Friday, May 7, 2010

RENUNGAN JUMAAT: HIKMAH SEBUAH KEHIDUPAN

Mula-mula study kat U, aku selalu berfikir dan membayangkan apakah bentuk kehidupan aku selepas bergelar graduan nnt. Seteleah aku jadi graduan, aku terbekecimpung pula dalam bidang perniaggan dari tahun 2004 hingga 2006. Business pun, business kecil-kecilan jak, kedai runcit. Nak kata banyak duit modal tu, takda lah, mula start business dgn modal RM2000 jak. Namun Alhamdulillah, dapat juga lah aku bangunkan business tu dengan baik, tapi tahun 2006 aku terpaksa tutup juga perniagaan tu (atas sebab peribadi..hehehe..adalah tu)

Selepas tu lah aku mengangur sepanjang 2007, nak citer hidup pengangguran ni, masyAllah, tuhan sahaj yang tahu bagaimana getirnya bila hidup menggangur..ya..la hidup menganggur..stay dengan bapa mama kt umah. Mungkin kalau time remaja2 dulu, no hal lah kan, takda rasa segan2 dengan kwn2 dan terutamanya dengan bapa mama juga. Bukan apa lah, umur time tu dah 27 tahun, jadi terasa sikit getirnya menganggur. Ya.. lah nak kata, takda sekolah da ada degree, tapi menganggur juga. Sepanjang 2007 tu, ntah bape banyak apply keja. Interview pun banyak juga aku pergi dari dari SPA8, Guru Sandaran, KPLI dan sektor2 swasta pun, tapi takda rezeki juga.

Alhamdulillah last2 rezeki tu ada juga, walaupun setakat kerja kerani buat masa ni, tapi tetap bersyukur dengan rezeki dari Allah untuk meneruskan sebuah kehidupan. Namun hikmahnya setakat ni, aku dapat belajar tentang pengurusan pentadbiran pejabat, at least pun aku bergaul dengan golongan cendiakiawan akademik.

Apapun target aku ni kalau still takda job tetap juga tahun ni, aku nak ambil master next year 2011. InsyAllah.

(p/s: Sebenarnya hidup ini penuh hikmah, banyak perkara yang datang mengajar kita erti kehidupan. Realiti sebuah kehidupan. Percaya lah, tidak semua perkara yang kita inginkan, kita akan dapatkannya. Tapi tidak semua juga perkara yang kita tidak inginkan itu tidak baik. Apa yang penting, panjatkan lah kesyukuran pada Allah atas semua rahmat kurniaanNya. Amin, Alhamdulillah).

13 comments:

  1. setuju,

    setiap yg berlaku ada hikmah.

    kita x dapat yg ini, esok lusa insyaAllah kita dapat yg itu

    ReplyDelete
  2. ya pasti ada hikmahnya fren. Apa2pun teruskn kehidupan yg ada dgn kegembiraan.

    ReplyDelete
  3. btul tu..aku pon rasa semua tu hikmahnya...

    ReplyDelete
  4. myza: Kehidupan ini pasti penuh dengan hikmah.

    ReplyDelete
  5. em hidup ni banyak dugaan datang kan..kena kuat..saya pun still skrg jadi kerani walupun ader dip...chaiyok2

    ReplyDelete
  6. Amy: itu lah kehidupan fren, apapun hidup mesti diteruskan dgn kegembiraan kn.

    ReplyDelete
  7. moga niatmu nak amek master tercapai..aminn... letak page ni di exchange link saya k... :)

    ReplyDelete
  8. Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnyer kan...dan setiap orang dah Allah sediakan rezeki masing2...sama ada cepat dapat atau lambat....semoga hidup kita dipermudahkan di masa akan datang...doakan selalu :-)

    ReplyDelete
  9. eynda: ya semestinya, apa2 yg dtg tu pasti akn hikmah untuk kita pelajari.

    ReplyDelete
  10. sama la kesah kita ni sham, bezanya aku keja juga tp gaji rm12 sehari.... selama kita telah berusaha, berjaya atau tidak itu menjadi perkara kedua..yg utama keikhlasan melaksanakan..nawaitu... tp,kalo dah ada org tsayang kongsi masalah..smua jadi ringan.. thanxxx kpd yg sgup susahkan diri sayang kita kan sham....

    ReplyDelete
  11. actually kalau nak wat master tu, pikir dulu sama ada nak wat

    1) by course or
    2) by research or
    3) mixed mode (course + research)

    leh tanya saya kalau nak tahu.. :)

    ReplyDelete
  12. Anonymous: Ini lah kehidupan fren, btl yg ptg nawaito kita.
    Mawaddah: klu kt UMS ni aku kena ambil by research sebabnya aku nk sambung mass-com jg. Mass-comm takda ums xda by course. t ada apa2 aku tanya mawaddah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails