini pasti ada hikmahnya, mungkin ia tidak semudah seperti yang dibayangkan dan mungkin ada sesuatu yang tak pernah dibayangkan mengisi ruangan dalam hidup kita. Apa yang paling penting, bersyukurlah dengan nikmat pemberianNya yang kita nikmati hingga ke saat ini. Kita di uji maknanya, kita di suruh untuk belajar, lagi dan lagi untuk terus belajar supaya menjadi seorang insan yang berguna buat diri sendiri).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails