Friday, June 11, 2010

RENUNGAN JUMAAT. DEMI MASA

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran". Surah Al-Ashr.
Ni...punchkad lah..tapi still boleh suruh kawan punchkn...ala mcm tak biasa pula...hehehe

Ni...thumb print...dah tak boleh suruh kawan lagi, boleh lah, potong jari bagi kawan. hehehe

(p/s: Suatu masa tu, office ttiba tukar dari cara punchkad ke thumb print, adalah aku dengar member mengeluh, alahai sekarang ni dah tak boleh suruh-suruh orang lain punchkan. Jadi salah siapa kah...adakah teknologi yang bersalah atau kita yang sentiasa malas ini. hehehe).

Thursday, June 10, 2010

POPULAR BLOGGER DI HARI KHAMIS KU 7

Salam khamis untuk semua, apa khabar semua, semoga sentiasa berada dalam keadaan yang amat menyenangkan ketika ini. Aku masih lagi berada dalam lingkungan kesibukan kerja dan blog aku ni jadi slow sedikit termasuk blogwalking. Tapi kerja adalah tanggungjawab utama yang mesti kita jalankan amanah itu dengan sebaiknya kerana dengan kerja itulah kita dapat gaji dan meneruskan kehidupan seharian. Bila kita menjalankan tanggungjawab kerja dengan baik, insyAllah rezeki kita pun halal, alhamdulillah (dah..macam ceramah agama pula..hehehe, tak pa yang penting aku mengingatkan diri aku sendiri dan sahabat-sahabat semua).

Minat dalam penulisan ini memang masih menebal dan masih banyak lagi benda aku nak kongsikan dalam blog ini, cuma kerana kesibukan dengan macam-macam kerja, aku tidak cukup masa untuk menulis sekarang ni. Apapun terima kasih kepada anda semua yang tetap juga bertandang ke blog aku ini.


Huhuhu..semua pun kena settle., ni..lah kerja-kerja aku..

(p/s: Perjalanan kehidupan ini adalah amanah yang mesti kita jalankan, tidak kisahlah apapun yang kita lakukan, keikhlasan adalah perlu. Mungkin kita tidaklah sehebat mana, tapi mungkin kerana kesungguhan dan keikhlasan kita, pasti apapun jua yang kita lakukan pasti mendapat kebaikan).

Wednesday, June 9, 2010

WAJAH-WAJAH CERIA MEREKA



(p/s: betapa indahnya kemeriahan zaman kanak-kanak dan semua pasti masih tersimpan dalam memori kita. Bos aku pernah berkata macam ni tau "dulu kita zaman kanak, main kejar, lastik burung, panjat pokok dan berlari, semua aktiviti kita adalah aktiviti yang lasak, budak-budak sekarang duduk depan komputer main game, langsung tak cergas". Bila aku fikir-fikir betul juga apa yang dia cakap tu, dulu masa aku kecil-kecil wah..best lah, pasal aku hidup kat perkampungan Felda. Sabah kan terkenal dengan pelbagai suku kaum, jadi dalam perkampungan Felda ni, aku bercampur dengan pelbagai suku kaum...best sangat lah masa kecil-kecil ni).

Tuesday, June 8, 2010

DENGKI SESAMA KAWAN KERJA


Situasi yang selau wujud dan dengar dalam suasana pejabat dan tempat kerja kita sehari-hari. Tidak kira lah dari serendah-rendah jawatan hingga lah ke jawatan tertinggi, pasti kita selalu mendengar si Polan A memburuk-burukkan si Polan B. Ironinya dengki sesame kawan kerja ini berlaku seolah-olah perang dingin dan jarang secara bersemuka. Minggu ini, mari kita sama-sama mengupas persoalan dengki sesama kawan di tempat kerja. Mengapa berlakunya situasi sebegini di kalangan kita dan di kalangan kawan kita.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENJADI PENYEBAB SIKAP DENGKI INI IALAH

A). KAWAN KITA YANG RAJIN
Bila ada seorang kaawan yang rajin dan bersungguh-sungguh bekerja, maka mula lah wujudnya anasir-anasir gossip Si Polan A mengata tentang kerajinan si Polan B. “Ala si Polan B tu saja tunjuk rajin mahu mengampu bos lah tu”. Walhal realitinya, si Polan B memang seorang pekerja yang baik, rajin dan bersungguh-bersungguh bekerja dan hakikatnya si Polan A yang memang kaki pengampu bos.

B). KAWAN LEBIH MENDAPAT PERHATIAN
Selalunya nila kita sebagai senior, memang tidak dinafikan kita lebih berpengalaman dan berpengetahuan. Entah mengapa suatu ketika datang seorang pekerja baru bekerja yang muda dan berpendidikan. Dalama erti kata lain freshlah dengan semangat-semangat baru, dengan idea-idea baru yang bernas dan excited buat kerja lah. Maklumlah semangat baru kerja kan. Kalaupun mungkin dia kurang pengalaman tetapi oleh kerana dia berpendidikan dan pangkat pula lebih tinggi, maka kita yang senior ini langsung terlepas pandang. Maka bermula lah unsure dengki dalam hati kita. Bermula lah misi-misi mencari pengalaman sijunior tadi.

C). KAWAN TERLALU MENGADA-ADA.
Namun ada kalanya pula, memang si kawan ini rajin, mendapat perhatian dan berpendidikan, tetapi oleh kerana terlalu dapat pujian, mula lah tu mengada-ada. Kawan yang selama ini banyak membatu kita pun, sudah tidak dipandang. Si kawan ini pun berkecil hati lah. Masalahnya pula, kalaupun mungkin si kawan ni tak kata apa-apa, kawan-kawan lain pula mula berbisik umpatan berunsurkan dengki-mendengki.

D). KAWAN YANG TIDAK MAHU KALAH
Ini normallah, normal berlaku dalam masyarakat kita, tak pernah senang tengok orang lain atau kawan kita sendiri senang. Kawan naik pangkat, kawan naik gaji, bahkan kawan tukar kereta pun boleh mewujudkan rasa dengki. Bila tengok si Kawan maju ke hadapan, mula lah timbul rasa tidak senang hati, mulalah mencari-cari kelemahan si kawan itu. Contohnya bila kawan naik pangkat saja, mesti adalah yang berbisik-bisik “ala dia senang lah naik pangkat, cable kuat, tu lah naik pangkat”

E). FANATIK KUMPULAN SENDIRI
Selalu juga wujud kelompok-kelompok kumpulan dalam suasana kerja harian kita. Mungkin kumpulan A, jenis yang berkawan dengan semua orang, kumpulan B jenis yang rajin. Kumpulan C, kaki pengampu, kaki curi tulang dan kaki lepak. Mungkin tiada masalah bagi kumpulan A kerana kumpulan ini berkawan dengan semua orang. Tapi masalahnya ialah kumpulan B dan C. Kalau ada kalangan kumpulan B naik pangkatkah, mula lah kumpulan C ini menyebarkan unsure-unsur kedengkian mereka dan ahli-ahli dalam kumpulan B, pastinya akan mempertahankan ahli kumpulan mereka.

Itulah antara lima faktor yang menjadi punca mengapa terjadi rasa dengki di kalangan kawan-kawan kita di tempat kerja. Mungkin kalau dibincangkan secara ilmiah mengenai perkara ini, pasti kita akan menemuai bermacam-macam faktor yang menjadi punca kepada rasa dengki ini, namun apa yang penting dalam era kemajuan hari ini, apa salahnya kita sama-sama maju kehadapan, tolong-menolong dan saling ingat mengingati, baru lah ia bersesuaian dengan slogan 1Malaysia.


(p/s: Jadikan amalan berbaik-baik sesama kita, kan berbaik-baik itu amalan yang mulia dari berdengki-dengki).


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails