Monday, April 26, 2010

Salam Isnin dan Initial-D

Dah dua hari rehat, hari ini isnin keja balik. Hari ini mood tak ok sangat..tak bape sihat. Tapi tak jadi hal lah, setakat tak sihat sikit jak pun. Hari ini aku share pasal aktiviti hari sabtu tu. Aku boring dan jalan ke Centre Point, KK. Dalam tak apa nak buat tu, aku secara sengaja TERSINGGAH ke tempat game sega. (hehehe-bole pula tersinggah). Citer pasal game, aku minat satu game jak, racing kereta Initial-D. Satu masa dulu, dah tahap addict juga, dalam tahun-tahun 2006-2008. Dah kira dua tahun lah aku tak aktif, sekali-sekala jalan seorang-seorang tu singgahlah. Apa yang pasti kehadiran aku ni dalam arena perlumbaan game Initial-D ditempat game tu akan menjadi tanda-tanya budak-budak kaki game Initial-D. Pasal apa aku dengan selambanya, akan chellenge sapa pun, tak kisah lah berapa level dia pun. Ada budak-budak berlagak hebat pun selalu terkantoi kalah.

Sekarang ni Initial-D dah ada version baru Initial-D 4 (dah..lama juga, tapi aku tak pro, kalau version 3, jangan cuba-cuba, hehehe, boleh lah dengan kereta Skyline warna merah). Jadi aku mainlah game hari sabtu tu, tak silap aku dalam 10 game juga.

Ala aku sekarang ni main suka-suka jak pun, aku main tak pakai card pun. Tapi dulu time Initial-D, version 3, addict gila-gila, aku ada 3 kad, sekali masuk jak kedai game, memang kumpum dalam RM20-RM30 aku abiskan duit tukar coin game.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails