Kebiasaannya di depan pintu tandas tertulis TANDAS dan dibawahnya TOILOT. Namun ada juga tandas-tandas yang tertulis macam ni TANDAS dan dibawahnya RESTROOM. So kita renung-renungkan al-kisah ini, yang terjadi dengan aku minggu lalu, awal pagi selepas aku punch card semasa dalam perjalanan ke pejabat, ada lah seseorang ini bertanya dengan aku,
“bang tandas di mana ya”.
Aku pun pelik juga kenapa perampuan tu tanya aku tandas, walhal tandas depan mata dia jak. Tapi aku jawab jak lah.
“tu kan tandas”.
Dia dengan muka macam kehairanan lalu berkata lagi
“eh, ini tandaskah, aku ingat tadi bilik rehat”.
Aku rasa nak tergelak pun ada. Rasa lawak yang amat-amat. Tapi terpaksa cover-cover depan perempuan tu. Aku rasa dia mungkin orang kampung kah yang baru menjejak kaki ke Bandaraya Kota Kinabalu ni.
(p/s: ada juga masih insan-insan seperti ini di zaman sekarang ni, aku tak dapat bayangkanlah kalau dia ni jumpa kaki penipu kah, kumpum-kumpum ditipu abis-abisan, apapun kesian dia. Aku tidak berniat nak memperolok-olok dia, ataupun nak jadikan dia bahan ketawa, tapi kadang-kadang selalu terjadi juga benda-benda macam ni).
apa seri tak salah nampak semalam ada s/box knpa malam nie dah takde??
ReplyDeleteMemang kesian juga kan kalau masih keliru antara toilet & restroom..:)
ReplyDeleteseri: sori mang xda
ReplyDeleteBluedianthus: kdg2 mcm xpercaya, tp kdg2 tidak mustahil juga terjadi.