Monday, April 19, 2010

AL-KISAH MINGGU INI



KACANG
Sepasang kekasih pergi kerumah neneknya dikampung. Sampai di rumah tu, girlfriendnya bersama neneknya pergi ke dapur untuk menyiapkan air minuman. Sementara menunggu nenek dan kekasihnya itu, lelaki tadi menonton tv dan ternampak semangkuk kacang di atas meja. Disebabkan kebosanan menunggu, lelaki itu memakan kacang yang ada diatas meja itu. Setelah beberapa minit, girlfriendnya dan nenek tu muncul dengan membawa hidangan air dan pemuda tadi itu pun memberitahu nenek “nenek, maaflah saya dah makan kacang nenek dimangkuk ni”.
Nenek itu tersenyum dan berkata
“Takpa cu, nenek pun tidak makan kacang itu, nenek hisap-hisap coklatnya saja, kacangnya tu keras, maklumlah gigi pun da takda”.

MABUK JALAN
Ada seorang guru dihantar mengajar di kawasan pendalaman. Oleh kerana guru ini berasal dari Bandar, maka perjalanan jauh ke kawasan kampung tempat sekolah dia mengajar memakan masa lebih kurang empat jam dengan keadaan jalan yang berturap. Baru dua jam perjalanan pemuda ini sudah rasa pening, mabuk jalan. Dia menahan muntah. Kebetulan dia duduk bersebelahan nenek tua dan nenek itu menasihatkan dia supaya muntah sahaja dan jangan menahan-nahan muntahnya.
“cu, kalau kau mahu muntah kasi tau saja dengan driver kita berhenti, kau pigi la muntah”
“ya…la nenek”.
Dan lori pick-up berhenti untuk pemuda itu muntah. Tapi sebelum dia muntah, nenek yang disebelahnya sempat lagi memberitahunya sesuatu.
Cu, sebelum muntah tu, tengok lah muka nenek dulu”.
Pemuda itu kehairanan lalu bertanya.
“kenapa tengok muka nenek dulu”.
Lalu nenek itu pun menjawab
“supaya muntahnya cepat”.

PERGI KE DISKO
Mila: Semalam aku minta cerai dengan laki aku
Siti: Kenapa Mila kau minta dengan laki kau”
Mila: Dia pergi ke disco
Siti: Oh laki kau, kaki disco lah ni..kan, ngam la itu kau minta cerai
Mila: Tidak lah, dia bukan kaki disco, tapi dia datang ganggu aku time kerja, itu yang aku malas.

Semua cerita ini adalah saya petik dari cerita-cerita secara lisan kawan-kawan dan pembacaan saya, oleh itu cerita-cerita dalam ruangan al-kisah ini tiada kaitan dengan siapapun. Hanya sekadar hiburan semata-mata. Ingin sumbangkan cerita-cerita anda, emailkan kepada saya: vivian2000krana@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails