Vol 2. 5th April 2010
Puisi Cinta Minggu ini
SEKILAS PANDANG
Dibalik renungan,
Dibalik riak wajah,
Dibalik senyum manis,
Ada insan mengekori.
Pandangan yang kebetulan tercuri,
Lalu dicuri sebuah pandangan,
Untuk terus mencari wajah itu,
Ingin berbicara pada hati,
Namun bagaimana ia harus direalitikan.
Kalau sekadar tahu,
Ada insan yang memerhati,
Tapi bisu tanpa suara,
Perlukah meminta tentang erti semua itu.
Soalnya ia persoalan jiwa,
Yang tiada jawapan pasti,
Kerana membisu
Adalah paling terbaik.
Kerana kalau bersuara,
Suasana akan menjadi sunyi sepi,
Lantas renungan balas,
Akan lebih tajam,
Setajam pedang membelah sutera,
Teramat halus,
Tapi berbisa.
Aku bukan sarjana pujangga,
Cuma anak desa yang menumpang padanya,
Supaya terpancar rasa dihati,
Terbisik khabar perasaan,
Antara jalanan dibicara ini
“Inspirasi aku aku ketika berada dipantai Pulau Sapi”
2001-Sutera Putih
No comments:
Post a Comment