Friday, April 23, 2010

Sentimental Rock Love The Series

Episod 2
Salam Pagi Jumaat...
Kelmarin aku baca artikel dalam blog Bluedianthus tentang Strees lah, tapi aku tertarik bila penulis menyebut tentag Doreamon. Bila sebut Doreamon ni, teringat la dengan kawan-kawan dia Nobita, Sonio dan Gaint. Watak-watak dalam cerita Doreamon yang cukup popular bahkan sampai sekarang pun rasanya masih lagi di minati oleh kanak-kanak. Walaupun aku da besar panjang sekarang ni, tapi cerita doreamon ni tetap mengekalkan konsep yang sama dan tetap juga menarik bila menontonnya. Itu citer kartun lah kan, kalau nak banding aku ni dah pun mencecah usia 30 tahun dan kalau nak bandingkan dengan member-member aku kira tertinggal sedikit la. Walaupun ada segulung ijazah tapi still juga kerja kerani N17, apapun aku bersyukur dengan segala nikmat rezeki pemberianNya padaku, Alhamdulillah, aku masih juga servive meneruskan sebuah kehidupan. hehehe.

Dulu masa mula kerja-kerja aku sekarang ni, aku ada member rapatlah dan sepanjang 2008 tu, dia lah close friend aku. Petang abis keja jak lepak mamak. Tapi bila wife dia pindah keja kat Sabah, aku jadi lepak seorang-seorang, bukan takda member lain, tapi ya..la member-member lain pun semua sama dah kawin, dah ada tanggungjawab masing, jadi takda lah member nak lepak-lepak lagi. Aweks...aku ada aweks ka time tu..takda kali bah. huhuhuhu. Apa aku buat time tu, aku beli gitar. Belajar main gitar. Tapi oleh kerana aku main gitar kidal, so susah kawan-kawan nak ajar aku main gitar. Last-last terpaksa beli buku-buku gitar dan belajar sendiri.
Ni first gitar aku
Sekarang ni, boleh lah main gitar untuk diri sendiri, main chord-chord simple untuk menyanyi dan hiburan sendiri. Tapi ada juga aku tulis lirik lagu, da publish kt youtube lagi. hehehe, lagu RINDU KITA, pastu ada lah juga buat cover lagu popular, just suka-suka jak publish kat youtube, lagu ayat-ayat cinta-Rossa, Biarkan aku jatuh cinta-ST12 dan lagu Awie, Mata, Hati dan Jiwa.
(p/s: aku nak link dengan youtube lagu-lagu aku tu, tapi internet slow gila time ni, takpa next time aku wat link lagu-lagu tu)

Ini lah koleksi gitar aku ada sekarang

Gitaris Idola aku
So klu pun ada masa aku boring tu, main gitar la jawabnya. Buat live seorang-seorang kat bilik. hahaha. Tapi insyAllah ada rezeki akan-akan nak beli juga gitar elektrik. Sapa tau le jadi macam idola gitaris aku Man Kidal. hehehe. Perasan jak aku tu, Man Kidal memang Otai Gitaris Malaysia.
BERSAMBUNG......

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails