Berjalan-jalan Bandaraya Kota Kinabalu ini, pasti kita akan melihat penjual kritik dikaki lima kedai dengan beg-beg berisi rokok, pakaian pun agak selekeh lah, kadang-kadang bersama anak-anak kecil mereka yang juga turut mencari costumer pembeli rokok. Hari ini aku tidak bercakap soal mereka ini pendatang haram, tapi aku bercakap tentang soal kegigihan mereka mencari rezeki penuh kegigihan walaupun terpaksa berdepan dengan penguatkuasa seperti Polis dan pegawai-pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Selalu terpaksa bertempiaran lari bila pegawai penguatkuasa ini datang. Bila anggota penguatkuasa berlalu mereka kembali lagi menjual seperti biasa.
Ini gambar penjual rokok kat Indonesia. Tapi nampak cantik dan kemaslah, sedap juga mata memandang
Kita ambil pula satu situasi berlainan tentang masyarakat tempatan kita, anak-anak muda di kampung sanggup ke bandar semata-mata untuk bekerja yang mungkin gaji sekadar cukup makan untuk menampung sewa bilik dan makan selama sebulan, walhal di kampung sawah padi sudah tiada siapa yang mengusahakannya, ladang kelapa sawit juga terpaksa di upah dengan buruh asing kerana si bapa sudah tua untuk bekerja. Anak-anak muda ini datang kebandar dengan harapan dapat mengejar seribu impian, namun bila sampai ke bandar segala impian jadi angan-angan semata kerana keseronokan hidup di bandar dengan berpoya-poya bersama kawan-kawan, merempit, tinggal bersedudukan dengan girlfriend dan boyfriend, pergi ke pub dan karaoke, terlibat dengan gejala dadah, jadi GRO, jadi gadis urut dan semua memang berlaku didepan mata kita semua.
Kembali pula kepada si pendatang penjual rokok di kaki lima ini, cuba kita buat perkiraan yang ringkas tentang pendapatan mereka. Katakanlah mereka membeli sekarton rokok dengan harga RM16 yang berisi sepuluh kotak rokok dan menjualnya dengan harga RM2.50 sebungkus. Ini bermakna mereka akan mendapat keuntungan RM9 dari setiap carton rokok yang mereka jual itu. Kita anggarkan dalam sehari mereka mampu menjual 5 carton rokok, ini bermakna mereka telahpun mendapat keuntungan RM45 sehari. Jumlah ini kita darabkan dengan 30 hari, jumlah pendapatan mereka ialah RM1350.00. Lumayan, mereka ini tidak membayar sewa tapak. So ini di kira pendapatan bersih.
Kita selalu menyibukkan diri dengan berkata mereka ini pendatang lah, pendatang haram lah. Kita sibuk ke sana kemari bercakap macam-macam tentang mereka ini dan sedar tak sedar mereka dah jadi kaya raya. Kita tetap juga macam ni, hidup cukup-cukup bayar sewa rumah, bayar kereta dan untuk makan minum. Persoalannya mengapa kita masyarakat tempatan tidak segigih seperti mereka. Mengapa kita tidak berusaha menjadi kaya raya seperti mereka. Kebanyakan kita berfikir kalau aku buka busines, aku nak supermarket, aku nak buka syarikat kontraktor dan aku nak buka syarikat pembalakan yang untung ribu-ribu dan untung juta-juta. Kenapa jarang kita berfikir apakah business yang murah dan modal tidak besar tapi laku untuk dijual. Kita ambil contoh mudah, berapa banyak orang tempatan yang menjual air sirap, air oren dan air bandung di kaki lima kah, di pasar tamu kah. Siapa berani kata kalau jual air sirap tidak laku. Air sirap bungkus dalam plastik dengan harga 50 sen. Setakat 50 sen semua orang mampu membelinya. Apa modal yang kita perlu kalau kita jual air sirap, paling pun beli sebotol air sirap, beli ais, gula dan bekas tempat minuman. Itu saja pun. Kalau la sehari kita mampu menjual 100 bungkus air sirap, kita sudah pulangan RM50. Modal tidak sampai pun RM15.
Jadi aku tulis artikel ini bukanlah nak menyokong penjual-penjual rokok di kaki di lima tu, Cuma membawa sedikit mesej berbeza dengan orang lain. Kita sibuk berkata mereka ini pendatang, tapi kita jarang melihat dan mengambil pengajaran dari usaha gigih mereka dan pada satu tahap aku rasa bukan isu mereka ini pendatang, tapi isu sebenarnya ialah rasa ini dengki dan cemburu.
(p/s: jadi renung-renungkan sejenak kerana kebanyakan mentaliti masyarakat tempatan bahawa kita perlu kerja di pejabat, dengan pakaian kemas, bertali leher dan duduk dalam pejabat berhawa dingin. Bila ada pemuda yang berkelulusan ijazah cuba mengusahakan tanaman, menternak dan membuka perniagaan kecil-kecilan, mula lah tu, orang berkata macam ni “tengok anak si Polan tu, sekolah tinggi-tinggi..last-last ternak kambing, baik tak payah sekolah”. Ataupun lebih dahsyat orang berkata macam ni “entah-entah anak si Polan tu, gagal di Universiti, tu la balik di kampung ternak kambing”).
sebenarnya orang yang berniaga atau berusaha sendiri lebih berjaya dari segi ekonomi kalau nak dibandingkan makan gaji. tapi sayangnya banyak peluang perniagaan kecil-kecilan yang memberi pulangan lumayan di monopoli oleh warga asing.
ReplyDeleteya saya bersetuju seri, cuma mungkin masyarakat kita tidak lagi membuka memikirkan perkara-perkara mcm ni.
ReplyDelete