Selepas bersiap sebelum pergi bekerja, biasalah kehidupan bujang ni buat Nescafe dengan roti bread berintikan kaya. Biasanya aku saja nak lewat-lewat datang office. Bukanlah lewat sampai lebih jam 8 pagi. Sebabnya office aku dekat jak dari rumah, 5 minit perjalanan sampai ke office, so time breakfast ni lah menjadi ruang termenung memanjang diawal pagi.
Aku masih teringat-ingat pesanan bos aku kelmarin tentang kehidupan berumahtangga. Kebetulan time ni, ada lagi dua member yang dah berumahtangga join sekali dengar pesanan itu. Bos aku ni tergolong dalam golongan sainstis lah yang dah bergelar Profesor, so pada aku pendapat dia boleh diterima pakai. (hehehe). Bos aku berkata macam ni:
“Hidup berumahtangga ni satu kehidupan yang abstrak, no law, no one right, no one wrong, you must have extra-ordinary power how to understand manage your family. Sebab dalam suasana persekitaran biasa, contohnya ditempat kerja, banyak benda-benda yang mungkin kita anggap perkara biasa saja dan dengan mudah kita settlekan. Tapi bila benda tersebut kita bawa ke rumah, suasananya akan berlainan, satu benda kecil tu mungkin akan menjadi benda besar. Ada pula masanya benda tu, besar tapi just nothing. Bagaimanapun, pada satu tahap tu masing-masing akan dapat menyesuaikan diri dengan sikap masing-masing. Ini bermaksud kita memerlukan satu tempoh balancing between husband and wife. Balancing ini pula tidak datang dalam tempoh singkat, ia akan mengambil satu tempoh yang agak panjang kerana secara realitinya untuk menyatukan dua insan itu iaitu lelaki dan perempuan menjadi satu adalah bukan perkara mudah. Ini kerana kita sejak azali telahpun mempunyai tabiat masing-masing yang sememangnya berbeza. Jadi bagi mendapatkan titik keseimbangan saling memahami itu memerlukan kita sebagai lelaki satu kekuatan bersifat extra-ordinary dengan penuh rasa sabar”
Aku yang masih membujang ni pun dengar jak lah. Tapi pada aku memang betul apa yang bos aku katakan itu. Ada masanya terlalu sukar untuk kita memahami hati seorang wanita.
Seorang kawan tu kata macam ni:
Ada masanya kita tidak faham apa sebenarnya mereka mahukan, ada masanya dia gembira yang amat-amat sangat dan takda rebut, takda angin, tiba-tiba jadi moody.
Seorang pula kawan tu pernah cakap dengan aku macam ni:
“Esok bila kau dah kawin, kau tau lah tu mcmn, susah lah nak cakap. Bukan nak kata kawin tu tak hapi la..lebih dari hapi, tapi ada something2 tu, yang kau kena ikut rentak memahaminya. Kadang-kadang hari ni dia suruh kau pakai baju kolar biru, mungkin pada kita lelaki ni, tak kisah lah apapun nak pakai kan, yang penting pakai baju, tapi klu kau membantah mcm2 alasan, tak pasal2 murung jak muka dia, walhal just small matter jak pun”.
Aku faham apa yang kawan aku nak explain ni, samalah apa yang bos aku cakap tu, dan pastinya dalam kehidupan berumahtangga ni sebenarnya perempuan akan lebih alert tentang macam-macam benda termasuklah pakaian kita, makan minum, kekemasan rumah dan anak-anak. Betul tidak. Tak percaya pagi-pagi masa nak pergi kerja saja, dari seluar dalam, dompet, handphone dan kunci kereta semua tanya isteri dimana letak. (Ceh…mcm jak aku ni dah kawin, tau2 pula. Hehehe, tapi itu..lah yang aku pernah nampak dan pernah dengar).
Apapun, orang kata itulah asam garam hidup berumahtangga. Ada masa..ok jak, tetiba boleh tukar channel mood moody pula. Apa yang penting saling memahami, saling melengkapi dan biarlah cinta yang tersemai selama ini terus kekal abadi selamanya.
(p/s: Aku sekadar pembawa cerita jak, aku pun tak kawin lagi ini tapi mudah-mudahan semuanya berjalan lancar juga dipermudahkan untuk majlis kawin aku hujung tahun ini. Amin. Namun apa pendapat anda semua tentang hidup berumahtangga ni. Bagi yang bujang tu, apa imagination anda bila dah hidup berumahtangga ini. Jom kita tukar-tukar pendapat tentang cerita hidup berumahtangga ni).
begitu lah renca kehidupan berumahtangga
ReplyDeletekematangan amat perlu dlm memimpin keluarga bro...
ReplyDeletewah, nak kahwin sudah. Selamat berumahtangga..:)
ReplyDeleteSuzana: Mestilah fren
ReplyDeleteBluedianthus: InsyAllah...
Suami & isteri hidup saling melengkapi....
ReplyDeleteeynda: ya..itulah perlunya perkahwinan sebagai pelengkap dlm kehidupan kita.
ReplyDelete