Tuesday, April 20, 2010

10 penghuni sudah tinggal bawah jambatan Likas lebih setahun

Pagi ini saya New Sabah Online tentang berita "10 Penghuni sudah tinggal bawah jambatan Likas lebih setahun". Wah menarik perhatian saya dan sememangnya saya pernah dengar ada yang tinggal di bawah jambatan itu. Tapi tidak pasti pula adakah tindakan pernah dibuat oleh pihak berkenaan untuk mengatasi masalah ini, selain mencacatkan pemandangan dan boleh menimbulkan pelbagai kemungkinan. Jadi adalah baiknya kalau semua pihak mengambil perhatian khusus untuk mengatasi masalah ini, kalau pun mereka ini adalah PATI tetapi pasti ada jalan penyelesaian supaya jambatan Likas tidak menjadi rumah bagi mereka.

10 penghuni sudah tinggal bawah jambatan Likas lebih setahun
19th April, 2010
KOTA KINABALU: Keselesaan bukan menjadi impian penghuni di bawah jambatan Teluk Likas sebaliknya hanya ingin mencari tempat berteduh dan mudah mencari sumber rezeki untuk meneruskan hidup.Tinjauan wartawan New Sabah Times kelmarin mendapati lebih 10 penghuni menetap di bawah jambatan berukuran setinggi 4 kaki ini, dan penghuni paling muda adalah seorang bayi berusia sekitar 7 bulan.

Menurut salah seorang penghuni di sana, mereka telah menetap lebih setahun di bawah jambatan berkenaan dan menyara hidup dengan mencari tiram di laut seterusnya menjualnya ke restoran makanan laut berdekatan.“Restoran makanan laut membeli tiram kami dengan harga RM2 sebungkus dan secara purata pendapatan harian kami sekitar RM100 sehari bergantung kepada hasil tangkapan tiram.“Kami pernah berusaha mencari penempatan setinggan tetapi sukar disebabkan status pendatang tanpa izin (PTI),” kata beliau yang tidak ingin namanya disiarkan.

Seorang kakitangan kerajaan, Robun Majabin, 54, ketika ketika ditemui berkata insiden seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia mencacatkan pemandangan masyarakat mahupun para pelancong.“Pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan yang sepatutnya, mereka ini perlu dipantau sama ada memiliki dokumen perjalanan yang sah atau tidak. Jika mereka tidak memiliki dokumen, tindakan perlu dikenakan dan walaupun mereka ini memiliki dokumen yang sah, mereka perlu dihalau dari tempat itu kerana ia sememangnya mencemarkan nama Sabah sebagai pusat tarikan pelancongan dunia.”Tambah beliau lagi, banyak lagi kawasan terlindung lain yang menjadi kawasan penempatan para PTI ini seperti kawasan lorong-lorong gelap dan kawasan letak kereta di bandaraya Kota Kinabalu.


NEW SABAH TIMES
http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/37874

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails