Thursday, May 27, 2010

BLOGGER POPULAR DI HARI KHAMIS KU 6

Gambar ini takda kaitan dengan artikel pun, tapi aku suka bunga ros.


Salam Khamis...untuk semua, actually setiap hari khamis aku buat artikel pasal popular blogger di hari khamis ku, tapi buat dua minggu ini aku agak sibuk sedikit dalam kerja. Jadi aku kurang masa nak ronda2 blogger lain. Apapun terima kasih kepada para sahabat yang menjadi follower di blog aku ni yang setakat ni dah ada 85 follower, woi..ok la tu.

Seperti semua maklum, hari Jumaat cuti hari wesak so hari tak kerja dan kalau anda di Sabah seperti aku, Isnin dan Selasa juga cuti umum sempena Pesta Keamaatan. So bestnya cuti panjang 5 hari. Cuti kali ini aku nak balik kampung aku di Tawau, Sabah kira-kira 500km dari Bandaraya Kota Kinabalu ini. Kalau naik bus yang bertolak dari Kota Kinabalu jam 8 pagi dan akan sampai di Tawau dalam jam 5 petang. Jauh juga lah. Klu naik flight sekitar 45 minit sahaja. So, untuk 5 hari ni aku takda la update blog aku, tp kepada pengunjung yang meninggalkan jejak, aku akan menjejaki anda semula. Macammana pun aku dah buat entri2 auto publish untuk tetapan sahabat-sahabat semua dan insyAllah komen2 anda akan dijawab selepas aku kembali dari cuti.

Lepas balik dari Tawau aku akan kongsikan cerita semasa cuti aku ni dalam bentuk bergambar tu lagi di dalam blog ini. hehehe. Kepada anda yang belum pernah datang ke Sabah. Datang-datanglah melancong di sini kerana banyak destinasi menarik untuk di lawati di Sabah. InsyAllah aku akan buat artikel pasal destinasi menarik di Sabah..

Apa2pun thank buat Santai pasal tag aku, orang pertama tag aku tu...mesti aku ingat tu sampai bila-bila. Antara cerita-cerita yang menjadi topik2 kebanyakan blogger minggu ni ialah tentang Shahir juara AF8, tahniah buat Shahir semoga terus menyemarakkan industri muzik tanah air kita.

(p/s: Selamat bercuti, bestnya dah lama aku tak bercuti2 ni, selalu aku kerja saja dan jangan tak percaya, tahun lalu aku cuti 5 hari itupun cuti hari raya dan cuti pergi  interview kerja. So tahun ni, kena lah bercuti rehat2kan minda).

6 comments:

  1. sI tEDI: wah best jg tu. Cuti penting utk relax2 minda.

    ReplyDelete
  2. woaa.lama cuti.jom jalanjalan.

    ReplyDelete
  3. +akufobia+: ya jenjalan sambil bercuti. hehehe

    ReplyDelete
  4. orang tawau rupanye. tinggal sebelah mana kat tawau, asal sana ke?

    ReplyDelete
  5. ok gak tu kalu wat post pasal sabah..berminat nak tahu...lalala

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails