Thursday, June 3, 2010

CARA MUDAH MENGHURAIKAN PENULISAN

Dunia blogging ini memerlukan daya kreativiti idea dalam penulisan. Banyak juga tak update blog pasal takda idea nak tulis apa. Untuk menulis kita memerlukan topik utama untuk ceritakan. Walaupun kebanyakan blogger umumnya menulis dengan gaya bercerita, namun ada juga penulisan yang terlalu panjang, berjela-jela dan bla bla bla..ntah apa yang mengarut pun (actually aku tergolong kah juga ni...hehehe).

Jadi sebagai perkongsian bersama, aku nak kongsikan satu keadah mudah untuk mengolah penulisan kita. Keadah ini adalah keadah penulisan berita dalam bidang kewartawanan yang dikenali 5W iaitu:
a). Who = Siapa
b). What = Apa
c). When = Bila
d). Where = Dimana
e). Why = Kenapa/ tapi kadang-kadang digunakan juga How = Bagaimana.

Dengan elemen 5W ini, pasti mudah untuk kita, menghuraikan tentang sesuatu topik yang kita nak cerita dalam blog kita.



(p/s: sebenarnya hari isnin lalu, aku pergi interview penerbit rancangan di rtm, so sebelum intrw tu, adalah aku buka buku-buku lama mass-com, itulah yang terdapat idea untuk entri sebagai perkongsian kita bersama).

5 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails