Tuesday, April 20, 2010

My Sentimental Rock Love the series (Borak-borak aku)

Episod 1

Sedar tak sedar umur pun dah masuk 30 tahun. Kalau sebelum ini, sapa-sapa pun tanya still boleh cakap "ala umur masih 20 an la". Rock kapak lah kan atau heavy metal style itu time lah. Tapi bila dah masuk umur 30an ni ubahlah jadi sentimental rock. Stail masih rock, tapi beralunkan irama sentimental. Kalau mungkin dulu pakai jeans koyak-koyak, lubang sana-sini, sekarang ni pakai lagi jeans, tapi tidaklah koyak-koyak. Penampilan kemas tapi biarlah maintain rock.

Tapi yang penting tetap juga dengar lagu-lagu rock: Cromok, Metallica, Gun & Roses, dan campur-campurlah dengan rock sentimental lefthanded, Wings dan Search. Dulu masa study kt universiti, aku sebilik dengan roomate jauh beza dengan aku, kalau tak silap dalam 30 an, macam aku sekarang la. Time tu bila aku pasang jak lagu-lagu rock heavy metal, memang conform dia sound "nape la kau pasang lagu-lagu syaitan jak ni". Masa itu, rasa nak tergelak pun ada juga, ya...lah lagu-lagu macam tu tak ngam dengan zaman dia. .

Dulu aku ada banyak koleksi CD lagu-lagu kumpulan Cromok (2004-2006). Tapi business aku lingkup, aku balik Tawau, semua CD tu tertinggal saja macam tu, so bila da kerja ni dan berjalan di Kedai CD dan jenguk-jenguklah CD Cromok tu, "mak aii...mahal da RM50...dah tak mampu lagi nak da".

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails