Tuesday, June 1, 2010

BILA HENDAK BERMULA

Selalu dengar ungkapan-ungkapan ini:
-Aku nak business lah
-Aku nak simpan duitlah
-Aku nak sambung studylah..
-Aku nak berubah
-Aku nak berhenti merokok
-Aku nak solat lima waktu
-Aku nak disiplinkan diri lah
DAN MACAM-MACAM..bla bla bla..entah apa-apa lagi yang sekadar menjadi angan-angan.

Soalnya bila kita hendak bermula kalau kita selalu mencari-cari alasan untuk bermula:
-Ala....tak cukup modallah nak mula business lah
-ala bulan ni banyak nak pakai duitlah, macammana nak menyimpan
-Nantilah bila ada kelapangan masa, anak-anak dah besar baru aku sambung study..masterkah.
-Kalau aku berubah jadi baik pun belum tentu ada yang hormat aku.
-Nantilah aku berhenti merokok
-Awal lagi ni, masuk waktu solat, nanti lah bila kat umah aku solat.
-Kalau nak berdisiplin sangat pun, orang lain bukan berdisiplin pun
Kita sendiri yang memilih jalan untuk bermula. Samada mahu bermula, atau kita sekadar meneruskan kehidupan macam biasa yang tekadang kita naik, tekadang terpaksa turun.
(p/s: Tangga ni kelihatan sama saja, tapi sebenarnya satu gambar itu adalah tangga naik dan satu lagi tangga turun. Perhatikan betul-betul).

(p/s: Tiada yang kaya dan jutawan itu kerana dia memang kaya, mungkin ada segelintir lah yang mewarasi harta mak bapak dia, tapi percaya kebanyakan dari mereka bermula dari bawah. Memulakan perniagaan kecil-kecilan, berkembang maju dan jadi jutawan, tapi hasil titik peluh mereka dengan bersusah payah. Soalnya ingatan buat aku juga ni...BILA KITA NAK BERMULA).

2 comments:

  1. tapi kalau niat dulu buat kemudian boleh tak> hhe he he

    mcm org lelaki slalu ckp,

    nak berhenti meroko, sampai ek sudah tak buat. tapi niat dah ada

    ReplyDelete
  2. sI tEDI: Niat tu yang penting sebenarnya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails