Thursday, April 29, 2010

POPULAR BLOGGER DI HARI KHAMIS KU

Mulai minggu aku nak jadikan hari khamis sebagai hari aku nak menulis sedikit secara ringkas tentang blog-blog yang aku singgah dan baca. Kalau aku tak salah aku dah mula buat blog ini sejak 2008 lagi, tapi sekejap-sekejap, namun start April ini aku dah mula nak serius dalam penulisan blog lah, sebagai satu tempat aku untuk memperkembangkan idea-idea dalam bidang penulisan. Namun aku still kena banyak belajar lagi dan sebab itu lah aku kena banyak melawat-lawat dan berjalan-jalan ke ruangan blogger-blogger lain.

Blog yang popular aku akan lawat ialah blog BLUEDIANTHUS, blog ni aku singgah setiap hari sebab setiap masa akan maklumat berguna terutamanya kepada blogger baru dan juga sudut motivasi yang membuka minda apabila kita membaca. Dari pembacaan blog BLUEDIANTHUS, aku dapat mengenali dan menjelajah beberapa blog terkenal seperti ROHAIZAD, REDMUMMY dan JOHN CHOW. Aku tertarik pada artikel hari rabu minggu ini tentang manusia dilahirkan sebagai insan yang luar biasa. Satu artikel yang biasa tapi kita selalu terlepas pandang tentang perkara tersebut bahawa kita sememangnya adalah manusia yang djadikan dan dilahirkan sebagai insan luar biasa. Kesimpulan yang aku dapat sampaikan disini ialah setiap manusia punya kelebihan masing-masing dan tidak pula terlepas dari kelemahan diri. Tetapi kita seharusnya belajar dari kelemahan tersebut untuk menjadi seorang manusia yang luar biasa.

Dalam minggu ini aku tertarik tentang satu perkara baru buat aku, iaitu PR. Aku tak berapa faham apa itu PR sebenarnya, namun dengan pembacaan aku dari blog MONEY ONLINE sedikit sebanyak aku faham lah apa itu PR. Tapi still tak begitu jelas. Its ok, I will find out later. BLOG MONEY ONLINE juga turut menyeneraikan blog yang mempunyai PR. Dari PR 1-5, dari PR ini aku mendapat menjelajah lagi beberapa blog yang menarik seperti BEN ASHAARI, SERI BAHASA, KOPI PANAS, CRAZY BEAUTIFUL88 dan HATI EMA. SERI BAHASA adalah blog yang aku rasa cantik dan menarik dengan background colour hijau.

Juga menarik perhatian ialah blog MAZIDUL AKMAL SIDIK tentang kes bunuh diri yang semakin menjadi sejak akhir-akhir ini. Satu artikel yang juga menarik kerana sejak akhir-akhir ini sering kita dengar tentang kes cubaan bunuh diri dikalangan kanak-kanak yang baru berusia balasan tahun. Tapi pada aku terlalu memelikkan juga, ya..lah kalau betul-betul diaorang nak bunuh diri, terus jak terjun dari bangunan, ni tidak terpaksa tunggu orang kumpul ramai-ramai, polis datang, bomba datang dan pihak media. Kesimpulannya pada ialah mereka inginkan perhatian sebenarnya. Perhatian dari sudut mana itu mungkin skop yang besar untuk aku cerita. Tapi satu artikel yang begitu menarik dari Mazidul.

Aku juga membaca tentang Seminar Blogger dalam ROHAIZAD DOT COM, terdetik juga rasa dihati untuk menyertai seminar seperti-seperti itu, namun buat masa ini aku masih tidak lagi berblogger sepenuh masa lah, so insyAllah suatu masa bila ada peluang kelapangan masa dan kewangan aku pasti menyertai Seminar seperti itu untuk menambahkan pengetahuan aku dalam dunia blogger ini.

Satu blog yang menarik lagi ialah blog KARIPAP SAYUR (mommy Qastalani), blog ini adik aku yang perkenal (Cerita semalam, Hari ini dan Esok belum pasti-ni blog adik aku). Blog yang menarik dengan cerita-cerita semasa tentang bloggernya. Juga aku menjelajah blog MYADHA, blog yang berinformasi tentang peluang-peluang kerjaya dan aku boleh klasifikasikan sebagai blog maklumat sebab terdapat penyeneraian tentang kategori-kategori blog seperi blog personaliti, blog politik, blog hiburan dan blog maklumat, peluang-peluang pekerjaan, artikel terbaru para blogger dan berita isu semasa. Dan dari blog ini aku kenal blog BLUEDIANTHUS.

(p/s: Alahai…panjang pula artikel ini aku tulis, hehehe, aku bukan nak mengulas tentang blog yang aku sebutkan ini lah, aku hanya nak kongsikan bersama tentang blog-blog yang aku singgah sepanjang minggu ini dan mana-mana blog yang aku rasa menarik aku akan letakkan dalam LINK BLOG YANG AKU BACA DAN SINGGAH. Dengan harapan melalui lawatan keblogger-blogger ini aku akan dapat menambahkan sahabat-sahabat blogger dan menambahkan pengetahuan aku tentang dunia blooger. Lagipun sekarang ini tengah bekerja dan ada masa terluang aku jenguk-jenguk lah blog aku ini. Hehehe).

4 comments:

  1. Popular ke saya..hehe...Apapun, terima kasih. Sama-sama la kita berkongsi sesuatu yang berguna untuk semua..:)

    ReplyDelete
  2. semoga teman berjaya dalam dunia blogger. kalau soal PR seri sedia membantu kerana ia amat penting untuk sesebuah blog selain alexa rank.

    ReplyDelete
  3. Maiyah: ya tq singgah. semalam da singgah kt blog awak. nice blog.
    Bluedianthus: ya...popular apa?. tp cara penyampaian dlm blog km simple dan mudah difahami. smg terus maju.
    Seri: Tq seri, aku ada ternampak list dlm money online tu, blog seri dlm rank PR4 tu. t aku tanya mn2 xfhm dgn seri k.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails