Saturday, June 26, 2010

KERJAYA DAN MOTIVASI: TIPS MEMULAKAN KERJAYA 1

Kebiasaannya selalu terjadi, setelah menamatkan pengajian kita menjadi terpinga-pinga tentang arah tuju kerjaya yang ingin diceburi. Sehingga kita tersilap memilih kerjaya yang bersesuaian dan terlalu sukar mendapatkan pekerjaan. Ada enam perkara yang patut di ambil kita ketika hendak memulakan kerjaya iaitu:



A). BUAT ANALISIS
Kenalpasti lah cara-cara dan keadah yang bersesuain dalam pendekatan untuk mendapatkan pekerjaaan yang paling berkesan. Paling penting rajin bertanya kepada mereka yang telah Berjaya dalam kerjaya mereka.

B). MENDALAMI TENTANG DIRI KITA
Kita seharusnya tahu tentang kemampuan, kebolehan dan kelemahan kita berbanding dengan orang lain termasuklah kelayakan akademik, cita-cita dan kebolehan semulajadi yang kita miliki. Kemudian barulah kita membina imej, keyakinan terhadap diri sendiri, personaliti dan minat.

C). MEMPERLENGKAPKAN DIRI
Kita perlu mempunyai matlamat dan moto kita sendiri tentang apa yang harus kita capai serta apa sasaran masa untuk mencapai matlamat tersebut.

D). MENGKAJI PASARAN SEMASA
Dalam proses memulakan kerjaya, kita juga seharusnya memahami apakah trend semasa pasaran tenaga kerja. Contohnya, adakah kemahiran tertentu diperlukan seperti kemahiran IT dan kebolehan berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Apabila kita mengetahuai pasaran semasa tersebut, kita pastinya dapat mempersiapkan diri kita dalam bidang yang ingin kita ceburi.

E). PERSEDIAAN TEMUDUGA
Temuduga adalah perkara terpenting yang patut kita buat persediaan dengan sebaik-baiknya. Termasuk keyakinan diri dan perkara-perkara kecil seperti perlakuan serta tatatertib berpakaian. Juga perkara yang paling utama diambil kita semasa temuduga ialah persediaan resume dan dokumen-dokumen penting seperti sijil-sijil kelayakan akademik dan dokumen pengenalan diri. Ini kerana dalam temuduga adalah beberapa perkara yang kita perlu tahu iaitu penemuduga adalah spektikal dan mereka akan membandingkan kita dengan orang lain. Selain itu juga, kita juga perlu menyusun masa dengan baik termasuklah pengangkutan dan perbelanjaan semasa hendak pergi temuduga.

(p/s: Memulakan kerjaya adalah antara perkara yang perlu dititik beratkan dalam menentukan arah tuju perjalanan kita. Untuk itu perlunya ada matlamat supaya apa yang kita inginkan tercapai dan berjaya).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails