Thursday, June 24, 2010

POPULAR BLOGGER DI HARI KHAMISKU 8

Senja di Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

Salam dan apa khabar sahabat-sahabat semua. Ini memang entri bersiri aku setiap hari khamis, tapi kerana kesibukan aku, entri setiap hari khamis ini ada masanya aku tidak buat. Apapun untuk entri hari ini aku nak tulis pasal hala tuju blog aku ni. Aku mula serius buat blog ini sejak bulan April lagi, namun setelah aku amati aku agak tersasar sedikit dari matlamat blog ini iaitu blog berbentuk majalah dengan penulisan yang lebih berpengetahuan dan berinformasi.

Oleh sebab itu, dalam beberapa minggu ini aku akan menyusun semula blog ini sesuai dengan matlamat pengujudan blog ini sebagai perkongsian maklumat yang berguna kepada kita semua. Beberapa entri yang tidak bersesuaian selama ini juga, aku akan delete dan entri yang bersesuaian aku akan kekalkan. Terutamanya entri-entri tentang diri aku yang mengarut2 ntah apa-apa saja.

Walaupun masa aku agak terhad dalam berblog ini sepenuh masa, namun berdasarkan perjalanan blog ini beberapa bulan ini, aku perhatikan bahawa blog ini tetap ada pengunjung dan silent reader, dan aku ucapkan terima kasih. Dengan sebab itulah, aku mahu menyusun semula blog ini dengan entri-entri yang berpengetahuan dan berinformasi untuk tetapan semua. Jadi mungkin dalam tempoh beberapa ketika ini, entri-entri baru dalam blog ini agak kurang dalam tempoh penyusunan semula ini. Apapun terima kasih kepada semua sahabat-sahabat blogger yang datang singgah di blog ini, juga kepada follower terima kasih.

(p/s: Kerana dah seronok berblog, last-last tersasar pula dari matlamat asal aku nak buat blog ini. Dah jadi macam blog selebriti pula (ceh...perasan, hahaha), maksud aku ialah matlamat aku nak jadikan blog ini berupa magazine blog, bukannnya tentang diri aku).

10 comments:

  1. x pe.
    tulislah apa2 pun x pe. janji bukan perkara yg ajak buat muungkar.
    he he he

    ReplyDelete
  2. teruskan berblog sham...banyak lagi perkara-perkara yang sham ketengahkan yang belum pembaca ketahui dan ingin ketahui...

    ReplyDelete
  3. M a W a D D a H : ya tq my fren, akan diteruskan dengan entri yang lebih berpengetahuan dan berinformasi utk perkongsian bersama.

    ReplyDelete
  4. teringat pulak seri kat pantai tu brpa tahun yg lalu. nampak mcm sama juga tak ade peerubahan.

    ReplyDelete
  5. Seri Bahasa: ya mang takda perubahan pun, still sm jg tu. tp seskali jalan best jg seri.

    ReplyDelete
  6. Indah sungguh pemandangan senja.. di Tanjung Aru

    ReplyDelete
  7. Hazey: Ya..cantik..dah lm tak berjalan2 g pantai ni. sesakli hazey datang lah kepantai tg aru..

    ReplyDelete
  8. orait jg bro..citer pasal keindahan alam, x penah samapai lg sane...

    ReplyDelete
  9. salam.. hehe chaiyok sham.. byk je perkara yg boleh di tulis kan.. teruskan..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails