Hari ini aku ingin menulis tentang jejak perjalanan hidup seseorang hingga ke hari ini. Dia ni seorang graduan sebuah IPTA di Borneo dengan kelulusan Ijazah Sarjana muda pada tahun 2003. Setelah menamatkan pengajian dia menganggur hingga 2004 sebelum memulakan perniagaan kecil kedai runcit di sebuah Bandaraya di Borneo. Walaupun perniagaan itu kecil, namun berkat minat dan latar belakang pendidikan dia membolehkannya menguruskan perniagaan itu dengan baik sekali. Percaya atau tidak, perniagaan itu hanya bermula dengan modal RM3000. Pada asalnya kedai itu di sewa, sewa atas sewa dari penyewa sebelumnya yang tidak ingin meneruskan perniagaan. Kakak yang pemilik asal kedai ni pula, ambil untung lagi dari sewa kedai tu. Dia sewa dari tuan punya kedai RM600, dan bagi sewa dengan dia tu RM800.
Kedai runcit yang dia buka ni kecil jak, setakat jual makanan ringan, keropok, maggi, minuman tin dan barang-barang keperluan harian. Memang buka kedai didalam kawasan bandar ini banyak sangat cabarannnya, apatah lagi bila baru memulakan perniagaan, selain persaingan, modal juga menjadi masalah utama. Alhamdulillah setelah 6 bulan perniagaan dibuka, perniagaan dapat melepasi tempoh genting dan selepas tempoh 6 bulan ini perniagaan dia berjalan lancar dengan baik.
Namun setelah hampir dua tahun lebih perniagaan dia di buka, siapa tahu datang masalah dan akhirnya perniagaan dia tutup sama sekali. Alkisah mengapa perniagaan ini ditutup apabila kekasih dia yang bersama-samanya membuka perniagaan telah kembali ke kampung halamannya atas permintaan keluarga kekasihnya. Oleh kerana dia kecewa, dia tidak dapat meneruskan perniagaannya berseorangan tanpa kekasihnya. Hingga akhirnya perniagaan dia di tutup macam tu sahaja pada Mei 2006. Ketika ini hubungan dia dengan kekasih masih ok, cuma kerana ada hamba Allah yang membuat-buat cerita tidak baik tentang mereka hingga keluarga kekasihnya memanggil kekasihnya balik ke kampung halamannya. Oleh kerana perniagaan dia sudah ditutup, maka dia pun mengambil keputusan balik ke kampung halamannya juga tinggal sementara bersama keluarganya.
Sepanjang 2007 dia hidup dalam pengangguran tiada pekerjaan, hanya pada 2008 baru dia mendapat pekerjaan sebagai Pembantu Tadbir. Bermula semula langkah kehidupan baru dia, bermula dengan jejak langkah yang pastinya jauh berbeza dari sebelum ini. Ya..lah sebelum ini business sendiri, sekarang ni jadi pembantu tadbir jak. Namun dia tetap tabah teruskan jejak perjalanan ini. Ada lagi kisah tentang dia ni, insyAllah di siri Jejak Perjalanan II, aku kongsikan lagi.
BERSAMBUNG
(p/s: Setiap yang datang dalam kehidupan ini pasti ada hikmahnya, mungkin ia tidak semudah seperti yang dibayangkan dan mungkin ada sesuatu yang tak pernah dibayangkan mengisi ruangan dalam hidup kita. Apa yang paling penting, bersyukurlah dengan nikmat pemberianNya yang kita nikmati hingga ke saat ini. Kita di uji maknanya, kita di suruh untuk belajar, lagi dan lagi untuk terus belajar supaya menjadi seorang insan yang berguna buat diri sendiri).

Aku ambil gambar masa aku pergi ke Pantai, tekun sangat-sangat anjing ni mencari makanannya.
(p/s: Setiap yang datang dalam kehidupan ini pasti ada hikmahnya, mungkin ia tidak semudah seperti yang dibayangkan dan mungkin ada sesuatu yang tak pernah dibayangkan mengisi ruangan dalam hidup kita. Apa yang paling penting, bersyukurlah dengan nikmat pemberianNya yang kita nikmati hingga ke saat ini. Kita di uji maknanya, kita di suruh untuk belajar, lagi dan lagi untuk terus belajar supaya menjadi seorang insan yang berguna buat diri sendiri).
....di cintai sepenuh hati wanita itu...hebatnya kuasa cintanya hinnga menyebabkan musnahnya sebuah kahidupan....
ReplyDeleteAnonymous: Belajar dari kehidupan adalah lebih bermakna dan seseorang menghormati kehidupan kita tanpa mempersoalkan kehidupanmu walau apapun. Just dia menghormati dirimu. Kerana kita punya pengalaman, cerita pahit manis kehidupan, namun disebalik kepahitan kehidupan itu dia terus tabah hadapi kehidupannya, biarpun yang mendatang itu masih banyak persoalannya, tp apapun adanya dirimu...itu lah yang ada di mata, di hati dan di jiwa. Jejak Sebuah Perjalanan ini hanya sekadar sebuah al-kisah kehidupan, kisah dari kepahitan sebuah kehidupan dan kerananya kehidupan diteruskan dengan langkah yang cukup tabah. Kerana esok adalah yang terindah. Bukan kelmarin yang telah berlalu.
ReplyDeletekenapa perlu putus asa atau lemah semangat bila kekasih x do pulek...
ReplyDeletesI tEDI: Ya betul...kehidupan mesti diteruskan.
ReplyDeleteSetiap kejadian pasti ada hikmahnya...
ReplyDeletekadang perjalanan kita tak seperti yang kita rancang. tapi sikap tak pernah putus asa dan mengambil iktibar dari kegagalan masa lalu sering membuat seseorang itu berjaya semula.
ReplyDeleteMNT: ya apapun yang pernah terjadi pasti ada hikmahnya.
ReplyDeleteSeri: Ya itulah sepatutnya. kegagalan mengajar kita erti kehidupan.
ReplyDelete