Thursday, April 1, 2010

BORAK-BORAK DARI SEMASA BERITA DARI AKHBAR-AKHBAR MALAYSIA


IBU DAN ANAK RENTUNG DALAM KEBARAN DI KENINGAU
Pagi ini aku membaca berita di New Sabah Times online dan Berita Harian Online, cerita sedih menyayat hati tentang sebuah kebakaran yang berlaku di Daerah Keningau. Ibu dan anak yang berusia tiga tahun renting dalam keadaan berpelukan setelah rumah mereka terbakar di Kg. Kapakaan, Biah, Keningau pada jam 11 kelmarin (Rabu). Norazlinawati Hashim, 29, dan anaknya, Sharlene Natasha Mohd Asroy, 3, dikatakan berada dalam bilik di tingkat atas rumah mentuanya, manakala suaminya, Mohd Asroy Gasinau, 31, berada di dapur. Suami mangsa yang juga anggota tentera berpangkalan di Melaka, dikatakan baru pulang bercuti untuk menghabiskan masa bersama keluarga cedera ringan ketika berusaha menyelamatkan isteri dan anaknya.

Suaminya telah berusaha untuk masuk ke bahagian ruang tamu untuk menyelamatkan isteri dan anaknya, namun usahanya gagal akibat bahang yang terlalu panas. Kedua beranak itu kemudian ditemui rentung dan masih berpelukan sesama sendiri. Pasukan Bomba dan Penyelamat yang tiba beberapa minit selepas mendapat maklumat daripada orang ramai, berjaya mengawal api daripada merebak ke beberapa rumah berhampiran.
Baca Berita selanjutnya di New Sabah Online, 1 April 2010 dan Berita Harian Online,1 April 2010 

RUNDINGAN BAWA PULANG PELAJAR BUNTU

Ini pula kisah pelajar pintar yang disiarkan di Berita Harian Online, sebelum telah disiarkan tentang kehilangan gadis yang berusia 16 tahun ini dan selepas itu gadis itu tampil membuat kenyataannya mahu berkahwin dengan teman lelakinya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails