Thursday, April 22, 2010

Hari Khamis dan Baju Batik

Macam tak terasa, hari ini sudah pun hari khamis, kelihatan meriah jak pergi kerja dengan ramai orang yang pakai baju batik. Dua tiga hari ini, aku banyak membaca beberapa blog ya..lah aku ni baru nak berjinak-jinak dalam penulisan blog, jadi aku kena banyak membaca blog-blog orang lain sebagai rujukan. Tapi aku dah lama juga berhobikan menulis ini, tapi jarang berpeluang untuk serius dalam bidang penulisan ini. Jadi aku memilih ruangan blog ini untuk mencurahkan apapun idea penulisan aku. Tidak kisahlah dalam bentuk rencana, sajak, cerpen, monolog, lirik lagu dan borak-borak cerita semasa. Mungkin untuk menjadi terkenal dan hebat seperti Redmummy, Rohaizat dan John Chow itu tidak mungkin lah kali. Apa yang penting aku jadikan mereka rujukan berguna untuk memperkembangkan penulisan-penulisan aku dalam blog ini.

Sepanjang minggu ini aku membaca blog seperti the bluedianthus yang menulis tentang pengasas google, blog Bersama Mazidul pula menulis tentang rancangan 999 di TV3 yang berkisar mengenai kegiatan pelacuran yang melibatkan gadis-gadis Sabah dari Sandakan. Menarik perhatian saya juga ialah tentang Lelaki memakai baju Pink, salahkah dalam Rohaizad dot.com. Perbincangan yang menarik kerana pink selalunya lebih kepada perempuan lah, namun realitinya, bila lelaki pakai baju pink, tak salah juga dan kelihatan lebih menarik. Begitu juga isu-isu pilihanraya dalam Hulu Selangor dalam blog Gerakan Anti-PKR dan Pisau.Net. Namun menarik pada saya ialah blog Myadha yang lengkap berinformasi dan menjadi sumber rujukan saya.

Apapun aku menulis blog ini sebagai memenuhi minat dan perjalanan untuk menjadi penulis yang hebat dan berwibawa itu masih jauh, jadi aku jadikan blog ini sebagai medan untuk aku berkarier untuk menambahkan pengetahuan dari pembacaan dalam pelbagai blog.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails