Saturday, May 8, 2010

JATUH BANGUN SEMULA

Gagal bukan bermakna kita gagal selamanya. Gagal bermakna kita perlu belajar lagi dan lagi. Belajar untuk sentiasa berusaha, belajar untuk sentiasa bersungguh-sungguh dan belajar dari pengalaman dari sebuah kegagalan. Gagal ini pula ada bermacam-macam jenis mengikut tafsiran kita masing, gagal dalam pelajaran, gagal dalam kerjaya, gagal dalam percintaan, gagal dalam perniagaan dan bermacam-macam jenis lagi kegagalan dan tiada manusia yang tidak pernah gagal dalam hidupnya. Kita pernah dengar dari zaman kita kanak-kanak lagi pun, ataupun zaman persekolahan kita tentang saintis terkenal yang gagal berkali-kali sebelum ciptaannya berjaya. Kita juga selalu didengarkan cerita macammana kura-kura yang lambat bergerak itu boleh menang dalam lumba lari. Semua ini adalah berkisar tentang kalau kita berusaha melakukan sesuatu dengan kesungguhan, insyAllah pasti berjaya. Kalaupun dalam satu masa itu kita gagal, tidak bermakna kita akan gagal selamanya.

Dimana ada gula, disitu semut. Dimana ada jalan, disitu lah kita bermula. Tapi soalnya mengapa kita sentiasa bermula sahaja, mengapa tiada kemuncaknya apa yang kita usahakan. Orang lain bermula dan berjaya mendapat apa yang sepatutnya mereka usahakan. Kita bermula sampai separuh jalan, terpaksa berpatah balik semula ke jalan yang asal untuk bermula mencari jalan yang sepatutnya. Jawapannya ialah mungkin ada beberapa perkara kita terlepas pandang sejak kita bermula lagi, kita terlalu ghairah bermula, hingga selalu mengabaikan beberapa perkara seperti mengenal pasti apakah tahap matlamat kita yang sudah tercapai, apakah perkara yang perlu diperbaiki dan buatlah check list tentang sejauhmana kita ingin pergi.

Apapun, tidak kisah lah kalau pun kita pernah mengalami kegagalan yang penting kita perlu bangun, kita mesti bangun, kita mesti bangkit dan hidup mesti diteruskan. Jatuh mesti bangun semula. Tidak kisah apapun jenis kegagalan yang kita pernah alami yang penting kita perlu bermula semula dengan penuh kesungguhan, ketabahan dan kesabaran. Janganlah pula kita sudah bermula semula, tapi terpaksa berpatah balik lagi. Mudah-mudahan apa yang kita usahakan akan terus membuahkan hasil.

(p/s: Sekadar motivasi untuk diri sendiri. Hehehe. Dulu aku pernah buka business, tapi setakat separuh jalan, business tu down dan terpaksa lah bermula dengan perlahan-lahan sekarang ni. Apapun sama-sama kita renung-renungkan, bila jatuh mesti bangun semula).

5 comments:

  1. untuk diri aku juga.

    org sellau putus asa bila gagal,
    terbaru seorang suami bunuh diri bilaub di berhentikan kerja dan gagal dapat kerja semual. Aduhai! Singkatnya pemikiran,

    cuba dan cuba lagi.

    setiap masalah pasti ada penyelsaiannya

    slam hujung minggu!

    ReplyDelete
  2. motivasi untuk semua, agar jangan putus asa. setiap yang berlaku mesti ada hikmah kan

    ReplyDelete
  3. sI tEDI: ya...kt mesti tabah teruskan kehidupan. insyAllah kita berjaya juga tu..

    ReplyDelete
  4. Amy: Ya..motivasi penting untk kita teruskan ketabahan diri berusaha. InsyAllah pasti berjaya

    ReplyDelete
  5. saya menuding jari pada diri sendiri.
    muhasabah diri. merenung kembali salah dan khilaf
    mungkin saya tidak dapat mengubah keadaan tapi cuba mencari kekuatan untuk tempuhinya dengan tenang. Biar sakit. Luka dalam. Tapi perjalanan hidup masih jauh. Cuba bangun dan teruskan berjalan...
    Pada saudara, terima kasih dengan artikel ini. Saat ini saya amat tertekan dan cuba mencari kekuatan diri.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails