Friday, June 18, 2010

SKUTER

Ni..yang aku pakai. hehehe

Oleh kerana aku guna Skuter, maka aku nak buat entri pasal skuter juga lah. Aku percaya ramai kalangan rakan juga memilih skuter. Mengguna skuter ini memang bestlah, enjoy dan relak-relak saja. Selain penggunaan yang mudah, penjagaan pun tidak juga terlalu menyusahkan sangat. Jadi aku nak kongsi lah cerita pasal skuter ini kepada anda semua.

Menurut Wikipedia skuter adalah sebuah motorsikal yang secara tradisonalnya mempunyai ciri-ciri seperti kerangka “boleh langkah” (step through), roda bersaiz tidak melebihi 16 inci, secara enjin yang terletak di bahagian bawah penunggangnya. Walaubagaimanapun, terdapat juga reka bentuk skuter yang lebih moden yang turut menerapkan cirri-ciri bagi klasifikasi motorsikal lain kedalamnya, misalnya Yamaha Nouvo yang menyerupai motorsikal kapcai biasa. (http://www.wikipedia.org/skuter).

Skuter Yamaha Nouvo LC 135

Skuter kini popular di kalangan menunggung motorsikal di Malaysia yang bukan sahaja di minati oleh golongan wanita, malahan lelaki kerana pengunaannya yang mudah dan kecil. Tambahan lagi dengan kemampuan kuasa kelajuan yang menyemai kemampuan motorsikal kapcai biasa. Sehingga pemilik-pemilik Skuter ini mempunyai kelab-kelab yang besar dan terkenal. Malahan ada yang sanggup berbelanja besar untuk mengubahsuai Skuter supaya kelihatan lebih cantik dan menarik seperti airbrush dan audio system.

Skuter Nouvo Yamaha
Di Malaysia terdapat pelbagai jenis jenama Skuter untuk menjadi pilihan antaranya dari jenama Modenas, Yamaha, Mz, Honda, Suzuki dan Naza seperti Modenas Elegen 150cc, Modenas Elit Sport 150cc, Yamaha Ego 115cc, Yamah Nouvo 115cc, Yamaha Nouvo LC, Mz 125cc dan Naza GTR 170cc. Dari harga serendah RM5000 hingga lah setinggi RM9000 boleh menjadi pilihan untuk membeli sebuah Skuter Idaman kita. Namun terdapat juga jenis Skuter yang berkuasa tinggi seperti melebihi 500cc Yamaha T-Max, Honda Silver Wings dan Gilera Gip800.



Modenass Elit Sport 150

Dari aspek penjagaan Skuter juga tidaklah terlalu menyusahkan, Cuma mungkin kita perlu mengikuti jadual penjagaan seperti yang di cadangkan oleh pengeluar skuter yang kita gunakan seperti pengantian minyak pelincir dan minyak gear. Umumnya beberapa asas dalam penjagaan skuter yang perlu kita ketahuai antaranya amalan memeriksa skuter kita. Seperti kerosakan kecil dan skru longgar. Periksa juga tali sawat yang menjadi nadi utama perjalanan skuter dari habuk dan kakisan. Hantarlah servis untuk menukar minyak pelincir dan minyak gear skuter kita setelah 3000KM-5000KM. Pengantian pencucuh pula selepas 10000KM bagi memastikan kelancaran api sentiasa berada dalam keadaan baik. Kebiasaannya bateri harus ditukar dalam tempoh setahun. Begitu brek harus di pastikan berada dalam keadaan baik untuk mengelakkan sebarang kemungkinan tidak baik semasa menunggang Skuter kerana brek Skuter bergantung sepenuhnya pada brek tangan. Demikian lah secara umum penjagaan dan pengunaan Skuter, mungkin tidak begitu lengkap tapi memadai untuk pengetahuan asas kita bersama. Namun untuk maklumat lanjut terperinci sila lah rujuk buku panduan motorsikal skuter yang dibekalkan percuma semasa kita mula-mula membeli skuter.


Modenas Elegen.

(p/s: Aku da guna skuter dari tahun 2008 lagi. Sebenarnya skuter yang aku guna sekarang ni adalah skuter adik aku, tapi dia jarang guna, jadi aku lah menjadi pengguna. Namun setakat ni alhamdulillah lah, senang digunakan dan tak pernah buat hal. Cuma minyak kuat sikitlah, tapi still dalam jimatlah berbanding dengan kereta. hehehe).

8 comments:

  1. x pernah naik skute, x tau bawa skuter.

    ReplyDelete
  2. Skuter lagi senang dari basikal. serius betul ni.

    ReplyDelete
  3. masih ingat lagi pada Vespa..berat sebelah sbb enjin sisi.

    ReplyDelete
  4. Tak pena rasa bawa vespa pula. tp bw vespa tu, nampak ada gaya

    ReplyDelete
  5. berminat dengan elegan la...

    ReplyDelete
  6. harga bayaran muka utk skuter niyh bape ea?

    ReplyDelete
  7. Stakat ni sy guna elegan 200 mmg terbaik. Bloknye seramik.
    air filter die kat atas mmg x kacau la habuk2 selut2. Tempat kaki x de bonggol...letak beras ngan tong gas.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails