Vol 2. 6th April 2010.
PEROMPAK TEMBAK RAKAN SENDIRI
Ini kisah yang saya baca di Berita Harian Online tentang kes rompakan kedai kemas. Seorang perompak menembak mati rakan yang cedera terkena tembakan pengawal keselamatan dalam satu rompakan kedai emas di Wisma OUG, Jalan Klang Lama. Polis percaya perompak itu bertindak demikian kerana bimbang rakannya yang cedera itu akan ditahan polis dan identitinya terdedah. Ada seksi melihat melihat seorang suspek melepaskan dua das tembakan kea rah rakannya yang tersungkur di atas lantai dan merampas beg berisi barang kemas yang dipegang rakannya sebelum melarikan diri.
Baca selanjutnya di Berita Harian Online, 6hb April 201074 TAHUN KUMPUL 2,000 SETEM
Satu lagi cerita menarik yang saya baca dari Berita Harian Online tentang hobi seorang warga emas mengumpul setem dan mempunyai lebih dari 2,000 koleksi setem termasuk dari luar Negara sejak zaman Perang Dunia kedua. Lai Yoong Cheng yang kini berusia 83 tahun mula mengumpul setem sejak 1936 ketika masih menuntut di Sekolah Cina di Pulau Pinang.
Baca selanjutnya di Berita Harian Online, 6hb April 2010BEKAS IMAM MILIKI DADAH DIPENJARA
Satu lagi kisah menarik perhatian saya membacanya hari ini ialaha tentang bekas imam miliki dadah di penjara di Utusan Malaysia Online. Bekas imam yang sudah mencecah umur 61 tahun ini telah menunaikan haji sebanyak empat kali, namun entah di mana silapnya, dia terjerumus dalam gejala dadah yang menyebabkannya dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu.
Baca selanjutnya di Utusan Malaysia Online, 6hb April 2010.AADK SIASAT DAKWAAN PELAJAR KETAGIH ROKOK BERCAMPUR DADAH
Sementara itu dalam New Sabah Times Online saya tertarik membaca tentang dakwaan pelajar ketagih rokok bercampur dadah di Sarawak. Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan menyiasat dakwaan Kesatuan Guru Sarawak (STU) bahawa pengedar dadah menggunakan rokok bercampur dadah bagi memancing pelajar menjadi penagih dan ejen mereka. STU membuat kenyataan itu berikutan operasi pencegahan dadah di Bintulu awal minggu ini yang menyaksikan 14 pelajar dan empat belia ditahan polis.
Baca Selanjutnya dalam New Sabah Times Online, 5 April 2010.(RUANGAN MACAM-MACAM INI ADALAH PETIKAN DARI PEMBACAAN SAYA DI MEDIA ONLINE UNTUK SAMA-SAMA KITA KONGSIKAN DAN SETERUSNYA KITA RENUNG-RENUNGKANNYA)
No comments:
Post a Comment