Tuesday, June 29, 2010

ETIKA DALAM PENULISAN I: ETIKA MENULIS

Salam 1 Malaysia untuk semua, entri hari ini aku nak berkongsi tentang satu perkara penting yang perlu di ambil kira dalam penulisan blogger. Aku bukanlah seorang blogger otai, tapi adalah sedikit pengetahuan dalam bidang penulisan kewartawan dan ia patut aku kongsikan untuk sahabat-sahabat semua iaitu Etika dalam menulis. Ia adalah hasil dari pembacaan dan rujukan saya dari beberapa buah buku tentang etika dalam penulisan berita dan saya sesuaikan ia dalam bidang penulisan dunia blogger. Buku-buku ni dah lama pun sejak aku masih study dulu lagi dan dalam mencari-cari idea penulisan blog, aku pun terbaca buku-buku tu. Namun penulisan ini adalah sekadar untuk perkongsian kita bersama.

Secara keseluruhannya, kebanyakan penulisan blog di Malaysia adalah bercorak gaya hidup dan bebas, maka perlunya kita mengetahui tentang etika dalam penulisan. Antaranya ialah

A). TANGGUNGJAWAB
Menulis adalah satu tanggungjawab dalam menyebar dan memberi pendapat bagi kepentingan serta perkongsian bersama dengan memberi maklumat kepada semua lapisan masyarakat dan ini membolehkan masyarakat membuat pertimbangan tentang isu-isu semasa dan terkini. Contohnya isu pembuangan bayi mahupun cerita pasal piala dunia bola sepak.

B). KEBEBASAN PENULISAN.
Oleh kerana blog adalah universal, jadi apapun hasil penulisan kita ia adalah hak milik perkongsian bersama. Jadi penulisan kita mestilah bebas dari sebarang unsur bais dan dipengaruhi kepentingan pihak tertentu. Ia secara langsung dapat mengelakkan kesumbangan dan timbulnya kesumbangan dalam masyarakat yang mungkin mewujudkan konflik. Contohnya tuduhan berunsur fitnah dan hasat dengki

C). KEBENARAN DAN KETEPATAN
Ketulusan hati adalah kunci utama dalam menghasilkan sesebuah penulisan. Oleh sebab itu, penulisan kita mestilah tepat dan bebas dari dalam konteksnya dan semua pihak hendaklah diadili dengan adil dan jujur. Sebarang kesilapan fakta, hendaklah diperbetulkan dengan segera. Jangan membuat sebarang kenyataan yang mungkin sekadar khabar angin tanpa ada fakta releven yang menguatkan andaian tersebut dan kebenaran fakta juga tidak boleh di tokak tambah mengikut kesesuaian sendiri.

D). KESAKSAMAAN
Harus kita fahami bahawa menulis dalam blog ini adalah lebih kepada pendapat kita sendiri. Bagaimanapun, wajar pendapat itu saksama iaitu adil dalam memberi pendapat dengan jujur. Kerana harus diingat bahawa pembaca juga memahami dan dapat membezakan antara berita dan pendapat. 

E). PERLAKUAN WAJAR
Perlakuan wajar ini bermaksud, kita menghormati hak-hak orang terlibat dalam penulisan kita. Untuk itu, apapun bentuk penulisan kita hendaklah mematuhi standard kesopanan dan bertanggungjawab. Contohnya dalam mengulas tentang seseorang yang telah ditangkap kerana melakukan kesalahan tertentu, kita tidak boleh melemparkan tuduhan yang tidak sewajarnya kerana dia baru ditangkap dan belum dijatuhkan hukuman lagi, belum dapat dipastikan dia bersalah ataupun tidak.

Kesimpulannya, etika menulis ini bukanlah sesuatu yang menidakkan kita dari memberi pendapat secara bebas dalam penulisan blog sehari-hari, tapi ia bertujuan untuk memelihara, melindungi dan memperkuatkan kepercayaan pembaca kepada ketulusan penulisan kita di blog.


BERSAMBUNG DALAM ETIKA PENULISAN II


(p/s: Kebebasan media itu memang perlu dan penting sebagai saluran suara rakyat, namun apa maknanya kebebasan media kalau hasil penulisan itu boleh menimbulkan ketidakpuashatian, kebencian, permusuhan, perpecahan dan kedengkian. Bila tengok berita dunia di tv dengan macam-macam cerita semasa dunia hari ini seperti rusuhanlah, masalah perkaumanlah, perang saudara lah dan perbelahan politik, aku selalu berkata di hati, Alhamdulillah aku hidup di Malaysia negara yang aman damai).

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails