Monday, April 19, 2010

Isnin bermula lagi

Salam kepada semua kepada pembaca blog ini, Hari ini Isnin bermula hari kerja, dan aku kerja macam biasa, buat kerja-kerja rutin harian yang sama. Hari Sabtu aku pergi ke Majlis Kahwin, keluarga tunang aku di Putatan dan Ahad tiada buat apa.

Saya dah lama belajar-belajar blog ni tapi sekarang saya mula serius untuk menulis blog dengan konsep sederhana, umum. Bila aku mula membaca blog blogger lain, aku mula rasa tertarik hati untuk mencurahkan idea, menambahkan pengetahuan dan berkongsi maklumat semasa. Lagipun dulu aku study mass-com, jadi terasa sayang, pengetahuan dalam penulisan itu tidak digunakan. Tambahan pula bidang kerja aku sekarang ni pun jauh berbeza dari apa yang pena study dulu.


Hari ini aku membaca blog my music, my computer, my life (bluedianthus,com), rohaizad dan john chow, wahh..hebat-hebat blogger ni. Aku masih baru lagi dalam penulisan blogger ini, jadi perlu lah banyak membaca blog blogger-blogger yang lain. Apapun hari ini hari isnin, permulaan hari bekerja, kalau anda bekerja sama seperti saya selamat bekerja dan apapun yang anda lakukan hari ini semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Pagi ini aku buka facebook aku ada mesej dalam inbox aku dari peluang kerjaya.com. Ada beberapa iklan peluang kerjaya yang diklankan dan kepada anda yang masih sama seperti saya masih mencari peluang-peluang kerjaya baik, sila lawat web ini http://peluangkerjaya.com/ dan saya juga meletakkan link beberapa web and blog tentang peluang-peluang kerjaya di blog ini untuk saya kongsikan kepada para pembaca blog ini.

Juga takziah buat keluarga Acik Spin yang meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya pada 17 April 2010 berhampiran Perhentian Nilai, PLUS KM 14, Lebuhraya Kajang Seremban Sdn Bhd. Semoga rohnya di cucuri rahmat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails