Monday, April 19, 2010

BOSAN, BORING DITEMPAT KERJA.

Oleh: Shamrin Mat Janih
Shamrin The Blog Show


Boringnya aku….bosannya aku ni…apa lah nak di buat ni

Sumber gambar: http://hrpeople.monster.com/news/articles/2276-how-to-create-a-motivating-work-environment


Kebanyakan kita mempunyai mentaliti seperti ini. Setiap kali waktu bekerja kita pasti mengira-gira masa pulang jam 5 petang. Bahkan biasa juga kita lihat sebelum mesin punch card berbunyi sudah ada yang menanti count down jam 5 petang berdekatan dengan mesin itu. Ada pula yang mengira-gira menunggu hari jumaat sebab sabtu dan ahad adalah cuti hari bekerja. Boring ini mempunyai banyak pengertian dan bergantung kepada setiap individu mentafsirkannya. Pada umumnya boring boleh ditafsirkan sebagai tiada apa yang mahu di siapkan, dilakukan, dikerjakan, di sempurnakan dan di selesaikan. Namun dalam situasi yang berbeza, konsep pengertian ini mungkin berlainan pada individu lain. Contohnya bagi seorang yang telah lama bekerja dengan amalan rutin harian yang sama, akan wujud juga perasaan bosan dalam dirinya. Bayangkanlah kita sudah bekerja 10 tahun, setiap hari kita akan buat rutin kerja yang sama, mungkin pada satu konsep kita terlalu mahir, tapi dalam keadaan yang lain kita juga tidak lari dari rasa bosan dan ingin sesuatu yang berlainan.


Hakikatnya, terlalu sukar untuk kita mencari seseorang yang betul-betul gembira dalam melakukan kerja hariannya, apatah lagi bagi kita yang bekerja dengan majikan atau yang lebih popular dengan istilah “makan gaji”. Bagaimanapun ada juga yang menyifatkan kerja sebagai sesuatu tidak membosankan. Mungkin kerana suasana kerja yang mengembirkan, kawan-kawan yang menceriakan dan persekitaran kerja yang menenangkan.


Secara menyeluruhnya, bosan sememangnya berlaku di pelbagai peringkat persekitaran kerja. Saya telah membuat beberapa rujukan tentang bagaimana cara kita mengatasi masalah kebosanan di tempat kerja semasa bekerja. Hasil dari rujukan-rujukan itu, saya simpulkan beberapa perkara yang patut kita ambil kira dan fikirkannya;


A). TUKAR CARA PEMIKIRAN KITA
Anda bekerja sehari-hari seolah-olah terpaksa bekerja dan tiada pilihan lain. Apa yang berlaku ialah anda bangun pagi, bersiap, pergi kerja, buat kerja dan jam 5 petang anda pulang. Itulah yang sudah terset dalam mentaliti anda sehari-hari. Kesannya anda tidak gembira bila bekerja, anda tidak rasa puas dengan apa yang anda lakukan dan merasa bosan. Jadi cuba sesekali anda fikirkan yang pergi bekerja dengan kegembiraan, pasti anda juga dapat bekerja dengan baik dan tenang. Tukar apa yang sudah terset dalam mentaliti anda, kalau sebelum ini anda merasakan bekerja adalah sekadar untuk mendapat gaji pada setiap hujung, maka anda patut fikirkan yang anda pergi bekerja adalah atas dasar menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan untuk anda oleh majikan ataupun organisasi tempat anda bekerja.


B). TUKAR, SUSUN SEMULA DAN HIAS KAWASAN TEMPAT KERJA.
Sudahlah bekerja sekian lama, selepas itu bekerja pun dengan rutin yang sama setiap hari dan kemudiannya pula, meja tempat kerja anda itu macam tempat yang baru kena serangan bom sahaja rupanya. Fail-fail tidak tersusun, alat-alat tulis penuh dalam laci berkemas, kertas-kertas kerja penuh tidak tersusun mengikut kategori, bawah meja penuh dengan kotak, fail-fail dan kertas-kertas. Jadi bayangkanlah macam mana tidak berseraputnya fikiran dengan keadaan yang seperti itu. Sesekali bila anda mula merasa bosan, cuba kemaskan meja anda dan tukarlah susun fail-fail, kertas, rak dan alat tulis anda dengan lebih kemas, cantik dan tersusun. Bila tempat kerja anda berada dalam keadaan kemas dan tersusun, baru lah terasa ketenangan dan secara tidak langsung semangat bekerja itu terus ada. Kalaupun sememangnya meja tempat kerja anda kemas, cuba lah sesekali ubah susunan fail-fail dan rak-rak yang ada di atas meja, mungkin juga anda boleh letakkan gambar suami, isteri dan anak-anak di atas meja itu. Dengan cara ini, anda dapat mengubah suasana yang lebih ceria dan menyenangkan diruangan tempat kerja anda.


C). WUJUDKAN MOTIVASI KERJA
Ini pula penting kepada para pegawai atasan dalam sesebuah organisasi untuk mewujudkan suasana persekitaran kerja yang menenangkan, mengembirakan dan semangat setia kawan dikalangan para pekerja. Ia secara tidak langsung dapat wujudkan motivasi semasa bekerja kepada orang bawahan anda. Misalannnya pertandingan kekemasan unit-unit dalam pejabat, meja terkemas, kehadiran yang terbaik dan pertandingan persahabatan seperti bermain boling dan futsal. Apa yang sering berlaku ialah pegawai atasan selalu menerapkan nilai budaya kerja yang terlalu ketat, hingga menimbulkan tekanan tanpa ada sedikit ruang untuk merelakkan diri. Maksudnya di sini ialah orang bawahan anda bekerja hendaklah terbayar dengan rasa kepuasan hati mereka. Kalaupun orang bawahan anda penat, tetapi disebabkan suasana kerja yang mengembirakan dan bermotivasi, orang bawahan anda pun dapat merasa kegembiraan dan kepuashatian dalam apapun yang mereka lakukan.


D). BERKAWAN DAN RAMAIKAN KAWAN
Suasana di tempat kerja akan menjadi lebih meriah bila anda mempunyai ramai kawan-kawan dipersekitaran kerja. Di samping bekerja juga anda dapat mengurangkan rasa kebosanan bila ada kawan-kawan yang boleh di bawah untuk bertukar-tukar pendapat dan untuk bercerita-cerita mahupun bergosip sekalipun, suasana kerja yang lebih ceria akan wujud bila anda mempunyai ramai kawan dipersekitaran tempat kerja. Sekurang-kurangnya bila anda merasa bosan anda ada kawan-kawan yang boleh anda kongsikan rasa kebosanan itu.


E). DENGARLAH MUZIK
Oleh kerana suasana kerja yang mungkin menghadap komputer setiap masa dan anda tekun menyiapkan kerja-kerja anda, cuba hidupkan suasana tersebut dengan memasang lagu-lagu kegemaran ataupun dengarlah siaran-siaran radio semasa yang mengandungi pelbagai program menghiburkan. Dengan cara ini, anda tidak terlalu membentuk diri dalam keadaan kepenatan dan tekanan untuk membuat kerja. Ini maksudnya, pada kebiasaanya anda bekerja dengan penuh tumpuan hingga pada satu tahap merasa penat dan bosan. Dengan mendengar celoteh-celetoh DJ radio disamping lagu-lagu hiburan yang didendangkan anda pasti dapat menukar tumpuan dalam keadaan relak dan gembira.


Pastinya apapun yang kita lakukan kegembiraan itu datang dari diri kita sendiri. Kalau kita membentuk diri dalam situasi yang membosankan, kita akan merasa bosan, kalau kita dengan sengaja mengongkong perasaan kita dalam keadaan yang terpaksa, kita akan merasa boring dan mengapa harus kita hadapi kehidupan sehari-hari dengan kepenatan, tekanan dan kebosanan. Walhal hakikatnya kita berhak mendapat kegembiraan dan ketenangan. Fikirkan sejenak apakah kita dalam kebosanan di tempat kerja ataupun kita berpuashati melaksanakan setiap tanggungjawab yang di amanahkan kepada kita. Walau apapun situasinya, kita perlu ingat bahawa dengan kerja itu lah kita mendapat rezeki untuk meneruskan kehidapan kita sehari-hari. Termasuklah makan minum dan memberi nafkah buat keluarga kita, jadi jangan jadikan bosan membuatkan diri kita malas bekerja dan curi tulang kerana ia pastinya akan membuat hasil pendapatan kita tiada keberkatan.
Untuk bacaaan lanjut sila rujuk link-link di bawah ini:
http://hrpeople.monster.com/news/articles/2276-how-to-create-a-motivating-work-environment
http://www.imotivasi.com/motivasi-kejayaan/motivasi-kejayaan-7-petanda-orang-tak-ada-matlamat-petanda-pertama.html.
http://www.divinecaroline.com/22305/87894-work-down--spice-space-
http://blog.alvinlim.info/2009/08/24/work-doesnt-have-to-be-boring/

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails