PUISI CINTA
BUATMU
Biar kita tidak mengenali,
Terasa ku ingin mengenali,
Terasa ku ingin mengenali,
Bukan kata-kata,
Hanya bisikan dari sudut jiwa,
Tiada yang mungkin untuk dipermainkan kerana itu.
Tidak tahu kenapa,
Raut wajahmu bersinar,
Sesinar ketulusan jiwamu,
Dari wajah sepi,
Penuh pengertian dan pengamatan,
Hingga tersembunyi segala tingkahmu,
Aku tidak mengerti.
Ku ingin tahu,
Kerana tidak pernah ku impikan,
Tapi hakikat tetap berkata,
“Kita selalu ketemu”.
Kerana,
Kita hampir tapi jauh untuk berbicara,
Kita serupa tapi dari arena yang berbeza,
Aku fikir, aku dari kebetulan,
Yang entah kebetulan untuk apa?.
APA YANG MESTI,
Aku bukan pujangga sasterawan,
Cuma anak desa berguru padanya,
Buat bintang-bintang malam,
Supaya bulan mengerti,
Antara siang dan malam tidak serupa,
Antara kau dan aku,
Akan aku buktikan.
OLEH : SUTERA PUTIH @ Shamrin Mat Janih
KOLEJ KEDIAMAN KAMPUNG B
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH, 2000
No comments:
Post a Comment