Vol 2. 5th April 2010.
Adakah Kita Kisah
Lihatlah sekeliling kita ada beberapa perkara berlaku, yang kita buat-buat tidak kisah, terlepas pandang, atau pun kita kisah tapi sekadar tunggu dan lihat. Mari kita cermin-cerminkan diri dalam beberapa perkara dibawah ini. Renung-renungankan lah, adakah kita kisah:
1. Pengemis Jalanan
-Berapa kali kita menghulur sedekah,
-Berapa kali kita simpati melihat mereka,
-Berapa kali kita bertanya khabar kepada mereka.
2. Penjual Kaki Lima
- Pernahkah kita berfikir berapa pendapatan mereka sehari.
- Pernahkah anda bayangkan bahawa duit simpanan mereka lagi banyak dari kita yang walau secara realiti mempunyai pekerjaan yang baik berbanding mereka.
- Pernahkah anda bayangkan apa jenis kereta yang pandu. Percaya kah kalau mungkin mereka mampu memandu kereta jenama Vois Toyota.
3. Duit Syilling 5 sen
- Berapa kali bila kita membeli di kedai dan menerima baki syilling 5 sen dan kita tidak mengambil baki duit syiling 5 sen itu.
- Berapa kali kita memungut duit syiling 5 sen yang lihat di jalanan.
- Berapa banyak duit syilling 5 sen dalam tabung kita.
4. Kejadian semasa dalam perjalanan
- Kita melihat ada kereta rosak dalam perjalanan anda, adakah kita akan berhenti untuk bertanya apa yang berlaku. Apa yang kita fikirkan adalah perkara negatif, contohnya kita fikirkan entah-entah orang jahat saja tu berpura-pura.
- Kita sedang memandu dan tiba-tiba kita melihat ada kemalangan teruk berlaku dan kita berhenti, adakah kita akan membuat pertolongan apa yang sepatutnya atau sekadar menjadi penonton seolah-olah ada pertunjukan lagak ngeri disitu.
- Tiba-tiba ada orang bertanyakan kita tentang sesuatu, berapa kali kita melayan pertanyaan mereka, adakah pernah kita tidak melayan pertanyaan tersebut.
5. Semasa di dalam Bas
- Berasak-asak menaiki bas, pernahkah kita memberi laluan kepada wanita mengandung atau org tua.
-Adakah kita memberi tempat duduk kita kepada orang tua atau wanita mengandung.
No comments:
Post a Comment